Tuang air 500 ml atas meja
Tisu lenyek dengan air masak golek-golek
Ramas merjerin satu taperware then tepuk-tepuk di dinding
Marjerin lenyek di atas meja
Baling tisu dalam pinggan nasi yang aku tengah makan
Tuang air atas sofa
Dan banyak lagi
hahaha
(entah kenapa mereka terlebih aktif tonite)
Ahmad Atif
Adlinatul Husna
Aduh! Tercabar cik lala mu ni wahai budak kecik!!
Ku mencoret ini selepas habis berceloteh dekat si kecil husna dan atif
Aku bebel kat husna,
Husna bebel kat aku balik.. Adeh~
pastu dah puas gaduh-gaduh
''cik lala nak susu'' huhu
Memang naluri seorang perempuan mahukan anak
Memandang si kecil siapapun, pasti membuat seorang wanita terusik
Ingin dipegang
Ingin dibelai
Ingin dicubit pipinya
Ingin dimanjai
Namun begitulah..
Huhu bersama kemahuan perlu ada kesabaran
Kesabaran dan kesabaran
Haha aku aja pernah seminggu mengelamun mengimpikan seorang anak
Sedangkan kahwinnya aja belum
Gara-gara begitu ramai teman disekeliling pregnant lately
Jujur!
Begitulah naluri seorang wanita normal
Tapi itulah
Menjaga si kecil dua orang ini aja sudah sedikit mencabar kesabaranku
Bermimpilah kamu Ramlah
Bangun! Bangun!
Walaupon tiada berkaitan. Mahu share tentang nasihat Lukman kepada anaknya yang sangat famos yang telah Allah coret utk kita dalam kalamNya
(Surah Lukman: 12-19)
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Allah Maha Baik. Memberi dengan selayaknya..pasti!
No comments:
Post a Comment