Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/8/11

i said i hate you~

Walaupun tidak lagi mengalami masalah-masalah berkaitan perihal ini, tapi aku pon penah mengalami. Fitrah manusia itu pasti tetap sama Cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita memandang dan menghadapinya.

Secara jujurnya AKU BENCI SANGAT PADA KAMU!!!!!!






Takut melihat status pengakuan ini.. pengakuan yang sepertinya menzalimi akibat terasa dizalimi.

Secara jujurnya aku pernah merasakan ini, tetapi Alhamdulillah belum pernah perkataan ini terlepas keluar dari mulutku, terima kasih kepada Allah yang selalu memelihara dan menjaga aku..

Teringat zaman ketika Dia menguji aku dengan masalah hati dan jiwa seperti ini.. ada satu lagu yang mashaallah menghayati bait2 liriknya membuat air mata keluar tak tertahaan lagi..isk isk isk

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi





Kita tidak mungkin akan terlepas dari ‘’UJIAN’’ Allah.

‘’Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

(alBaqarah:155)

Dan bila fokus kepada perkataan ‘’jiwa’’ pasti ramai yang sudah mengalami. boleh jadi ketika kamu sedang,

Marah?

Dendam?

Salah faham?

Bergaduh, bertengkar?

Bermusuhan?

Saling membenci? Dll

Jadi bagaimana untuk melepasi ujian ini? Inshaallah kita kembali kepada tips yang Allah dah bagi sejak beribu tahun yang lalu dan mashaallah masih sangat sesuai malah layak diguna sehingga kini.


Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Fussilat (34,36)

Merasa tidak mampu? Jadi, mungkin boleh cuba yang ini..


Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).


Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka.

(asySyura:39,40,41)


TETAPI INGAT!! Redha Allah atau redha diri sendiri yang lebih utama? ingatlah bahawa:

''Barang siapa yang bersabar dan memaafkan sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia'' (asySyura:43)''

''Dan sifat-sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar (didunia dan akhirat)'' (Fussilat:35)


Semoga dapat memberi rasa sejuk kepada hati-hati yang sedang diuji.

Kepada hati-hati yang sedang bermujahadah.

Rangkuman ayat-ayat cinta Dia inilah yang selalu menjadi penyejuk hati aku.

Ketika mereka menyakiti aku.

Ketika mereka menzalimi aku.

Ketika mereka berbuat tidak selayaknya kepada aku.

Thank you Allah for keep helping us.


bila mengenang kembali kisah-kisah lama. Terasa semuanya seperti sia-sia.. bukanlah kisah cerita dan hikmah itu. Tetapi kemarahan, kesakitan yang aku rasa membazir begitu sahaja..

membuat aku keep remind that moral of the story ''marah'' itu adalah satu benda yang sia-sia

pernah gagal dahulu, (gagal di hati la) membuat aku berjaga-jaga supaya tidak gagal lagi.. inshaallah~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...