Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/23/15

Kamu MARYAM YUSRA

Dear our little Maryam Yusra,

SubhanAllah
Alhamdulillah 
Allahuakhbar

Kamu Maryam Yusra
, adalah satu dari limpahan nikmat yang sangat agung dan besar anugerah Allah buat umi dan abi..



Tsummaalhamdulillah...


Selamat datang duhai puteriku, Maryam Yusra hamba solehah Allah..

Yang dipilihNya untuk menumpang dirahimku.
Yang dipilihNya untuk dibesar dan didikku..
Yang dipilihNya untuk diamanahkan atas diriku dan suamiku..

Ya Maryam Yusra selamat berpijak dibumi hamparan Allah..

Bumi tumpangan kita yang hanya sementara..
Bumi yang bukan untuk dinikmati buat selama-lamanya..

Ya Maryam Yusrah puteri solehah ummi dan abi,

Wahai anakku..sedarlah kamu hanya berdagang dan menumpang sahaja kita dibumi Allah ini..dan kamu akan bermula berjual beli dengan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tuhanmu dan juga Tuhan kami..

Tundukklah kamu mengabdikan dirimu kehadapan Penguasa seluruh buana..

Tunduklah kamu merendah diri dan jiwamu kepada Pemerhati jiwa dan gerak langkah mu..

Ya maryam Yusra hamba solehah Allah yang dianugerah padaku,
Selamat belayar dibumi Allah anakku.
Bawalah bersama Tuhanmu dimana sahaja keberadaanmu..
Ingatlah bahawa kau sedang saja bermain dan mungkin dipermainkan dibumi ini..
Andai kau lalai, leka dan lupa mintalah ampunan pada Tuhanmu dan janganlah kau berputus asa dari kembali kepadanya

Moga Allah memelihara, melindungimu dan selalu menguatkanmu dalam melayari mimpi ini..
sebelum kau disedarkan diakhirat kelak untuk kehidupan sebenar yang selamanya dan hakiki .

Duhai anakanda penyejuk hati ummi dan abi,
Kami meredhaimu sebelum sejak dari langkahmu bermula..
Asal saja kau meletakkan Allah lebih terutama dari dunnia dan seiisinya..termasuk diri kami sendiri..


Wahai Maryam yusra,

Cintailah akan kamu Tuhanmu melebihi dunniamu
Utamakanlah dan ikutilah Rasulmu melebihi ibubapa dan guru-gurumu..

Wahai Maryam yusra, MashaAllah subhanAllah atas takdir nama yang diletak Allah atasmu anakku. Walau sedang nama ini diilham olehnya keatas ummi dan dipilih sendiri oleh walimu, abi..


Anakku Maryam,





Jadikanlah dirimu hebat seumpama Maryam..bonda kepada nabi Allah, Isa AS.. 
Dan sememangnya namamu ini ummi pilih sempena nama Maryam, hamba solehah Allah yang namanya disebut berulang kali dalam kalam Allah.

Keimanan dan ketaqwaan Maryam yang banyak diceritakan Allah didalam Quran membuat ia sungguh selayaknya dekat dihati ummi sebagai seorang wanita...seorang ibu...lantas semoga dekat dihatimu wahai anakandaku, Maryam Yusra yang dikasihi Allah..

Semoga Allah menjagamu seperti dijaganya Maryam ibu mulia kepada Rasul mulia, Isa AS..

Semoga dipelihara akanmu seperti mana Allah memelihara Maryam, memelihara kesucian Maryam, memelihara keimanan dan ketaqwaan tidak berbelah bagi Maryam kepada RabbNya..Memelihara akhlak dan ketulusan hati dalam mencintai Tuhannya..

Ya Maryam, hamba solehah Allah..

Solehahkanlah dirimu untuk Tuhanmu, untuk kehidupanmu dan pengakhiranmu kelak..

Anakku Yusra,



Yusra, mashaAllah walhamdulillah atas ilham ini juga... al-inshirah adalah rujukan utama ummi dan abi.. atas keindahan pujukan Allah yang menghadiahi hamba-hambanya dengan kemudahan dan kebaikkan setelah diuji dengan sedikit kesulitan.. Yang menghadirkan bersama kemudahan bersama kesukaran.


Maka asbab itulah namamu dipilih ya Yusra, hamba solehah Allah..


 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا



 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


Itulah dirimu yang akan menjadi atau membawa kemudahan yang baik dengan keberadaan mu dimana sahaja..



Surah cantik pujukan dan ingatan buat Rasulullah SAW demi mengingatkan baginda bahawa kesulitan yang dilalui itu akan disusuliatau dibantu dengan kemudahan... dan bahawa sesungguhnya pada sebelumnya lagi Allah sudah menganugerahi baginda dengan jalan keluar atau kemudahan dari kesulitan-kesulitan yang mungkin dilalui baginda Rasulullah SAW. 

Bilamana Allah menghadiahi dengan petunjuk yang agung dan menghantar malaikat Jibril ketika baginda kebingungan dengan Tuhan manakah yang selayaknya disembah...sedang Baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyembah berhala-berhala yang diagung-agungkan oleh kaum baginda ketika itu..

Bilamana, tatkala kehilangan isteri tercinta Khadijah, Allah membantu baginda melalui pakcik baginda yang mendokong dan mengizinkan baginda Rasulullah SAW menyiarkan kebenaran Islam sedang dirinya masih belum mengimani Islam itu sendiri..

Dan banyak lagi kebaikkan-kebaikkan yang memudahkan urusan Baginda yang akan mendatangi baginda bilamana baginda menghadapi kesukaran mahupun kesulitan..

Duhai puteri jelita sicilik hamba ahli syurga,
Jadilah kamu hamba Allah yang lahir dibumi dengan membawa bersamamu kebaikkan kepada agamamu, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada agamamu..

Kebaikan kepada umat Muhammad SAW, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada saudara seummah mu..

Kebaikkan kepada dirimu, kepada saudara-saudaramu, kepada seluruh kehidupan disekelilingmu..Dan menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada seluruh sekitarmu.. SubhanAllah mashaAllah..

Semoga mudah bagimu untuk menyebarkan kebaikkan dari dirimu.. menghindarkan kesulitan dari orang-orang di sekelilingmu.. Dengan ISLAM yang akan kamu bawa dibahumu sebagai Agama pilihan kamu anakanda ku.. 



Ya yusra, jadilah kamu mujahidah yang membawa panji-panji agama Allah. Menghidupkan niat dakwah dan jihad dalam hatimu. Menyampaikan dan menyebarkan dengan segala kebaikkan yang kau ada... dan semoga mudah atasmu urusan dakwahmu, urusan imanmu, urusan mencapai taqwamu, urusan kehidupanmu dan urusan akhiratmu.. Allahumma amin..


Wahai Maryam Yusra hamba solehah Allah,
Ummi mendoakan kebahagiaan untukkmu, dan kemudahan bagimu dalam menjalankan urusan hidupmu sebagai hamba Allah dan mujahidah agamamu.. Dakwahilah kami, ibubapamu bilamana kau lihat kami jauh dari Tuhanmu.. tariklah kami untuk bersamamu ke syurga Allah andai kami tidak layak untuk menyinggah kejannah nya..

Duhai anakandaku Maryam Yusra,
Jadilah kamu beriman, bertaqwa, beramal dan mengabdikan dirimu selayak namamu kepada Rabbmu seperti hebatnya Maryam mengabdikan dirinya kepada TuhanNya.. dan jadilah diri kamu jalan keluar yang memudahkan segala kesulitan yang dihadapi ummah. Bawalah bersamamu kebaikkan dan sebarkanlah Islam melaluinya. Allahumma Amin..

Istiqamahlah kamu dalam bermujahadah, walaupun hakikatnya ia sangat payah.

Ummi yang selalu mencintai,
24April 2015
(Maryam Yusra genap 4 bulan)






4/14/15

Happy 3rd Anniversary to US! (atTaghabun:14,15,16)

Tahu ^_^

Semua orang ada suami..

Jika bukan didunnia pasti akan dihadiahi Allah disyurga kelak.

Ya, aku juga punya suami yang dipinjamkan Ilahi, untuk kehidupan sementara didunnia ini.. Bila difikir2kan kembali adakah sahabat/suami/teman ku ini kekal menjadi pendamping akhiratku...

Dan kalau bisa untukku memilih bolehkah dia menemaniku sewaktu ku menuggu giliran untuk dihisab amalan dunniaku..

Bolehkah ya Allah dia menemaniku untuk ku meniti titian sirat mu.

Bolehkah dia memelukku saat ku menerima balasan atas banyaknya dosa2ku..

Bolehkah dia menemaniku menjawab soalan malaikat2mu di kuburan nanti..

Bolehkah dia bersamaku ketika aku menghadapmu di mahkamah agungmu lantas dia menjadi pembelaku???

Ohhhh jauhnya angan-anganku T_T

Sedang diakhirat nanti kami berdiri di kaki sendiri..

Ya dikaki sendiri

kaki sendiri

Cukup aku menangis membayangkan ini..

Lebih teruk dan buruk adakah kami akan berbalah dan saling mendakwa dihadapanMu ya Rabb demi menyelamatkan diri kami masing-masing sepertimana yang selalu Engkau ceritakan dikalamMu?

Allahu Allahu Allah...


Cinta dunnia, cananglah setinggi mana kau mahu..tiada guna..tiada guna..tiada guna andai tidak disandarkan kepada cinta yang Esa. kerana ia tidak memberi kehidupan sebenar kepadamu wahai jiwa hamba.. wahai kamu..wahai ramlah..

Namun, ye! aku sangat sungguh berbahagia dengan hadiah keluarga dari yang Esa ini. sehingga sekali sekala bila Kau jodohkan aku bertemu ayat keras peringatanMu tentang bahayanya mencintai keluarga melalaikan diri berbahagia dengan dunnia sehingga lupa untuk menyinggah ke hakikat bahagia sebenar.. aku jadi sungguh-sungguh mati ketakutan..

Sebabnya akulah hamba yang terpaling selalu lalai! lalai! lalai! lalai!
Pulak tuh dah lalai, aku juga cepat putus asa! Allah~

Makanya inilah hadiah untuk anniversary ku yang ketiga ini dari diriku sendiri.. (nah hambik kau ramlah!)





**surah 64 atTaghabun**

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan
mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [14] 

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. [15] 

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.[16]


Dan bila cinta ku berbunga untuk Allah, ia akan sangat mendebunga untukkmu suamiku..
Dan bila cinta kepada Tuhan ku hilang, maka ku takuti cintaku untukmu juga akan turut menghilang..

Astaghfirullah al azim.. subhanAllah wa bihamdihi..subhanAllah al azim



Encik husband hantu cokelat, so taraaaaa.... sekotak coklat untuk abhi..mau kencing manis uhuks:


Dan hadiah anniversarry untuk dia juga diriku yang ceteknyerrrr dengan ilmu keomakbapakkan:


pinjam sampul ofis jangan lupa ganti <--- please remember ramlah hohoho




**my notes:
Satu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Ibnu Jarir daripada 'Ata Ibn Yasar, dia berkata: Surah At-Taghabun telah diturunkan keseluruhannya di Makkah kecuali ayat 14 dan ayat-ayat berikutnya diturunkan di Madinah. 

Ayat 14 dalam surah ini diturunkan berkenaan kejadian yang berlaku kepada 'Auf Ibn Malik al-'Ashja'i. Beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Ketika 'Auf hendak pergi berperang di jalan Allah, isteri dan anaknya menangis dan menahannya supaya tidak pergi sambil mereka berkata, "Kepada siapa kami akan kamu tinggalkan?" 'Auf berasa simpati dengan mereka dan tidak jadi pergi. 

Maka turunlah ayat 14 dalam surah ini menceritakan peristiwa berkenaan. Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi dan Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas, dia berkata: Ayat yang berbunyi: "Sesungguhnya antara isteri-isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh bagimu, oleh itu berhati-hatilah kamu", 

Dan aku masih belajar! train! exercise! mengaplikasi bahagia dunnia, supaya menjadi kunci keakhirat.. takpelah! doploh juta kali gagal akan aku cuba gagahi lagi! ok bang! yok! cayok! lap u lah!


our little family..
Abi+Ummi+AbdurrahmanAbid+MaryamYusra




Ayang yang comot T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...