Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/18/13

zalim!




zalim kerana meletak sesuatu bukan pada tempatnya!!




Innalillahi wa innailaihirajiun.

Duhai sayang si ahli syuga
duhai buah hati yang tercinta.
duhai si comel yang tiada daya

aku sangat mencintai kamu
dengan seluruh jiwa dan raga.

aku zalim!
menzalimi kamu yang belum punya daya.
aku letih menahan amarah yang seperti tiada berbela.
menguasi jiwa dan raga.

bagaimana aku biasa membiarkan tangisan mu berlalu.
bagai angin tanpa rasa.
pelik dan pelik!
aku berdosa
aku sesal dalam ketakutan
aku menangis dalam kesakitan
aku bingung apakah kerana kejahilan
ataukah sekadar kegilaan warisan?
Ohhh!!!

membiar sekecil sepertimu sedemikian keadaan.
tangisanmu, teriakmu merobek hati ku.
tapi ego amarah membantut tindakku
menghalang ehsanku 
meracau kotak fikirku
zalimnya aku ya Tuhan.

Oh Tuhan
bukankah aku ini hambaMu
bukankah aku pernah berbuat sesuatu?
maka bantulah aku

aku tidak kuat menghadapi kezaliman diriku ini.
aku tidak mampu megecam diri
aku mahu seperti dulu
kuat menghadapi walau sendiri
kuat berjuang dan berdikari
kuat berbuat walau tidak mengerti dan belum mengimani

itukan aku yang dulu?
dan pasti Kau lebih kenal ku berbanding diriku sendiri?
bukankah telah ku ungkap ini berjuta kali?
aku sedar
aku tahu
maka tolonglah aku merayu
kuatkanlah aku dalam mujahadah menepis mainan dunia
dalam empuk lena mimpi
dalam gembira tawa tapi sepi.

Oh Tuhan.
rintih ini aku tidak pasti
status diri tidak dapat ku kenali

aku hanya mencoret melaung kepenatan hati
berjuang dipagi dipetang dan dimalam2 hari

tapi sekali lagi
aku buat tidak tahu akan akhirat yg menanti
sedang itu kan sudah pasti

kutkanlah aku menghadap mimpi
yang justeru nanti membantu menguat mengatur hidup ini.




Nukilan sayangku MUM.

Aku tak tahu nak tulis apa. 


Terlalu banyak kata dalam hati. 
Malah dengan berbagai rasa.

Satu yang mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya hanyalah, 


Aku sedang bermujahadah. T_T Membela iman dan taqwa dalam diriku!



Pasti jelas menggambarkan rasa hati bagi yang selalu menghadapi.
Jujur aku letih untuk CUBA bangun kerana setiap kali sepertinya aku jatuh lagi. hmm letih!

Tapi kalau aku berputus asa, pastilah Allah juga putus asa untuk menerima diri ku.
Yelah mana ada syurga yang murahkan?

Dan alhamdulillah Allah bagi ilham untuk aku belek kembali post dari seorang teman dengan nasihat darinya yang sangat menyentuh hatiku. sedikit membasah hati yang kering gelisah ni. sedikit mennyejuk hati yang panas dan berbahang.

Dan aku mahu menyimpan secopy darinya disini. Agar aku tidak hilang untuk bisa membacanya esok2 hari.


Jazakillahkhaer ya ukt atas tulisan mu yang menjadi bicara menambat kembali hati mendekati Ilahi.




Barakallahulakuma ukhti fillah


Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

##

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah..
Seperti bermimpi.. Kau bakal bergelar isteri. Aku teringat suatu ketika dahulu. Sebelum mengenali tarbiyah, aku mula mengenalimu. Dan alhamdulillah, seusai aku tersadung didalamnya, kau pula menyusul bersama. Itu memori indah dan amat indah.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah.
Disebalik kekuranganku sepanjang menjadi ukhti kepadamu, asif jiddan wa afwan kasira kumohonkan. Sehingga kini, bila aku fikirkan kuyakin pasti terlalu banyak kekecewaan dan luka yang tersimpan. Ketika kita belajar bersama-sama, makan bersama-sama, mengejar mad'u bersama-sama, masak bersama-sama. Dan mana mungkin daku lupa kenangan tatkala kita sama-sama jatuh cinta dengan al-quran dan excited untuk menjualnya kepada orang ramai.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah...
Sungguh aku rindu untuk membonceng motorsikal bersamamu. Kau pernah mengajarkanku untuk menghilangkan trauma dan ketakutan dengan motorsikal. Sebab setiap hari aku terpaksa menumpangmu bersama Salahuddin. Salahuddin si motorsikal..sweet kan? Suatu hari ketika kita sma-sama shopping al quran di masjid jamek' seusai habis memborong 2plastik besar AQ, tiba-tiba kita dah kehilangan salahuddin. Allahuakbar! Kuda dakwah yang banyak berkhidmat kepadamu dan aku telah hilang..Pelik sungguh bila aku kenangkan..Tatkala melihat salahuddin tiada ditempatnya, kau ulang alik beberapa kali diparkir yang sama..kemudian kau memandangku..

"alhamdulillah."katamu.

Dari situ, dan dari banyak peristiwa lainnya, aku banyak belajar erti sabar dan syukur..darimu.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Sungguh mana mungkin aku lupa kenangan aku meminjam motor abangku supaya kita boleh merempit semula. Eh, bukan aku, aku tumpang jer.. ukhti yang aku cintailah yang seringkali menjadi mangsa. Menjadi driverku kemana sahaja. Sebab aku takut nak bawa motorsikal..takde lesen pun iye juga.. Sehinggalah suatu hari, anak usrahku sakit dan teringin makan sup. Ketika tu, ukhti yang aku cinta tiada..Oh!terpaksalah aku merempit motor tu juga walau xde lesen hanya kerana nak bg anak usrah makan sup. Sungguh! Bila aku kenang kembali aku terharu sangat dengan perjalanan tarbiyah yang allah anugerahkan kepadaku ketika mengenalimu. dan sungguh! Aku rindu memori itu.


Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Andai aku ceritakan semua yang terpahat dalam kepala dan hati, sudah tentu membazir masamu untuk membacanya. kerana itu, apa yang paling aku ingin katakan adalah selepas ini..yang akan berlaku dan sedang kau lalui.. Akad nikah, walimah dan perubahan status disisi manusia. Dan semoga ia diiktiraf juga disisi ilahi dikau sebagai seorang isteri. amin

Kepada ukhti yang kucinta kerana Allah. Sungguh aku bukan yang terbaik untuk memberi sepatah dua kata nasihat kepadamu.

tetapi sungguh! Hy kerana kau kucinta...inilah doaku dan luahku untuk kau jua kepadaku aulanya.



Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai zaujah penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia. (57:20)
Duhai zaujah penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik kebelakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha ALlah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi.  Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Cinta itu dari Allah. Datangnya ia daripada Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.


Wallahuallam

dari sahabat yang mencintaimu kerana Allah,
Mumtazah Maridi
semoga esok segalanya berjalan lancar: asif terpaksa post awal sehari sebab weekend memang xsempat nak online. Barakallhulakuma Ramlah Ngatten dan pasangan


4/7/13

Ulangtahun 1

Alhamdulillahirabbilalamin..


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (30:21)

Sebenarnya sangat malu!
Moga-moga menjadi sekurang-kurangnya ada satu kata dengan nilai dari kosong tak bermakna. inshaAllah inshaAllah.


Alhamdulillahirabbilamin.


cuma nak cakap, nak coret..

Selamat Ulangtahun Pernikahan yang Pertama!






Aku bersyukur atas semua dan segala-galanya. Doaku cuma semoga dialah bidadara ku di syurga nanti. Allahumma amin..


Semoga kami saling menguat dan terus menguatkan diri masing-masing menjadi hamba Ilahi yang terbaik! justeru membaik dan memperelokkan segala-galanya..


Kerana diri kami hanya dipinjamkan. Aku dipinjamkan pada dia dan dia dipinjamkan padaku. Moga kami menjadi hak hakiki diakhirat nanti.


Sayang kerana Allah~

4/4/13

Kamu ABDURRAHMAN ABID.

Dear my little abid.
Alhamdulillahirabbilalamin.





SubhanAllah


MashaAllah


Kepada Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Kamu Abdurrahman Abid, adalah satu dari limpahan nikmat yang sangat agung dan besar anugerah Allah buat umi dan abi..





Tak termampu dijelas dan digambar dengan sebarang kata.


At first haha wahh panjangnya nama kamu sayang... tapi umi dan abi kuat untuk memilih nama ini. Kerana namanya saja sudah alhamdulillah mampu buat umi dan abi kembali mengingat Allah. Dengan kata lain umi dan abi sangat terkesan dengan nama ini. Sangat dalam dan subhanAllah sangat cantik dihati umi dan abi.

Itulah kamu.

Abdurrahman Abid


Abdurrahman inshaAllah adalah hamba yang sungguh kecil lagi kerdil kepada yang Maha Besar dan Maha Pengasih. 

Rasa kasih Allah pada kita sangat banyak wahai anakku. Jika kamu belek surah arRahman sahaja, pasti kamu akan jatuh tersungkur mencintai surah ini. Ia pasti membuat jiwa-jiwa yang gersang kembali sujud mengingat limpahan berian Allah tanda Maha Kasihnya dia pada kita. 


Jadi untuk kembali membuat ingat bahawa kita adalah hamba kepada yang Maha Pengasih maka nama kamu ditulis sebagai Abdurrahman iaitu hamba kepada yang Maha Pengasih.  

Nikmatilah rasa menjadi hamba kepada sang Pengasih.  Yang telah umi dan abi letak atas namamu wahai sayangku. Nikmatilah rasa ini.


Pasti rasa ini akan membuat kamu tidak pergi ke lain selain padaNya. 

Rasa ini pasti membuat kamu hanya mahu tunduk dan sujud padanya.
Rasa ini pasti membuat kamu tidak henti bersyukur dan memujiNya.
Malah rasa ini pasti mampu membuat kamu meletakkan Dia yang terutama dari seluruh dunia dan seisinya.
Memandang akhirat dan meletakkan dunia hanya dalam genggammu.
InshaAllah.

Malah nama kamu juga alhamdulillah adalah satu dari nama yang disukai Allah. Dan ini makin menguat umi dan abi untuk memilih nama ini. 




Sabda Rasulullah SAW,

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ



“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)


Moga kamu menjadi hamba yang disukai Allah. Menjadi redha atas segala yang ditakdir buatmu dan menjadi hamba yang diredhai setiap langkah, kata dan tingkahmu.



dan ''Abid''


InshaAllah itulah panggilan untuk kamu sayangku. 


Sebutan ini menjadi doa dari kami juga orang-orang disekeliling kamu. Moga kamu menjadi manusia yang beribadat kepada Allah. Mencintai Allah melebihi yang lain-lain. Tunduk dan sujud penuh ikhlas dengan mengkerdilkan dirimu dihadapan sang Pencipta, Allah SWT.



Abid adalah sang hamba yang inshaAllah melaksana satu dari dua matlamat penciptaan manusia iaitu ahli ibadah yang beribadat kepada Allah selain melaksana tanggungjawab khalifah seperti yang telah termaktub dalam alQuran.


                                

Abid:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah 
dan beribadat kepadaKu. (51:56)


Khalifah:


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak 
menjadikan seorang khalifah di bumi...”. (2:30)

Satu dari matlamat penciptaan manusia. itulah nama kamu. itulah doa kami. Laksanakanlah ia dengan sebaiknya wahai anakku.


Alhamdulillah malah nama kamu juga kebetulan menyamai nama seorang ulama Tabligh, Abdurrahman Abid yang berada dalam barisan manusia yang bersama-sama berjuang melaksana tanggungjawab daie dimuka bumi Allah ini.


Abdurrahman Abid 














































(ketika setelah dua bulan kamu berpijak mimpi di bumi hamparan Ilahi)

Alhamdulillahirabbilalamin, umi dan abi sangat bersyukur atas nama yang telah ditakdir oleh Allah untukmu. Maka selayaknya begitu jugalah kamu.


with love,
umi & abi
04042013


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...