Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/21/11

''Azab?'' kata Adlinatul Husna


Teringat kata-kata si kecil Adlinatul Husna kepadaku pada beberapa hari yang lalu. Ketika aku sedang membaca tafsir sesudah menyelesaikan solat zohorku. Duduk dia disisi ku sambil mendengar setiap inci tafsir surah Yususf yang ku baca.. satu demi satu perkataan yang dia tak faham dia tanya.


[65]
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.


[66]
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.


[67]
Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).


[68]
Mereka berkata: "Allah mempunyai anak" Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! Dia lah Yang Maha Kaya; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?


[69]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya".



[70]
(Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka AZAB yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan.


Dan seketika Husna mencelah, bertanya perihal azab:





''Azab? cik lala azab tu apa?''


''Azab tu balasan Allah atas orang-orang yang degil''



''ohhh! Azab tu kena bakar api neraka kan?''


''hah betul tu.. kalau tak nak kena azab Allah kenalah jadi budak baik.. dengar cakap ummi, dengar cakap ayah.. dengar cakap cik lala, jangan usik adik, takut tak?''


‘’cik lala semua ni Allah yang buatkan?’’ (tidak menjawab persoalan aku disitu..hihi)


''haah, semua pon..husna Allah cipta, cik lala Allah yang cipta.. husna ni Allah yang punya, ummi, ayah, adik.. semua Allah yang cipta''



''Dinding, tv, bantal, tilam pon kan?''


''Betul! Semua sekali ''


''Kereta, bangunan, rumah, bumbung, almari, batu, awan, langit kan? ''



''Pandai pun! Sape ajar na?''


''cik lala lah'' (entah bila aku ajar akupon tak ingat,hmm)




Mengingat kembali kata-kata husna, again cuba utk memuhasabah diri.. ye memang hakikat nya sudah aku tahu, tetapi sudah cukup berimankah aku dengannya?


Dan selang beberapa hari selepas itu..



''cik lala husna nak pinjam labtop cik lala, husna nak amik-amik gambar macam semalam''


''jap, cik lala ade keje nak buat ni..nanti dulu''


''cik lala ni. tu bukan labtop cik lala.. tu kan labtop Allah!! nanti cik lala berdosa, Allah tak suka'' (dengan nada garang/majuk/nak nangis)


''hahaha yelah2, jom kita share.. na ambil sebelah.. cik lala ambil sebelah''


''hahahaha'' (gelak budak kecik tu, lepas tu kitaorang pon share)


Itulah kefahaman dia.. Husna begitu beriman dengan fakta/hakikat semuaya adalah ALLAH YANG PUNYA. Semuanya adalah hak Allah. malah,


''ummi husna nak susu''


''kejap ye''


''ummi husna nak susu..cepatlah''


''kejap, cik lala tolong buat''


''ermmmmm ummi ni, tu kan Allah punye susu. Allah yang bagi,bukan ummi punye, '' (huhu aku confius ape kaitannya disitu..biarlah~ besides

kebetulan tengah majuk dengan aku then semua yang aku buat dia tak mau.. huhu)



lebih kurang begitulah kisahnya..huhu husna ohh husna~ done!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...