Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

3/25/10

a k u T A K ~







Bisa kau dengarkan aku






Coba pahami aku






aku tak bisa bertahan




kamu tak bisa menahan






Kau pegang arahku






Coba tunjuk langkahku






Aku tak bisa bertahan






kamu masih tak bisa menahan









Dan hilang semua impianku






Hilang semua harapanku






Hilang bersama resahku






Hilang terbawah arah ku






Perhatikan jejak langkahku






Bersama harga diriku






Serendah-rendah namaku






Serendah-rendah namaku






Bisa kau dengarkan aku






Coba pahami aku






aku tak bisa bertahan






Kamu tak bisa menahan
. . . . . . .
A L L A H ~









3/22/10

a k u C I N T A A L L A H


a k u
cinta
A L L A H



Andaikan diriku bisa seperti yang lain

Yang Kau sayang

Yang Kau rindukan

Yang Kau cintai


Aku lemah


tanpa-Mu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya

Tolong ku

tolong ku


Yaa Allah





Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti

setiap derai tangis membasahi

Allah jangan tinggalkan aku lagi


Aku sayang Allah

Aku rindu Allah

Aku cinta Allah

Hakikatnya Dia tidak pernah tinggalkan kita..

masyaAllah...

hanya Dia tempat kembali setiap insan..

m a k a ,


3/16/10

t i a d a K A T A . . .

Tiada kata
Habis bicara

Tika ku mula
Hendak berbicara soal cinta

Kepada mereka
kekasihkekasihku

Yang ku cinta
Yang ku puja

dari seluruh genap pnjuru
jiwa juga nyawa

Mencintai mereka
melebihi selayak nya

Memperlaku diri
Masih perihal hambaMu

Ku hanya ingin
Tiada pernah jauh
Dari pegangan Mu

Mgharap hidayah
milik bersama
Mgharap cinta
tetap mekar berbunga

Andai cinta ini mejauh kami padamu
Ku rela kau padam
Kau tutup

Masih tetap akan ku rela
Cinta yang tadi
Benar jujur ku puja

Namu tetap menharap
Dan bermohon
Masih tetap dan berharap

Dari suatu sudut hati
Yang tiada pernah henti berbicara
Soal cinta

Moge cinta ku ya Allah
terus
Terusan berbunga

Hingga tiada hujung puncak kata
Bisa mempersoal
kasih dan cinta

Yang hakikat Pembina
Adalah Mu

Maka eratkanlah
Ikatan yang ada

Ikatan yang kau bina

Maka eratkanlah kasih yang tercipta

masih
Mohon ku yaAllah
Syuga yang itu
Yang pemilik kekal nya adalahMu

Mohon dari ku yaAllah
Moge pucak cinta yang itu
Yang pemilik kekal nya tetap hanya Mu

Ku mahu ya Allah bersatu
Dalam hakikat yang Itu
Yang pemilik kekalnya adalahMu

Ku ber mohon yaAllah
Hanya padaMu
Pemegang yang 1

Ku mohon ya Allah
Satu kan kami di syurga

Andai Kau pisah..

Maka relaku menunggu dan bersatu
Menerima beban azabMu

Bukti cinta ku dan aku..
Yang kekal mencintaiMu
Juga mereka dan diriku..

Kasih yang ya Allah
Cinta yang ya Allah

Sungguh sungguh!!

Bersemadi menjadi 1

Tiada kata
Kata

Mampu
lagi berbicara

Soal cinta
Indah yang masyaAllah

Kau bina
..
Tiada..
















3/10/10

s i a p a N A B I t e r a k h i r ? s i a p a H E B A T ? I S A ? M u h a m m a d ?

s i a p a N A B I t e r a k h i r ?
s i a p a H E B A T ?

I S A ?
M u h a m m a d ?



''u tahu x nabi Isa A.S akan turun diakhir zaman nanti.. dan nabi Isa masih hidup kerana dia kan diangkat kelangit.. jadi dialah nabi terakhir.. bukan Muhammad.. bukan Muhammad.. bukan Muhammad..''

''then nama nabi Isa disebut sebanyak 25, nabi muhammad 5 kali je.. jelas Isa AS lebih hebat''

ini kata mereka..

jadi bagaimana harus kita menjawab?

“Ingatlah ketika Allah berkata: ‘Ya ‘Isa, sesungguhnya Aku mengangkat engkau dan meninggikan (derajat) engkau kepada-Ku dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas dari mereka yang kafir, sampai hari kiamat….’”

(Ali-Imran:55)

''oh betullah nabi Isa diangkat kelangit.. hihi :) hih sebenarnya i dah tahu..
Islam dah jelas2 menyebut perihal ni didalam alQuran..'' kataku..

''then u percayalah?'' katanya..

''eh mestilah i percaya..'' kataku..

''then sekarang u dah percayalah itu Isa nabi terakhir?'' katanya..

''hih,,yang itu i tak percaya'' kataku..

''aiyoo betollah!!'' katanya..

''buktinya?'' kataku..
(seketika dia terdiam membisu)

''itu u punye quran pon sudah kata laaa. apa lagi bukti u mau?''

''hehe^_^u anak keberapa? anak pertama kah?'' kataku..

''yaa anak pertama..eh mana u tao?'' kataku..

''i teka je ^_^ sbb from my observation u nampak mature laa.u tak tahukah?
then u ade berapa orang adik?'' kataku..

''oh yeke:) btw i ada ramai adik.. ade 4 adik.. semua laki2.. family i sangat hepi laa sebab ramai lelaki.. kasihan sama i sorang saja perempuan'' katanya..

'' hihi takpalah special maaa.. then u punye adik paling kecil sapa nama? masih kecilkah? '' kataku..
(sambil tersenyum melihat sedikit mimik muka cemburu dimukanye)

''oh itu namanya lily loor.. baru 1 tahun.. u tao adik i comel tau..'' katanya..

''yakah? ada comel macam i kah?'' kataku..

''hahahaha'' gelaknya..

''hey kalaulah satu hari nanti adik u itu sudah tiada, i means maybe he sick or watever.. then pass away mesti u sedih kan?

''mestilah..aiyooo mintak jauhlah..'' katanya..

''then in case la.. u punye adik dah takde, then nanti siapa yang ambil tempat dia sebagai anak paling bongsu?

''aiyoo mana ada begitu.. even if he no longer around he still our younger brother maaa..'' katanya dengan yakin..

''oh begitukah, even if all ur 4 little brother dah takde bukan u jadi ganti tempat anak paling last kah?'' kataku..

''mestilah tidak.. kecil tetap kecil maa.. itu bongsu tetap bongsu maa. yang terakhir tetap yang terakhir..'' katanya..

''ooooo~ i faham.. btw u already give d answer..^_^'' kataku..

''rr???'' dia kebingungan..

''yeah u already giv the answer of why Muhammad SAW is the last prophet.. not Isa AS..^_^'' kataku..

''but then.....''katanya sambil kebingungan..

kemudian ku sambung menjelaskan..

''we dont looks on the one who still left at the end or at the last period of time but, kita lihat siapa yang lahir paling akhir then we named it as the last person.. so here the last prophet^_^'' kataku..

''mmm'' dia...tak terkata..

''but then u kne ingat nama Isa disebut lebih banyak dalam itu Islam punye kitab, sedangkan kitab tu Tuhan u turunkan pada Muhammad.. how come? so then Isa paling hebat lorrr'' katanya lagi as usaha mensimen lampu hati yang ku lihat semakin malap..

''eii itu mr laila punya assgmnt sudah hantarkah? kataku yang tetiba mnyeleweng dari topic perbincangan..

''u tukar topic laaaa'' katanya kehairanan..

''nanti lah i baru teringat nih.. so i tanya lah..'' kataku menjelaskan..

''assgmnt pn laila susahlah.. i pon baru siap separuh maa..'' katany..

''betul betul betul.. puan laila sangat garang la.. i dengar last semester saja dia sudah kasi fail sama 11 orang student loor?'' kataku bermain kata..

'' arrh? u seriuskah? itu puan laila punye subjek lagi ape? i x mau ambil dia punye subjek lagila.. takut i dengar cerita dari u ni..'' katanya..

''sebab i mahu kasi ingat sama u lah i story tentang puan laila punye stail mengajar.. sama dengan i punya Tuhan time Dia kasi story atau peringatan pada Muhammad lorr'' kataku bermain kata lagi..

''rrr u mau cakap ape ni?'' katanya kebingungan..

''mm u sedarkah berapa kali i sebut perkataan 'puan laila' masa i beri peringatan tentang nye pada u tadi?'' kataku sambil cuba memahamkan..

''banyaklah.. mana i ngat..'' katanya..

''berapa kali i sebut nama 'u' tadi? kataku yang mempersoal lagi..

''ntahlah..sikitla.. u banyak cerita tentang itu puan laila laa tadi.. why'' katanya..

''eh btw u dengan puan laila siapa lagi baek r?'' kata ku..

''aiyoo kalu i jadi itu lecturer i will make sure all my student pass itu exam loorr.. how come.. she should at least help a bit lorr...eh apa u nak kata sebenarnya nih r?'' katanya..

'' hehe begini^_^.. dengan bilangan nama puan laila yang banyak it doesnt mean tht she is a good person right, and it doesnt mean that dia hebat kan? walaupon nama u i hanya sebut beberapa kali it doesnt mean that u x baik kan? the most importat here is the content.. so then same as alQuran.. walupon nama Muhammad hanya disebut beberapa kali x bermakna dia x hebat dan Isa lebih hebat.. in Islam we cant simply compare them.. keduanya diangkat tinggi sebagai pesuruh Allah.. then, bagaimana pula nama nabi Musa yang disebut lebih daripada 100 kali didalam alquran.. dan bagaimana pula dengan syaitan? disebut juga dalam alQuran'' ku jelaskan panjang..

''jadi nak cakap kat sini yang we cannot simply count and make judgement^_^'' ku jelaskan lagi..

''other example.. disebabkan i benci puan laila.. so i pon hari2 dok kutuk dia.. i benci puan laila.. i benci puan laila.. i benci puan laila.. i benci puan laila.. so was it mean that she is good kerana hari2 i berzikir atau ingat nama dia..'' ku jelaskan lagi..

''as simple as that dear friend'' sambil tersenyum ku biarkan dia berfikir sejenak..

'' i will think on this first..heh~~~'' katanya..

as simple as that, begitulah idea dari Allah yang diilhamkan kepada brother shah kirit.. alhamdulillah through friendly comparative religion yang aku attend.. at least i know and i can share on how to be face with this type of misunderstanding..

moge Allah membalas jasa brother shah kirit..










3/7/10

d u d u k s a y a n g 2 U M

alhamdulillahirabbilalamin..

''Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara...''.


(alHujurat,49:10)

semalam 7mac2010, we are success mnjalankan rehlah tok our sibling kat UM..
start jam 7.30 pagi n berakhir pd jam 12.30


time for breakfast.. DL@ sambil mkn..hihi
yum2 menu kami, me goreng, nuggets, kentang goreng, air sirap seribu rasa, kuih muih, n byk lagi..




mum, ika, kak anne, me, ain, sariah..
kita bersatu mnjadi 1..hikhik..
bersama2 adik2 dr 3rd kolej UM.. n sahabat2 dari 4th..







beratur2!! haha tapi dalam keadaan mata tertutup.. dan yang hebatnya dengan para sahabat kita ni.. kita tak perlu kainpon untuk tutup mata diorang.. kerana mereka faham maka mereka jujur.. insyaAllah^_^

hasilnya.. waaa 9 tangga2 muslimah that they success build.. MUMTAZ!!
hehe.. n 4 sure camerawomen r not include..

then kami main game.. cari kasut dan pasangannya dengan mata tertutup.. comel sungguh diorang nih..

''yeay dah jumpa dah jumpa''

hahaha padahal dah silap dah..hikhikhik..


himpunan kasut group 1 ^_^

himpunan kasut group 2 ^-^

sampai ke sesi pengisian yang ditunggu..
disampaikan oleh miss mumtazah maridi.. alhamdulillah..


kekusyukkan ketika menikmati surat2 cinta dari Nya..

kami Tadabbur surah Luqman :20-34

[20]
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
[21]
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab:” (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
[22]
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
[23]
Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[24]
Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.
[25]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
[26]
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
[27]
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[28]
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
[29]
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[30]
Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
[31]
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
[32]
Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
[33]
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
[34]
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.


alhamdulillah..
alhamdulillah.. syukran kepada yang sama2 menjayakan^_^


3/4/10

s e m u a A G A M A s a m a ?


''semua agama samalah.. mana ada agama yang mngajar penganutnya berbuat jahat''


''takde bezanya agama ko dan aku.. ko sembah Tuhan akupon sembah Tuhan..kan?


''alahai watpe susah2 fikir? kan semua agama samaje.. umpama sungai2 dari berbagai cabang yang akhirnya bertemu di lautan yang luas jugak''

begini realiti pemikiran sesetengah manusia..dan mungkin ada di kalangn kita pernah malah berfikir tentang persoalan ini.. right?

but then, is it true? bagi para muslim comited mungkin xde masalah untuk menjawab persoalan ini.. bagaimana nasib saudara2 muslim kita yang jalan hidupnya masih belum tersuluh dan bagaimana pula nasib sahabat2 nonmuslim kita yang belum jumpapon lagi lampu suluh untuk menyuluh jalan hidup mereka..

''wei korang nanti kita jumpa kat syurga juga''

kata seorang sahabat aku yang dengan memerhati perwatakannya aku mampu menafsirnya sebagai seorang penganut agama kristian yang commited. at that moment hanya mampu melukiskan satu senyuman dari mimik muka dan mnyembunyi rasa kasihan dihati.. Allah~

jadi bagaimana?

bagaimana untuk memperjelas perihal ini kepada mereka yang berpegang dengan pendapat SEMUA AGAMA SAMA..

lets look to this small conversation between 2 manusia yang fitrahnya memiliki hati yang sama namun memiliki lampu suluh yang berlainan jenama..

siti : ko rasa semua agama sameke?

chua : bagi aku semua agama samaje.. nape ko tak percayeke?


siti: oh baru aku tahu, kalau gitu apa kata ko join agama islam? ^_^ kan semua agama sama?

chua: hih..


siti : sebahagian dari pendapat kamu betul chua.. sebenarnya ada persamaan cuma tunjang antara agama mempunyai perbezaan yang amat jauh dan ketara.. dan dalam perkara2 kecil pon ada banyak perbezaan.

chua: mm


siti: ok sebagai contoh dalam islam ada menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan wajib kita capai serta ikuti.. dan islam juga mngajar dengan jelas cara dan kaedah mencapai matlamat itu..


chua: yeje.. contoh?


siti:
as ko pernah dengar dalam islam kami diharamkan makan ayam yang tidak disembelih, dan kami kena ikut perintah ini.. mesti kamu rasa leceh untuk follow this order. but then sebenarnya senangje sebab kami dah diajar dengan jelas bagaimana untuk melaksanakan perintah yang ini.. buktinya sebagai contoh, dalam quran surah alMaidah ayat ke 3 Allah ada menyebut perihal ini..

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(alMaidah,5:3)

chua: itu satu benda je..

siti: banyak sebenarnya chua. Islam adalah cara hidup.. jadi dari sebesar2 perkara sehingga sekecil2nya ISLAM akan ajar.. tentang bagaimana cara berpolitik, memerintah, berniaga, berhubungan sesama jiran, sesama keluarga, sehinggalah cara makan, minum,berpakain dan malah masuk tandas.. can u imagine it.. adakah agama kamu mengajar tentang ini.. jadi samakah agama kamu dan agamaku.. and even as u know and suppose already heard about islamic banking, islamic knowledge, islamic medication.. and have u heard about buddha banking for example?


chua: alaa..tapi tetap sama.. contohnya my religion teach me supaya tak mencuri sebab perbuatan yang tidak baik.. agama kamupon ajar perkara yang sama kan? so samalah itu..

siti: eh betullah.. sama..

chua: kan as i said, semua samajelah..


siti: chua2 kamu nak tahu tak? islam melarang pennganutnya daripada mencuri seperti mana yang dilarang juga didalam agama kamu.. malah islam juga ajar cara nak menyelesaikan masalah mencuri ni?

chua: mm? siti : begini.. pasti kamu pernah dengar tentang orang islam kena bayar zakat.. atau dengan bahasa mudahnya kena keluarkan sebahagian dari gaji atau harta tok disedekahkan kepada yang memerlukan..



chua: waaa kerja penat2 lepas tu wajib bagi sikit pada orang lain kah? x mau x mau..


siti: jadi kamu rela la kalau harta kamu dicuri? hehehe..

chua: mmm

siti: begini chua.. pelaksanaan zakat yang sempurna akan mengatur segala2nya.. segala kemudahan complete, xde orang susah, xde orang mencuri, xde orang tiada tempat tinggal malah xde pinjaman ptptn.. complete..
malah dalam islam amalan bersedekah juga adalah alternatif lain selain bayar zakat.. cuma sedekah tidak diwajibkan tetapai amat2 digalakkan..



chua: huaaa ya kah?

siti: yala.. cuma di malaysia as we see pelaksanaan islam masih berperingkat.. thats why aku masih kena berhutang untuk belajar kat UM ni.. and as u can observe negara mana masalah jenayah tertinggi dilaporkan?


chua: mestilah barat..


siti: betul but then why?


chua : ohh betullah sebab orang yang xde duit susah nak dapatkan bantuan kan? kalau di malaysia masih ada duit zakat tadi untuk membantu orang2 yang susah.. begitukah?


siti : absolutely.. thats it.. bezanya cara hidup islam di malaysia dan kristian di barat telah membawa kepada perbezaan ini tanpa kita sedari.. ini sebagai contoh sahaja.. can u see it now.. bezakan?

chua: yala.. kami dilarang untuk mencuri tapi tiada jalan penyelesain kepada tidak mencuri..

siti : mmm^_^


betullah kata siti.. islam is different than others.. why? mari rujuk kepada beberapa daripada beribu ayat2 cinta Allah kepada kita..

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

(alImran,3:3)

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

(alImran,3:19)


satu2nya adama yang benar dab diredhai menurut firman Allah adalah Islam.. dan Islam itu sendiri adalah cara hidup yang perlu diambil secara menyeluruh. bukan sekadar dengan tercatat ISLAM di dalam ic then kita dapat masuk syurga dan terhindar dari neraka.. bukan begitu..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”.

(alImran,3:84)

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


(alImran,3:85)

nauzubillah..minta moga2 Allah memberi petunjuk tentang kebenaran ini kepada semua.. supaya kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat dinikmati semua.. hidayah milik Allah.

to all muslim mari perbaiki keyakinan diri.. to all nonmuslim teruskanlah mencari ^_^

i

luv

islam



3/3/10

a s - S a f f

masyaAllah..
terjemahan asSaf.. sungguh indah susunan kalam Allah berbicara perihal daie sebagai majoriti story dalam surah ke 61 ni..

baca n hayati..

[1]

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

[3]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

[4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

[5]
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.

[6]
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

[7]
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

[8]
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[9]
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

[10]
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[12]
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

[13]
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

[14]
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...