Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

11/27/12

SYUKUR- arRahman


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


A007


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'' (Ibrahim 14:7)







Melihat segala kebaikan.
Mensyukuri kesepadanan yang sudah dilukiskan.
Menyimpan segala keluhan.
Muhasabah atas kekurangan.
Menghargai bait-bait kedamaian dan ketenangan.
Kesejukkan dan kehangatan.
Sebenarnya terlalu banyak yang perlu disyukuri, terlalu banyak.


Alhamdulilahirabbilamin.


Agar engkau tidak lupa yang engkau pernah sangat berusaha belajar untuk bersyukur dan telah pernah punya rasa syukur akan nikmat besar ini.



Didiklah jiwa.




















To my little love, 
it was so simple..tetapi meninggalkan satu rasa yang besar dan berbeza. mempengaruhi duniamu dan seisinya..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
AdaMu by Najwa Latif
your mummy-(when you are 8 month in me)1245pm-281112 -iamm



11/22/12

Doa itu Nikmat

Untuk berdoa sahaja mujahadahnya sudah sangat besar. Maka, disitu saja Allah dah beri peluang bagi kita untuk mengumpul pahala.

Maha Baik.






''Dan Tuhanmu berfirman: ''Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina''

(40:60)

''Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)''

(27:62)

''Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran'' 

(2:186).


Apabila beribadah, beribadah dengan bersunguh-sungguh..
Apabila berdoa, doa lah dengan kesungguhan yang sebenar..

Wahai jiwa, sedarlah dari tiduran buai dunnia yang melenakan..
Bangkitlah dengan rasa payah atau mudah..
Mujahadahlah dengan muka tembok, malu tak terkata..

Kerana kehidupan disebelah sana itu pasti..
Pastinya kau tahu hakikat rugi yang kau sendiri takuti kan?
















little love letter..

oh my dear little love.. alhamdulillah now u r 31weeks in the world age counting.. i was so scare..imagine having u around, am i ready to full this task..am i? am i ready in bigger mujahadah in building u as the next khalifah.. i was so scare..oh Allah Engkau lebih tahu kezaliman ku malah berbanding diriku sendiri.. please protect this little caliph.. Jadikanlah dia manusia yang akan mencintai mu dengan kecintaan yang paling benar. kukuhkan iman dan taqwa dalam hatinnya Tuhan. kuluhkan dadanya dengan redha akan hidupnya dan limpahkan hidupnya dengan redaMu oh Allah.. redha dan diredhai..Allahu rabbi its a big gift.. U have choose us... having at least this 31 weeks, with such a very beutiful feeling.. please forgive us oh Allah for all the mistake.. atas kezaliman-kezaliman kami ya Allah.. atas lalai leka kami. atas nikmat-nikmat yang tidak akan habis dan mampu untuk kami syukuri...

To my little love, He is Allah.. a God of us.. the only creator. who creat u in me.. who build u in me.. who know u better than me. that's He. be grateful to Him.. Obey Him.. Love him.my dear pilihlah menjadi hebat dengan islam, dan pilihlah menjadi mulia dengan islam...my dear please forgive us . ur ummi and abi.. atas hak-hak kamu yang tidak habis kami penuhi.. atas masa-masa yang telah berlalu dengan rugi.. Kami hanya manusia biasa sayangku..kami tiada pernah berhenti dalam mujahadah untuk memandang ke akhrirat. doakan kami ye..

semoga Allah menyelamatkan kamu sampai kedunnia dan melaluinya walau buat sketika sebelum nanti kita sama-sama kan kembali ke sana.inshaAllah

your ummi
23/11/12
0843 am


11/7/12

Keluarga (84:13)







Aku masih ingat sedikit dari bait-bait kata ustaz yang rasanya dah berusia dua tahun dalam kotak otak ni.

Mukhayyam 2010..


''ujian sebenar kamu adalah NANTI, sekarang ni biasa-biasa lagi..'' kata ustaz


Dan kami diayun-ayun sekitar ayat-ayat cinta surah alMuzammil dan alMuddassir ketika itu..

(aku plak dok kuar masuk dewan masa tu sebab mengantuk sangat,kuikui..dapatlah seayat dua je)



''NANTI itu adalah bila kamu sudah berkahwin, berkeluarga, kamu sudah stabil berkerjaya dan berharta,  kamu sudah beranak-pinak''

''disitulah ujian sebenar'' kata ustaz

Walaupun masa tu mujahadah bagi diri aku ketika itu sahaja, sepertinya sudah tidak tertanggung lagi..



Jadi nya untuk menunggu NANTI yang diuwar-uwarkan leh ustaz..hemmm mengerikan..



Jadinya untuk aku yang selalu lemah dan tidak berdaya pastilah sangat takut untuk menghadapi kehidupan yang NANTI.. benar! takut!



Jadinya setiap langkah yang aku ambil menuju kearah kehidupan menghampiri NANTI aku susuli bersama niat-niat kerana Ilahi..Aku susun langkah berjaga-jaga dari luar, dari dalam, dari kanan, dari kiri.. Pada masa itu hanya aku yang merasai. Dengan Allah berada disisi. Dan aku hanya berharap agar aku akan selamat..selamat..


KINI,

Hari yang NANTI sudah berlegar-legar di sekitar diri ini..
Dan aku kira aku mampu.
Rupanya aku gagal.
Aku hilang dalam dunia.
Aku lupa untuk menyinggah kedunia sebelah sana.
Kerana letih dan putus asa, aku jadi berhenti dari berusaha.
Mujahadah tiada lagi dalam diri.
Aku jadi biasa-biasa.
Aku jadi redha dengan apa yang jadi dikanan-kiri.
Aku biar diri hanyut dengan ujian dan cubaan.
Aku memalaskan diri aku sendiri.


Inilah HARI yang aku takuti. Ia sudah sangat menghinggapi.


Aku menghitung hari yang diganti hari.
Aku menghitung minggu yang diganti dengan minggu.
Sehingga, aku menghitung bulan yang diganti dengan bulan.


Bila agaknya aku akan kembali bangkit menguatkan diri ini.
Menggagah semangat mujahadah membela iman dan taqwa dalam diri.


Sehingga satu bait dari surah alInsyiqaq tertembak dalam diri. Dan aku terus menggali untuk mencari rasa takut atasnya. Agar aku bergerak, agar aku tidak tunggu dan terus menghitung lagi. Aku tidak mahu bulan itu diganti dengan tahun yang berganti tahun.



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Apabila langit terbelah,
A002
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
A003
Dan apabila bumi diratakan,
A004
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
A005
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
A006
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
A007
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
A008
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
A009
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
A010
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
A011
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
A012
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
A013
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya!
A014
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
A015
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
A016
Maka Aku bersumpah, demi mega;
A017
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
A018
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
A019
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
A020
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
A021
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
A022
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
A023
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
A024
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
A025
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.




Keluarga boleh menjadi faktor kefuturan diri. Bukan asbab keluarga itu sendiri..Tetapi adalah diri sendiri yang apabila disisi sentiasa ada somebody, kita jadi lupa meletakkan kebergantungan kepada yang paling berhak dengan hak yang hakiki, iaitu Ilahi..


Sehingga ke hari ini.


Tsumma alhamdulillahirabbilalamin
Biiznillah, aku masih berusaha, bersama insan yang terutama kini iaitu si dia yang tercinta yang tidak pernah jenuh memberi semangat.


InshaAllah.


Jazakillahkhaer atas doa-doa manusia yang tidak pernah putus. Semoga aku terus tsabat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...