Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/16/11

asmum & NIAT~


Kita sama sahaja, tetapi dengan niat membuatkan kita jadi berbeza.



Analoginya umpama aku dan engkau mengambil segelas air.

Aku siram sebatang pokok bunga dengan air itu.

Engkau juga menyiram sebatang pokok bunga dengan air itu.

Tetapi niat Engkau lillah untuk memberi hidup pada ia

Manakala niat aku untuk mengosongkan gelas itu.

Maka adakah kita sama?



Huhu mahu mengimbau kembali kisah yang dah berlalu

Entah pada tarikh keramat bila kah

Tak mampu untuk di ingati daaa

Tapi kata-kata teman aku (miss Hasna Nadiah Johari) pada satu masa yang sudah sangat berlalu

Membuat aku mengubah pendirianku ketika tu

Untuk apa?

Untuk menjadi manusia yang bukan seperti manusia biasa



Masih aku ingat

‘’takkan awak nak pergi fakulti belajar, balik, makan, tidur, blaja, balik, makan, tidur blablabla je?’’

Panjang lagi ayatnya, tapi aku kasi cut sama dia..hihi


Entah bunga ape yang cik hasna sembur pada aku. Membuat aku terjentik untuk tidak menjadi mahasiswa biasa.

Biasa disini bukan pada mata manusia, tetapi pada pandangan yang Esa. Alhamdulillah



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


Ya! Dengan niat yang itu. Menguatkan diri sendiri untuk cuba memikul amanah itu. Amanah yang kalau kamu pandang sebelah mata memang akan menjadi kerja sia-sia.

Malah akan membuat engkau sendiri tertanya-tanya, ape faedahnya? Dimana keuntungannya? Buang masa! Buang masa! (huhuhuhu)



Tapi kerana bermula dengan niat yang inilah.. Bermula langkah pertama dengan menuju ke AGM pada suatu petang itu. Gagahkan kaki berjalan kaki dari kolej Za’ba menuju ke kompleks Dewan Kuliah yang sangat jauh itu. Huhu jauhlah sangat.



Mahu melihat bagaimana Allah akan meletakkan takdir bagiku. Adakah aku akan tercalon untuk jawatan itu? Berdebar-debar sungguh! Kerana membayangkan adakah Allah akan memilih aku..

ALLAH, subhanallah memang aku terpilih. Masih ingat ketika itu, dicalon oleh abang mukhlis. Tidak ingat entah siapa yang menyokong, malah tidak tahu siapa yang mengundi, Tapi yang pasti Allah yang menetapkan semua ini..

Dan amat pasti yang ia bukan suatu benda yang sia-sia. Alhamdulillah memang tidak sia-sia.



Maka terlantik lah aku masa tu untuk menjadi Setiausaha Agung Angkatan Siswa/Siswi Sains Muslim Universiti Malaya sesi 2008/2009. Mr Zulkamal sebagai Yang diPertua, Miss Hasna sebagai Naib Yang diPertua dan Kak Syud sebagai ceti nya.. hihi



Huhu takut!! Kerana memikul amanah yang betul-betul pasti membeban bahu aku. Terkadang memang terasa payah (huhu selalu kot sebenarnya). Tapi kerana niat itulah membuat aku masih terus memikul beban itu dipundakku.



Malah kerana janji Allah yang inilah, membuat aku tetap masih memikul beban itu.

‘’Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’’ (Muhammad:7)



Membuat aku makin dan semakin kuat. Malah ketika jatuh terduduk, menangis tersedu-sedu akibat result yang hancus itu (huhu). Tak peduli! Xpe! Xkisah! Yakin.. Aku masih berusaha. Dan terus berusaha untuk kedua-duanya. Kerana aku ingin menunaikan hak asmum iaitu sebagai setiausaha, hak aku iaitu berusaha dalam stadi, dan kemudian menyerahkan hasilnya yang tetap adalah HAK ALLAH. Jadi takkan sezarah aku undurkan usaha itu hanya kerana kegagalan yang sebentar.

''..Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu..'' (atTaubah:105)


Alhamdulillah.Beginilah cara aku memandangnya. Bagaimana pula kamu?


Huhu kenapa tiba-tiba terimbau kisah yang sangat sudah berlalu ni.. Kerana perjumpaan pada hari Sabtu yang lalu ni lah. Alhamdulillah terikat ukhwah walau hanya mungkin sezarah. Inshaallah


9 April 2011:Perjumpaan para SENIOR (mantan-mantan) and JUNIOR ASMUM

location:The Curve

agenda:


Breakfast

(thanks utk my sis, kak dijah dan internet atas resipi sandwich yang terbaek tu!, akibat daripa sebenarnya kurang suka makan sandwich tapi rasa nak prepare sandwich, huhu)

(and also terima kasih kepada Zulkamal dan Fitri untuk duit-duit anda tu, huhu sebagai penaja rasmi breakfast kami)


Bertolak ke the Curve, konvoi dengan 1 kereta dan beberapa bijik motor (merempitlah den spt biasa, dush!)


Main Baling-baling bola (and yang pasti trademark geng aku adalah masukkan itu bola dalam itu longkanglah, haha)

Penyampaian hadiah kepada yang menang n perasmian alumni ASMUM buat kali pertama since 1974 kot. Lama dah~


Ramai2 membuat lawatan sambil menyebuk dengan bakal pengantin survey IKEA


Lunch sendri2 (makan spageti yang sangat sedap di SECRET RECIPE, tp sedap lagi yang cik nabiha al Muna buat :)P )

Balik merempit lagi..dush!~


Selamat Berusaha kepada adik-adik ASMUM!!





Dan kini masih ade amanah lain yang ingin aku pikul dipundakku, menjadi murabbi, daie..seperti teman-teman ku. Dan aku berharap agar niat yang sama terus terpahat pada hati yang lebih baik, dibahu yang lebih bersih untuk perjuangan yang lebih besar itu. Allah semoga terus tsabat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...