Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

6/29/11

Abu Ubaidah al Jarrah (Al Mujadalah:22)


ABU UBAIDAH AL JARRAH





Rasulullah saw pernah bersabda;

''Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.''



Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi.

''iap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaiodah al Jarrah.''



Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.



Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.



Setelah menjadi pengikut Nabi Muhamad saw, Abu Ubaidah al Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah saw.



Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.



''Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.'' (Al Mujadalah ayat 22)



Semasa berlakunya perang Uhud, Rasulullah saw terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah saw memberinya gelaran ''Gagah dan Jujur''.



Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.



Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.



Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.



''Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?'' Tanya Umar al Khattab.


''Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,'' jawab Abu Ubaidah al Jarrah.


Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.



Setelah menyelesaikan tugasnya, berlaku wabak penyakit Taun di Syam. Khalifah Umar al-Khattab mengirim surat memanggil Abu Ubaidah al Jarrah pulang ke Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup membiarkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia melarikan diri. Beliau menulis surat kepada Umar al Khattab.


''wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini.''



Setelah Umar al Khattab membaca surat itu, beliau menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah al Jarrah sudah meninggal. Umar menjawab, kematiannya sudah di ambang pintu.



Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, ''Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.''



Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.


''Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.''



Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.





Mode: Aku mahu memasang azam baru, yang yang biar aku je tahu.. aku ni mudah sangat cemburu..itulah kelemahan ku.. cemburu sehingga membuat dada terasa sesak sesak dan sesak. Tapi aku suka dan cinta dengan rasa kecemburuan ku ini.. menambah untung dalam diri dan bukan menambah rugi..

6/28/11

TAAT (24:54) & say NO to putus asa



''...jika kamu taat kepadaNya nescaya kamu mendapat petunjuk...''

(24:54)





TAAT, mungkin itulah formulanya..



Bila memandang bulatan yang penuh ini aku jadi termengeluh lagi



Untuk memenuhkan separuh bulatan itu saja sudah terasa sungguh payah, bagaimana pula untuk menyempurnakan keduanya.

Tanggangungjawab yang digalas semua, semua termasuk aku yang hina




Pesan abang aku yang aku pegang dan akan aku ingat sampai mati.

''JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH''

mahu kejar iman dan petunjuk Dia yang sangat MAHAL itu



ye! Yang penting jangan pernah berputus asa

Cari dan mencari

Jangan hilang dan terus pergi



Usaha dan usaha

Jangan pernah lelah dan lemah




seperti biasa,




''berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan JIWAmu dijalan Allah...''

(9:41)



Memang!


Dunia ini selalu menipu kita

namun sampai bile kita mahu hanyut dan membiar kan diri dihanyutkan

Memang sudah berabad lamanya kita mngetahui hakikat dunia ini sementara dan akhirat itulah yang kekal abadi selamanya


Namun atas alasan iman yang tidak cukup kita kadang dengan selamba sengaja menutup mata dan terus-terusan melemaskan diri dalam kekaratan-kekaratan yang tidak sepatutnya


Hanya ingatan demi ingatan dan pastilah usrah and majlis ilmu boleh mmbawa kita sedikit demi sedikit ketepian dari terus dihanyutkan.. cukup mencarikah kita? Atau diam dan duduk bersahaja?





Jadinya!




Aku juga sudah sangat rindu untuk ditarbiah.. bagaikan telah mati, mahu hidup kembali mencari nyawa. kamu? jujur! aku benar-benar sudah merasa payah. Payahnya dunia, payahnya mengharungi kehidupan ni tanpa tarbiah yang betul




Namun Alhamdulillah rezeki pekerjaan yang baru, yang lagi membawa ku ke lembah DnT (juga ke daerah lembah pantai ini huhu) tidak mahu ku sia-siakan nanti




Ku memasang azam begini,


Bukan ke sana mengejar duit dunia tapi aku mahu cuba lagi mengutip bekalan2 ke akhirat yang kekal abadi nanti




''Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan didunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian diakhirat''

(42:20)




Inshaallah

Mau cuba lagi!

Berusahalah!

(4:36) (6:151) (17:23)




Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Tuhan itulah pengatur terbaik


Harini aku mendapat berita yang paling membahagiakan setelah menunggu selama hampir genap lima bulan.

Rasa sabar, rasa tabah, namun tetap juga rasa bahagia.

Namun entah kenapa bercucur basah air mata ini keluar tanpa henti.


Aku sedih tiada lagi temannya untuk jemaah bersama

Membimbing dan meminpin dia yang amat ku cinta

Aku sedih tidak lagi dapat membuatnya ketawa dengan lawak dan jenaka

Aku sedih tidak dapat selalu memeluk mendakap dan mencium dahi manusia mulia ini

Aku sedih melihat mukanya hilang seri setelah tahu selepas ini aku akan menjauh lagi



Kesedihan demi kesedihan kerana meninggalkannya kembali kesepian

Menanggung erti hidup sendiri yang hari-hari diuji dengan kesabaran

Kesabaran! Kesabaran dan kesabaran..



Aku sedih kerana angin kuat yang menimbul ketakutan itu terpaksa ditanggung dan dirasainya sendiri

Aku sedih

Dan

Sedih



Tapi sayang bukankah dunia ini hanya sementara seperti yang kerap kau kata padaku

Tika aku sering mengeluh mengapa begini sahajakah dunia?

Kenapa kesedihan terus-terusan melanda ku sedang ku sedar nikmat dunia ini hanya sementara



Wahai kekasihku betapa jika engkau tahu hati ini selalu dicalar dan dirobek kerana kealpaan aku memenuhi hakmu

Wahai buah hatiku betapa kalaulah engkau tahu hati ini tidak pernah redha dengan walau secebis perlakuan zalim ku kepadamu

Wahai sayang betapa kalaulah engkau tahu hidup ini tidak mungkin dapat ku rasa tanpamu

Tidak mungkin dapat ku rasa nilai mnjadi hamba

Tidak mungkin dapat ku rasa nilai rasa tunduk dan sujud


Aku menyayangimu setulus jiwa dan ragaku

Membuat ku memandang sisa kata-kata orang

Memandang sisa hinaan orang

Memandang sisa pandangan orang


Aku hanya mahu berbakti dan hampir denganmu

Terasa selalu tidak layak meninggalmu sendiri setelah engkau membesar, mendidik, menjaga dan menatap ku dari kecil hingga kini..TIDAK LAYAK.






TIDAK LAYAK






TIDAK LAYAK






TIDAK LAYAK




Namun tetap we have to follow the flow






Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. (al-Nisa’ 4:36)



Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” (al-An’aam 6:151)



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra’ 17:23)

6/19/11

PERTEMUAN dua (22:41)


Pertemuan dua



''...dan kepada Allah lah kembali segala urusan''

(22:41)



Bernilai cuma beberapa minit

namun tetap duakali lagi:



''...kepada Allah lah kembali segala urusan''
(22:41)



Kerana,








Allah itu juga yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya

Jadi aturan cerita kehidupan kita adalah dalam genggamannya

Jadinya seperti semuanya sungguh-sungguh berhakikat dengan kecantikan




Alhamdulillah semoga menjadi cerita kami yang Kau redai ya Tuhan

Moga jauh sekali menjadi langkah pilihan kami yang Kau murkai




Allahurabbi Engkau lebih Tahu hati kami malah berbanding diri kami sendiri

Engkau lebih Tahu tentang segalanya dan kami serba tidak tahu ya Allah




Maka pandulah hati kami, hidup kami, langkah-langkah kami

Redailah, berkahilah, rahmatilah kami dengan kasih dan pimpinan Mu..









(gambar hiasan)

Drawing and painting class of my little daughter Adlinatul Husna.. huhuhu






6/10/11

tangisan ''ITU'' (53:43)

Aku mahu menulis sedikit tentang itu.
Sedikit sahaja:
''Tangisan itu''

Tangisan agung yang indah itu
Tangisan agung yang cantik itu
Tangisan agung yang yang teduh dan memberi redup berpnjangan itu
Tangisan agung yang memberi sejuk pada rasa hidup dan matiTangisan agung yang memberi dingin tika hangat membakar diri
Tangisan agung yang memberi rasa hujan ketika kemarau
Tangisan agung yang memberi rasa manis buat segala kepahitan
Tangisan agung yang memberi rasa lapang atas segala kesempitan.


Aku sudah pernah berbicara tentang (53:43), klik sini

Namun bila berbicara lagi mengenai tangisan itu
Aku jadi teringat kepada kata-kata beberapa teman penconteng diari hidup aku:


''ramlah awak tahu tak? Saya kan jeles dengan awak.. saya takde masalah jadinye JARANG NANGIS.. rasa macam budak-budakje'' (keluhan seorang teman. tapi selalu menangis kah aku? Aaihhhh)

''ramlah, bagi saya orang yang BANYAK MEMBACA ALQURAN adalah orang yang paling mudah menangis'' (aku sangat setuju dengan kata-kata miss han masa aku first year ni)

''ramlah, ko tahu x aku ni MEMANG SANGAT SENANG NAK NANGIS, masa zaman skul dulu masa pegang sorang baby pon aku boleh tetiba menangis, gempak satu skul'' (setuju, sangat cemburu dengan tangisan dia yang sangat murah tu)

''latelykan saya KERAP MENANGIS. Kenapa ek? Segan jugak nak tanya awak sebenarnya'' (I also don know how to answer this question, hmmm)

'' solat pon menangis, doa pon menangis. Nipun baru lepas menangis. Sampai ada orang tegur, kenapa ek?'' (bersyukurlah, bersyukurlah..huhu)

Dan banyak lagi. Kadang terlalu mudah menangis, kadang terlalu payah untuk keluarkan walau setitis air mata.


Aku punya jawapan untuk hatiku sendiri (untuk hatiku sendiri ye)..
Ia boleh punya berjuta alasan, you can even list it down. Dan tiada siapa berhak menafikannya.





Tapi aku hanya suka kepada jawapan yang menguat rasa yakin dan memberi rasa kebergantunngan kepadaNya ini,


''Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.'' (anNajm:43)


Subhanaallah, mashaallah..
Jadinya bagi diriku ada satu benda yang sangat penting untuk dipoint disini


Iaitu ''SYUKUR''


Dan sesungguhnya tangisan air mata mulia yang agung itu adalah juga satu dari lautan nikmat Allah buat hamba-hambanya. Dan sesungguhnya milik Allah la semuanya, bukan milik kita.

Jadinya amatlah tidak logic jika kerana tangisan yang mencurah-curah itu membuat kita merasa diri kita lebih mulia berbanding orang lain. Membuat diri kita merasa sezarah suci dari orang lain. Membuat diri kita merasa lebih baik berbanding orang lain.


Tidak! Kerana ia adalah HAK ALLAH semata yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Jadinya tunduk dan bersyukur serta terus-terusan menangis dan menangisi rasa kekerdilan dihadapan Tuhan yang Agung adalah jalan terbaik


Teringat kepada satu hadis famos bila berbicara soal menangis ni:

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah…'' (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)



Dan ada satu kisah pendek yang mashaallah sangat cantik untuk dijadikan pengajaran dan diambil tauladan:

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Mashallah, memang mulia kedudukan manusia yang menangis kerana Allah ni..


Allah ya Allah,


Peganglah hati-hati kami ini

Janganlah Engkau menjadikan kami mencintai duniamu lebih berbanding akhiratMu

Lebur dan cairkanlah hati-hati kami dalam mencintai dan mentaati Mu

Sejuk dan bekukanlah hati kami dalam lalai dengan nikmat mimpi duniaMu


Amin ya Tuhan...











Tambah ilmu yok:


Di antara sebab kerasnya hati adalah :

* Berlebihan dalam berbicara
* Melakukan kemaksiatan atau tidak menunaikan kewajiban
* Terlalu banyak tertawa
* Terlalu banyak makan
* Banyak berbuat dosa
* Berteman dengan orang-orang yang jelek agamanya


Agar hati yang keras menjadi lembut
Disebutkan oleh Ibnu al-Qayyim di dalam al-Wabil as-Shayyib bahwa suatu ketika ada seorang lelaki yang berkata kepada Hasan al-Bashri, ''Wahai Abu Sa’id! Aku mengadu kepadamu tentang kerasnya hatiku.'' Maka Beliau menjawab, ''Lembutkanlah hatimu dengan berdzikir.''


Sebab-sebab agar hati menjadi lembut dan mudah menangis karena Allah antara lain :
* Mengenal Allah melalui nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan-Nya
* Membaca al-Qur’an dan merenungi kandungan maknanya
* Banyak berdzikir kepada Allah
* Memperbanyak ketaatan
* Mengingat kematian, menyaksikan orang yang sedang di ambang kematian atau melihat jenazah orang
* Mengkonsumsi makanan yang halal
* Menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat
* Sering mendengarkan nasehat
* Mengingat kengerian hari kiamat, sedikitnya bekal kita dan merasa takut kepada Allah
* Meneteskan air mata ketika berziarah kubur
* Mengambil pelajaran dari kejadian di dunia seperti melihat api lalu teringat akan neraka
* Berdoa
* Memaksa diri agar bisa menangis di kala sendiri (jujur! yang ni aku selalu buat, huhu)
(dari al-Buka' min Khas-yatillah, hal. 18-33 karya Ihsan bin Muhammad al-'Utaibi)




tangisan ''ITU'' (53:43)

Aku mahu menulis sedikit tentang itu.

Sedikit sahaja:

''Tangisan itu''


Tangisan agung yang indah itu

Tangisan agung yang cantik itu

Tangisan agung yang yang teduh dan memberi redup berpnjangan itu

Tangisan agung yang memberi sejuk pada rasa hidup dan mati

Tangisan agung yang memberi dingin tika hangat membakar diri

Tangisan agung yang memberi rasa hujan ketika kemarau

Tangisan aung yang memberi rasa manis buat segala kepahitan

Tangisan agung yang memberi rasa lapang atas segala kesempitan.



Bila berbicara mengenai tangisan itu

Aku jadi teringat kepada kata-kata beberapa teman penconteng diari hidup aku:



''ramlah awak tahu tak? Saya kan jeles dengan awak.. saya takde masalah jadinye JARANG NANGIS.. rasa macam budak-budakje'' (keluhan seorang teman. tapi selalu menangis kah aku? Aaihhhh)


''ramlah, bagi saya orang yang BANYAK MEMBACA ALQURAN adalah orang yang paling mudah menangis'' (aku sangat setuju dengan kata-kata miss han masa aku first year ni)


''ramlah, ko tahu x aku ni MEMANG SANGAT SENANG NAK NANGIS, masa zaman skul dulu masa pegang sorang baby pon aku boleh tetiba menangis, gempak satu skul'' (setuju, sangat cemburu dengan tangisan dia yang sangat murah tu)


''latelykan saya KERAP MENANGIS. Kenapa ek? Segan jugak nak tanya awak sebenarnya'' (I also don know how to answer this question, hmmm)


'' solat pon menangis, doa pon menangis. Nipun baru lepas menangis. Sampai ada orang tegur, kenapa ek?'' (bersyukurlah, bersyukurlah..huhu)


Dan banyak lagi. Kadang terlalu mudah menangis, kadang terlalu payah untuk keluarkan walau setitis air mata.




Aku punya jawapan untuk hatiku sendiri (untuk hatiku sendiri ye)..
Ia boleh punya berjuta alasan, you can even list it down. Dan tiada siapa berhak menafikannya.





Tapi aku hanya suka kepada jawapan yang menguat rasa yakin dan memberi rasa kebergantunngan kepadaNya ini,

''Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.'' (anNajm:43)

Subhanaallah, mashaallah..

Jadinya bagi diriku ada satu benda yang sangat penting untuk dipoint disini



Iaitu ''SYUKUR''



Dan sesungguhnya tangisan air mata mulia yang agung itu adalah juga satu dari lautan nikmat Allah buat hamba-hambanya. Dan sesungguhnya milik Allah la semuanya, bukan milik kita.


Jadinya amatlah tidak logic jika kerana tangisan yang mencurah-curah itu membuat kita merasa diri kita lebih mulia berbanding orang lain. Membuat diri kita merasa sezarah suci dari orang lain. Membuat diri kita merasa lebih baik berbanding orang lain.



Tidak! Kerana ia adalah HAK ALLAH semata yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Jadinya tunduk dan bersyukur serta terus-terusan menangis dan menangisi rasa kekerdilan dihadapan Tuhan yang Agung adalah jalan terbaik


Aku jadi teringat kepada satu hadis famos bila berbicara soal menangis ni:

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah…'' (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidz
i)


Dan ada satu kisah pendek yang mashaallah sangat cantik untuk dijadikan pengajaran dan diambil tauladan:


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."


Mashallah, memang mulia kedudukan manusia yang menangis kerana Allah ni..



Allah ya Allah,


Peganglah hati-hati kami ini


Janganlah Engkau menjadikan kami mencintai duniamu lebih berbanding akhiratMu


Lebur dan cairkanlah hati-hati kami dalam mencintai dan mentaati Mu


Sejuk dan bekukanlah hati kami dalam lalai dengan nikmat mimpi duniaMu


Amin ya Tuhan









Tambah ilmu yok:


Di antara sebab kerasnya hati adalah :


* Berlebihan dalam berbicara

* Melakukan kemaksiatan atau tidak menunaikan kewajiban

* Terlalu banyak tertawa

* Terlalu banyak makan

* Banyak berbuat dosa

* Berteman dengan orang-orang yang jelek agamanya



Agar hati yang keras menjadi lembut

Disebutkan oleh Ibnu al-Qayyim di dalam al-Wabil as-Shayyib bahwa suatu ketika ada seorang lelaki yang berkata kepada Hasan al-Bashri, ''Wahai Abu Sa’id! Aku mengadu kepadamu tentang kerasnya hatiku.'' Maka Beliau menjawab, ''Lembutkanlah hatimu dengan berdzikir.''



Sebab-sebab agar hati menjadi lembut dan mudah menangis karena Allah antara lain :

* Mengenal Allah melalui nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan-Nya

* Membaca al-Qur’an dan merenungi kandungan maknanya

* Banyak berdzikir kepada Allah

* Memperbanyak ketaatan

* Mengingat kematian, menyaksikan orang yang sedang di ambang kematian atau melihat jenazah orang

* Mengkonsumsi makanan yang halal

* Menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat

* Sering mendengarkan nasehat

* Mengingat kengerian hari kiamat, sedikitnya bekal kita dan merasa takut kepada Allah

* Meneteskan air mata ketika berziarah kubur

* Mengambil pelajaran dari kejadian di dunia seperti melihat api lalu teringat akan neraka

* Berdoa

* Memaksa diri agar bisa menangis di kala sendiri (jujur! yang ni aku selalu buat, huhu)

(dari al-Buka' min Khas-yatillah, hal. 18-33 karya Ihsan bin Muhammad al-'Utaibi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...