Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

3/27/11

wanita dan futur~


wanita dan futur..

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..



berazam, malah memasang azam setiap kali.

Alhamdulillah masih diberi ingat oleh Dia.

walau kerap kali lalai, alpha dan lupa..



manusia dengan fitrah yang diberi.

iman itu ibarat nye roda, kejap2 diatas, kejap2 dibawah.

bila diatas, semuanya terasa begitu indah.

yang manis disyukuri, yang pahit dihayati kemudian juga disyukuri..

alhamdulillah..



tapi bila iman itu dibawah..

mashaallah tidak kurang juga indahnya..

yang indah malah menjadi semakin indah,

yang manis malah menjadi terlalu manis..

yang pahit,Allah~ menjadi-jadi pahitnya..



dan bila masuk persoalan wanita..

tentulah hari-hari Allah memberi ruang cuti solatnya (ABC)..

Dan bila berazam pastilah harapan nya juga tinggi..

dan bila jatuh,Allah~ malah menjadi-jadi sakit hatinya..

sakit hati pada diri sendiri..



Hanya mahumahumahu meletakkan Dia yang pertama-tama dihati..

Dia yang utama-utama di hati..

Dia yang pertama-tama dicintai, diingati..

Melebihi semuanya.. melebihi semuanya..



tapi cukupkah sekadar itu?

Itu?

mengingati Dia dengan baca buku2 ilmiah?

mengingati Dia time basuh pinggan?

time basuh baju?

time masak?

time dengar lagu?

sekadar itu untuk menggantikan solat?



“…Maka ingatlah Allah di waktu kamu berdiri, duduk, dan berbaring…” (anNisaa:103)


rupa-rupanya itu masih melalaikan aku.. nauzubillah..

aku kira aku akan tenang,

aku kira aku akan aman,

aku kira aku akan bahagia,

rupa-rupanya tidak..



4.00 am, 23mac 2011..

(time tengah busy dengan urusan dunia, isi form apply keje sanesini)

huhuhu handphone disebelah aku berbunyi.. one mesej receive..

dan secara spontan i do read the mesej

(even though it wasnt mine, just in case something urgent.. cause it belongs to my big bro..huuuhu)

habis baca aku tersentap

bukankah ini masanya adalah untuk tahajjud, baca quran?

(walau sezarah kejadian dialam ini, berlakunya tetap adalah atas kehendak Dia, maka adakah kebetulan, no! it was ketentuan)



''Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)'' (alMuzammil:2)


adakah aku dah terlupa? ye memang aku sudah terlupa..

hidup dalam minggu-minggu cuti ini yang penuh dengan surat2, borang2 kerja, membuat aku lupa..

memang sebenarnya hakikatnya aku lupa..

pada azam ku sendiri..



mesej itu berbunyi

'' Andai Quran bisa berbicara, ia akan berkata ''waktu kau masih anak-anak. kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah alQuran bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan rapi alQuran, kau biarkan aku sendiri, aku mencadi kusam dalam almari, berlapis debu dimakan kutu, ku mohon peganglah aku, bacalah aku setiap hari, aku akan menjadi penerang dalam kuburmu''



Allah~ rupa-rupanya sudah beberapa hari aku tidak memegang tafsirku..

tafsir yang memberikan ketenangan..

yang menyampaikan kata2 cinta Allah kepadaku..

yang menyampaikan amanah2 Allah untuk ingatanku..

Allah~lupa untuk duduk sejenak, menyelak dan beriman.. Astaghfirullah..

dari situlah datangnya ketidak tenangan aku, kemarahan aku, ketidaksabaran aku..

muhasabah dirimu wahai jiwa,



tunduklah wahai jiwa,

kembali tunduk kepada Tuhanmu,

kembali tunduk kepada yang menciptamu,

kembali sujud kepada Tuan mu..



kembalilah pada setiap masa,

jangan kau lupa, walau sezarah akan Dia,

jangan kau lupa walau seminit akan Dia..



masih lagi aku ini insan biasa..

dan tak akan sesekali melupakan azam itu..

akan aku kukuhkan ia dihatiku..

walau setiap kali juga terpaksa begitu..

never give up^_^



tidak mahu tidak mahu menjadi dari kalangan hambanya yang rugi

wahai para wanita, jom kembali muhasabah diri,

terutama pada hari-hari kita diberi cuti..

3/26/11

terima kasihku ya Allah~


Khaira ummatin : sebaik-baik umat

This big word was dedicated to you.


Kamu umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah (alImran:110)


Aku dan kamu adalah manusia terpilih oleh Allah.

Bukan kamu yang memilih, tetapi Allah yang memilih kamu,


Mereka merasa berjasa kepadamu (Muhammad) dengan keislaman mereka. Katakanlah, ''janganlah kamu merasa berjasa kepadaku (Muhammad) dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar'' (alHujurat:17)


MASHAALLAH!!! Bertuahnya kamu.

MASHAALLAH!!! Maha Baik Allah memilih kamu.

apa istimewanya kamu sehingga Dia memilih kamu untuk ''sebenarnya'' menjadi pemegang agamaNya??


Maka sudahkah kamu berterima kasih kepada Allah di atas kebaikan yang dianugerahNya kepada kamu???

Atau kamu mahu menjadi dari kalangan mereka yang ingkar?



Biarkanlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya)!! (anNahl:55)


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu Kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir (Al-Insan: 2-3)


Bersyukurlah kamu, jangan kamu lupa..


Kamu selalu MENUNGGU sesuatu yang baik datang kepada kamu, kemudian baru kamu bersyukur.

Bagaimana pula dengan nikmat-nikmat SEDIA ADA??? yang telah kamu terima? yang telah kamu ambil? yang telah kamu guna? yang telah kamu pakai?


lantai yang kamu pijak,

air yang kamu minum,

kaki kamu yang langkah,

udara yang kamu sedut,

jantung kamu yang kini sedang mengepam darah,

mata yang kamu guna untuk melihat,

tangan yang kamu guna untuk memegang,

akal kamu yang bijak+cerdas+dan boleh berfikir,

baju yang kamu pakai,

harta kamu yang sedikit,

harta kamu yang banyak,

angin yang memberi kamu kedinginan,

matahari yang memberi kamu kehangatan,

bumbung yang melindungi kamu dari sang hujan dari sang panas,

rasa yang aman dalam dada kamu,

malah rasa sesak dalam dada kamu,

hati kamu yang bahagia,

malah hati kamu yang derita,

ibu yang memberi kasih,

ayah yang memberi sayang,

ilmu di dalam dada kamu,

amal yang dibuat kamu,

iman kamu,

islam kamu,

malah taqwa kamu,


setiap zarah dan setiap inci benda dan perkara di sekeliling kamu. MILIK KAMUKAH?


siapakah yang menyediakan ini untuk kamu?



sudahkah kamu meneliti?

sudahkah kamu syukuri?

sudahkah kamu mengucapkan terima kasih kepada yang memberi?


Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu (An-Nahl: 18)


Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya

Hanya dari Dia..


mari mula belajar berterima kasih kepada Allah, :)

sebelum Allah yang MAHA BERHAK mengambilnya semula.


''ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN''

''TERIMA KASIH ALLAH''

ucapkanlah ia...


Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)


Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu-bapakku. Jadikanlah amal perbuatanku sesuai dengan keridhaanMu dan berikanlah kebaikan kepadaku berkelanjutan sampai kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertau

bat kepadaMu, dan aku adalah orang yang berserah diri. (Al-Ahkaf: 15)





salah satu cara untuk berterima kasih kepada nya inshaallah adalah to stay still pada jalannya

pada jalan lurus yang telah Dia buka untuk kita para hambanya..

pada mata-mata yang telah tercelik untuk memandang pada jalanNya..

pada hati-hati yang telah disentap akan jalan Dia yang sepatutnya..


Allah hambamu ini sangat takut..

peganglah hamba..

ikatlah hamba..

eratkan hamba..


mode: muhasabah diri aku

3/18/11

candid with LOVE~




alhamdulillahirabbilalamin..
subhanallah wabihamdihi
subhanaallah al azim


terngiangngiang malah terjatuh cinta setelah habis membaca buku minda muslim super Dr Danial, alhamdulillah berazam mahumahumahumahu mengguna pakai masa menanam anggur dengan semaksimum manfaat, huahua

antara sifat mukmin yang paling berjaya adalah mereka yang berpaling daripada melakukan perbuatan yang sia-sia

(alMukminun:3)

alhamdulillah, juga menumpang sekaki bahagia..

TAHNIAH!! a big dedication to my best fren

CIK NABIHA NASIB

atas pertunangan kamu dear :)




some of candid picture by me..
taking picture, alhamdulillah.. me wif my kesungguhan maksima, just detect~ huhu
















Diri srikandi bak kasturi yang mewangi
harumannya bergentayangan di persada bakti
bakal,
menjadi kebanggaan para suami
yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatan kepada Ilahi
dalam rapat ikutan kepada Nabi
sentiasa memegang islam dalam diri
supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladani peribadi Ummul Mukminin
mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
memakai mereka sebagai tudung ikutan
yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para diri srikandi
diri telah dibela Nabi
indahkanlah diri dengan iman di hati
pesonakanlah diri dengan tautan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
yang telah terpateri jiwa ilmu dan ma
habbahkaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah

tahniah kepada my dear nabiha
srikandi sebahagian dari kekasih hati
tahniah atas satu langkah berdiri
membina masjid besar naungan Ilahi

hihihi^^





''Ya Allah, Hamba memohon pilihan yang terbaik dariMu menurut ilmuMu. Hamba juga memohon takdir yang terbaik menurut takdirMu. Hamba memohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya hanya Engkau sahaja yang mentakdirkan bukan hamba yag mentakdirkan. Hanya Engkau sahaja yang tahu dan hamba tidak tahu. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib. Ya Allah! jika Engkau tahu perkara ini baik untuk hamba, untuk agama hamba, untuk hidup hamba dan untuk mati hamba, takdirkanlah ia untuk hamba dan mudahkanlah ia untuk hamba, kemudian berkatilah hamba dalam urusan ini.
Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untuk hamba, untuk agama hamba, untuk hidup hamba dan mati hamba, jauhkanlah ia daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya.
Takdirkanlah hamba berolah kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah hamba redha dengannya''

amin ya Rabb (doa Rasulullah SAW)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, ''Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berbulan puasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkkan dia ke dalam syurga'' (riwayat Abu Hurairah)

jom sungguhsungguh mengimani ayat ini, supaya tidak menjadi dari kalangan hambahamba nya yang rugi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...