Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

5/31/11

d h u h a k e ?

Dhuha yang cantik itu mendamaikanku, tapi susah amat untuk mendapatkan ia. Bukan perihal rezeki yang ku kejar, tapi rasa damai itu, yang menyejuk dan mententeram hatiku.. tapi memang amat payah untuk dikejar.. stop! hii



Sepertinya setelah aku pejam dan kemudian ku celik kembali..

Kini sudah masuk 120 hari.

Rupanya sudah 120 hari.

Aku pasrah? Aku redha? Kerja gila~

Tuhan, Engkau sahaja yang Maha Tahu



Aku sedar wahhh u all ambil tahu hal aku rupanya! Mashaallah baik belaka!! Terharunya..



Begitulah manusia..



Masih ingat kata-kata seorang sisters,

Jiran tetangga tidak pernah mahu bertanya:

''apa khabar iman anakmu?''

''sudah habis mengaji Quran kah?''



Tetapi yang ditanya, perihal dunia semata...



Cerewet kerana memilih..

Tetapi hakikat diriku hanya aku yang tahu, dan Allah LEBIH-LEBIH MAHA TAHU.. Allah, tidak ku sangka sebegini sakit terasa.. dahsyat jugak rupanya.



Bila ditanya soal rezekiku, aku lebih suka untuk menjawab, tanyalah pada Tuhan yang menulis rezeki ku. Jangan ditanya padaku yang serba kerdil dan maha tidak tahu.. tapi aku tidak pernah berlepas dari usaha, kerana bukankah aku sendiri sering menyebut, wahai manusia, Allah memandang usahamu.. dan bukankah kita sudah saling tahu bahawa sesungguhnya hakikat hasil itu adalah HAK Dia..




Mungkin aku terlalu memandang kerdil perihal ini menjadi aku tidak begitu ambil peduli, ye mungkin..




“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

5/16/11

inilah KAMU! dimana kamu kini? (36:77)



(Bacalah dengan nama TuhanMu, yang menciptakan kamu)

Aku Cuma mahu bilang bahawa kita ini sama.

Manusia biasa yang selalu lupa.

Lupa tentang maha kerdilnya kita

Lupa tentang maha kecilnya kita

Lupa tentang maha hinanya kita

Hanya setitis air mani yang hina,



inilah kita! (malah lebih hina lagi)


''Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!''

(Yassin:77)






Jika kita kembali ke asalnya, maka apakah kita akan mendapati diri kita ini punya nilai lagi?

Allah~

Hanya setitis air!!

Yang hina..






Namun telah diangkat dan dimulia oleh Tuhan kita

Dari asal tiada, kini kepada ada

Allah ya Allah ya Rabb






Kita manusia yang mudah lupa

Lupa kerana kita selalu memandang dengan mata dan akal yang terletak dibatas dunia.

Tidak pernah mahu menjangkau ke kehidupan diluar sana

Tidak pernah mahu menyinggah ke kehidupan di sebelah sana

Sampai bilakah kita mahu bermain-main di dunia?






Sedang Dia Melihat kita di setiap ketika

Menunggu sujud dan tunduk kita padaNya

Dialah Tuhan kita

Yang menguasai setiap diri

Yang Memegang setiap jiwa




Sila tunjuk dimanakah kamu berada tika ini.. besar sangatkah kita?

" …Tidak ada satupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya…''

(Hud:56)





Jangan pernah lupa pada Pemerhati kita

Yang memerhati dengan Maha Teliti pada setiap masa dan ketika






Ya Allah Tuhan Kami yang kini sedang mendengarkan setiap detik hati dan kata kami

Ampunkan kami

Ampunkan kami

Ampunkan kami

Atas leka kami pada dunia mimpi ini







hakikatnya..

inilah kita! Dimanakah kita?

sedang sujudkah?

atau masih tegak berdiri dengan sombong sekali?!!!


(mode: tembakkan besar untuk diriku sendiri, juga kamu)

(untuk sisa-sisa DOSA yang berbaki, mari kita USAHA untuk lupus dan luputkan ia)




Baru-baru ini sangat suka memandang kekerdilan diri ku sendiri.



Memandang bumi yang Maha Luas terbentang dan menikmati pemandangan kekerdilan manusia yang berjalan dan bergerak-gerak melata di serata muka bumi Allah ini



Ku memandang dengan pandang penuh syukur (nikmat Dia)

Dia memberi bagiku rasa faham dan rasa ‘’hina’’ ini

Betapa inilah nikmat terbesar bagiku yang membuat aku merasa



Cukup lah Tuhan..

Andai engkau mahu aku kembali, aku redha..




Kerana aku sangat takut dengan dunia Mu

Yang entah esok entah lusa pasti akan cuba memerangkap dan menipu aku lagi

Dan kerana payah dan lemahnya aku, aku jadi sangat takut..

Untuk terus-terusan berada di dunia ini




Namun tetap ku yakin, aturan Allah itulah yang terbaik

Dan aku tidak akan pernah berhenti dari memohon rahmat dan kasih sayangNya




Untuk menganugerah pada ku iman, dan petunjukNya

Kerana semuanya adalah HAK ALLAH SEMATA

IMAN INI JUGA ADALAH PINJAMAN DIA dan HAK DIA.


5/11/11

AL-ADIYAT bersama DS2

Alhamdulillah sitting DS2 (Duduk sayang-sayang) yang lalu.

Kami merayap sehingga ke tempat yang belum penah kami jejak kami sebelum ini. Even dah habis study di UM kot! Huhu..

Alhamdulillah..


Kami menyelusuri tafsir al-Adiyat yang sangat cantik. Walaupun sekejap tapi inshaallah moga-moga ada point-point yang tertembak dihati-hati sahabat-sahabat fillah ku ini. Jadi mahu mengulang menulis dengan lebih detail tentang kefahaman aku dengan cara tulis ku sendiri setelah meneliti nya terlebih dahulu melalui tafsiran Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zhilalil Quran (Di Bawah Naungan alQuran)


Dan rasanya ini pertama kali aku menulis secara agak lengkap about the whole surah.. Alhamdulillah Alhamdulillah atas gerak usaha yang ditakdir Allah bagiku.


jom tengok some candid picture by us di Taman Rimba Ilmu Universiti Malaya. betul-betul sebelah Akademik Pengajian Islam UM.



Yang pasti segala pokok-pokok, kayu-kayan dan tiang-tiang (yang merupakan majority makhluk Allah) yang sudah terlebih dahulu berada ditaman ini telah lama berzikir dan tidak pernah berhenti berzikir memuji Allah dengan bahasa-bahasa mereka yang tidak dapat kita fahami.


’'Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepaqda Allah . Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka..''

(alIsra’:44)



Masa first time tengok daun ni sangat teruja.. Allah susahnya nak susun daun ni macam ni.. tapi kacang gorengje bagi Dia yang Maha Agung kan?






Kesian sister faizie tak khusuk baca akibat digigit nyamuk..huhu



Cik senah mengalun ayat-ayat dalam surah alAdiyat dengan suaranya yang merdu itu.. I LIKE.. hihi



Seperti tidak terusik langsung. Mashaallah cantik!





Jom start!!

Atas nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

[1]
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

[2]
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

[3]
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

[4]
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

[5]
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

[6]
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

[7]
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

[8]
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

[9]
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

[10]
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

[11]
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.




Bila baca ayat 1-5 apa yang terbayang dekat otak korang? pasti inshaallah suasana kacau bilau, kelam kelibut bla blabla bla blabla..

Dan perasankah satu benda yang sangat cantik dalam 5 ayat pertama ni? Haha confirm kalau baca sendiri susah untuk notice. Me myself after baca penjelasan by Sayyid Qutb barulah perasan betapa cantiknya subhanaallah 5 ayat ini.. sehingga I put ‘’wahhhh’’ in my mind.. huhu subhanaAllah



Kalau tentera baru pulang dari pergi berjuang bagaimana kita akan merai mereka? Pasti dikalung leher mereka dengan kalungan bunga2 segar dan dianugerah dengan deretan pingat-pingat serta darjah-darjah kebesaran berstatus ‘’anugerah manusia yang sementara semata’’ huhu..



Tapi noticekah? Kita tidak meraikan pun kereta kebal, jet pejuang, helikopter dan semua kenderaan yang sebenarnya telah turut sama berjuang bersama –sama mereka. Yang malah menjadi penguat dan penyokong terbesar dalam satu-satu misi perjuangan itu.



Dan SUBHANALLAH ALLAH menyebut perihal kuda-kuda yang berjuang untuk Islam didalam kalamnya.. Subhanaallah subhanaallah subhanaallah.. sesungguhnya Allah itu MAHA TELITI kan? Allahuakhbar..



Tanda abetapa kasihnya Allah kepada kuda-kuda tersebut dan betapa tingginya nilai kuda-kuda ini disisi Allah. Mashaallah.. tak terlintas pon kan untuk menghargai kenderaan kita? Jadinya mahu lebih menyayangi MY SALAHUDDIN!!



Seterusnya ayat ke 6-8,

[6]
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

[7]
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

[8]
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).



Allah menyebut perihal hamba-hambaNya yang mencintai harta dunia yang sementara ni. Sayyid Qutb menyebut hanya IMAN sahaja yang boleh mengubah:

HATI YANG INGKAR kepada NIKMAT ALLAH -->

HATI YANG SENANTIASA MENGENANG BUDI dan BERSYUKUR



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(atTaubah:24)



Dulu pertama kali memahami kandungan ayat ini aku mengeluh.. aihh bolehke? Susahnya.. bagaimana untuk benar-benar mengutamakan cinta-cinta akhirat dari cinta-cinta dunia. Lebih-lebih lagi cinta pada kedua ibubapa dan keluarga. Susah kot!!


Namun kini aku yakin, boleh! Doa dan kuatkan berdoa serta usaha dan kuatkan berusaha! Inshaallah Allah pasti akan bantu kita memperbetul niat dan kemahuan kita sekiranya kita benar-benar ikhlas. Selain itu aku sudah agak banyak melihat contoh-contoh sahabat-sahabat fillah seperjuangan ku yang betapa mereka mencintai keduanya tetapi mereka sudah sangat berjaya mengutamakan cinta-cinta akhirat berbanding cinta-cinta dunia. Mashaallah subhanallah..



Back to the topic

Sebenarnya andai kita menjadi islam yang bukan sekadar ‘’ISLAM’’ seperti yang tertera pada kad pengenalan pasti kita akan sedar akan hakikat bahawa rezeki itu adalah hak Allah untuk memberi. Hak kita adalah untuk berusaha.. Allah yang telah menetap ukuran rezeki kita sejak sebelum kita dilahirkan lagi:



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadiseketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu diamenghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehinggajarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantasdia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang darikalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidaklebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahlisyurga lalu dia memasuki syurga.



Mashaallah besides Allah beri ukuran mengikut keperluan kita. Tidak akan pernah lebih dan tidak akan pernah kurang.Dan betapa Maha Baik Allah kerana YANG ALLAH BERI ITU ADALAH YANG TERBAIK. As He said dalam firmannya:



''Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh dia Maha Teliti terhadap keadaan hamba-hambaNya, Maha Melihat''

(asySyura:27)



Mashaallah cantikkan Tuhan kita? Maha Baik dan Maha Mengambil Berat dan Maha Teliti dengan perihal hamba-hambaNya. Subhanaallah..



Mahu share tentang pengalaman hidup aku ketika aku menjadi manusia tidak bersyukur pada satu masa dahulu. Bukan untuk mengaib diri sendiri tetapi mngulang pelajaran dan tauladan untuk diriku sendiri dan untuk orang yang sudi baca tulisan ku yang agak panjang ini..



Berlaku masa aku tahun 2 di Universiti Malaya, degree in chemistry masa tu. Aku besungguh untuk satu subjek kegemaranku organic chemistry (honestly subjek yang agak dibenci ramai kenalanku tapi subjek yang aku suka)



jadinya aku bersungguh study tahap ''A'' masa tu. Makna tahap ''A'' disini adalah aku rasa aku dah habis study sehinggakan pasti ''A'' la.. confirm inshaallah. I put ''confirm'' disitu, juga aku bubuh ''inshallah'' untuk menunjukkan betapa aku telah lupa bahawa rezeki itu hak Allah dan usaha itu adalah hak aku.



Dan bila keputusan exam keluar aku tersentap dengan keputusan yang tadi aku jangka ''A'' telah menjadi ''B'' bukan ''A-'' atau at least ''B+''



Astagfirullah al azim aku menjadi sedih, kecewa, marah yang entah pada siapa, murung dan lain-lain. lebih-lebih lagi ramai kot kawan-kawan kau yang dapat ''A-'' time tu. Huhuhuh manusia ohh manusia..



Selang beberapa hari selepas itu aku masih bersedih dan kemudian aku bertemu dengan seorang senior yang kebetulan Research Assistant di lab environment aku. Masih ingat kata-kata dia time tu.


''ramlah ko tahu tak komposit result teruk gle!''


''ohh ye''

(jujur aku tak berapa mahu ambil peduli kerana seingat aku, I get ''A'' untuk subjek tu dan memang subjek itu sangat susah.. tapi sebab tak target ''A'' so aku tak begitu peduli bila dapat ''A'' pon..terukkan??)

''ramai fail, dua orang je dapat A''

''erkk betulke?''

(mashaallah!!!, terdetik dalam hatiku sendiri)

''haah betullah, tak main-main lah, ko dapat ape''

''entah..huhu''



Masa tu aku terus tinggalkan lab dan kembali ke board result exam untuk double check my result. Subhanaallah walhamdulillah akulah manusia yang tidak bersyukur dan akulah manusia yang tidak berfikir dan tidak berfikir. Mashaallah Allah beri aku hujan yang sebenarnya hanya rintik-rintik semata-mata mahu menghadiahi aku dengan pelangi yang cantik.. mashaallah mashaallah.. padahal subjek itu adalah subjek yang bagi aku agak susah dan dikuasai majority Chinese dalam kelas tu. Tapi kenapa Allah pilih aku?? Dan kenapa Dia pilih aku untuk subjek komposit bukan organic..hikmah disebalik ketentuan ini biarlah aku simpan sendiri.


Allah ya Allah cerita yang Engkau susun punya tauladan besar bagi hamba Mu yang hina ini.

Baikkan Tuhan kita? Maha Baik!!!!!!

Keputusan exam yang telah ia tetapkan untuk kita adalah hasil ukuranNya yang terbaik. YAKIN!



Back to the topic


Kembali ke ayat 9-11

[9]
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

[10]
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

[11]
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.



Jadi sebagai bahagian ketiga dalanm surah alAdiyat Allah telah menyusunnya dengan sangat cantik. Surah ini ditutup dengan mengembali pandangan kita ke cerita penghujung hidupan dunia dan cerita permulaan kehidupan akhirat yang kekal abadi itu.



Allah beri kita ubat untuk mengubat penyakit tamakkan harta dunia, penyakit tidak bersyukur yang merupakan penyakit umat Islam pada hari ini. Iaitu dengan mengubah arah pandang kita:

Dari PANDANG DUNIA --> kepada PANDANG AKHIRAT


Mashaallah sangat cantik!!!

Gambaran padang mahsyar yang ngeri dan mengharukan dimana nanti segala yang tersembunyi akan dibongkar termasuk segala apa yang tersimpan didalam dada-dada manusia. Menunjukkan betapa Allah Maha Tahu segala yang dizahirkan, juga segala yang disembunyikan.



Kita selalu fikir bahawa apa yang disimpan dihati adalah untuk diri kita sendiri. No one will know, no one will judge dan kadangkala kita lupa bahawa Allah dengan sangat teliti sedang memerhati kita dari luar sehingga ke dalam.



Dan bila sebut tentang segala apa yang ada didalam dada dibongkarkan aku jadi sangat tertembak. Pertama kali mendengar ayat ini melalui abang ku sendiri (abang pie).



Alhamdulillah, abang aku pernah menembak aku dengan ayat ini pada satu masa dahulu ketika Allah menguji jiwa aku dengan masalah sakit hati, kecil hati dan lain-lain..Jadi ketika itu abang aku suruh aku menjaga kemarahan hati aku ketika berdepan dengan manusia yang dihantar Allah utk menguji dan mengusik jiwa aku

Alhamdulillah Alhamdulillah..


Analoginya seperti kita senyum dengan seseorang tapi dalam hati kita mengutuk, mencerca dan menghina dia. Ye memang ‘’manusia’’ itu tidak tahu, tapi bukankah Allah sedang memerhati hati kita. Astaghfirullah atas kesilapan hati yang aku pasti kita sokmo buat.


sikap bersangka buruk yang boleh menjadi dosa itu adakah something yang ‘’zahir’’ sahaja? Tidak! Aku juga baru terfikir tentang ini lately. Membuat diri berhati-hati untuk tidak sesuka hati menilai manusia didalam hati. Umpatan dan fitnah bukan sekadar apa yang terzahir melalui lidah, tapi setiap kebencian dan kata-kata buruk yang kita bubuh di dalam hatimu. Semuanya akan dibongkar diakhirat nanti.. astaghfirullah mahu berjaga-jaga lagi dengan ini.


Dan ayat yang ke 11 berakhir denga Allah kembali mengingatkan kita kepada hakikat DiriNya yang Maha Tahu. Dan betapa Allah pada hari akhirat nanti sangat teliti terhadap setiap hamba-hambaNya.



Dan menurut Sayyid Qutb, Allah menyebut perihal DiriNya yang Maha Tahu merujuk khusus kepada Pengetahuan Nya yang Agung terhadap keadaan hari pembalasan nanti. Tentang azab neraka, tentang hisab tentang balasan Allah dll..


SubhanAllah walhamdulillah..


Post yang panjang (aku sendiri tak suka baca post yang panjang, jujur!) tapi semoga mendapat walau secubit manfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...