Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

12/29/11

Lelah dalam tipu dunia (90:4)





Hidup tanpa iman dan taqwa itu kosong dengan kekosongan yang sebenar dengan sungguh-sungguh,

Hidup tanpa mengenal hakikat hamba seperti keangkuhan tiada bernama,


Hidup tanpa tahu hakikat dunia sementara bagai tertipu dengan dunia dan seisinya,


Hidup tanpa tujuan , matlamat dan arah tersuluh dengan cahaya imannya seperti sesat dengan hakikat kesesatan yang nyata,



Aku pernah tertipu 
Aku juga pernah penat dengan ditipu
Aku juga pernah sangat penat menahan tipu daya

Pernah sahaja membiarkan diriku berada didalamnya..Penat!! Letih!! dan tidak berdaya!!!

''Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah'' 
(alBalad, 90:4)


its a fitrahh!!!! jangan berputus asa!!!


Dunia dan seisinya… Bukankah hanya sebahagian amat kecil dari infiniti hakikat nyata..




Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku


Ya Allah lindungilah diriku

Dari yang menjahati, menzhalimiku

Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku


Alhamdulillah atas mujahadah ini ya Tuhan





11/15/11

Rijal tanpa HATI?





Pernah merasa sakit? Dengan kesakitan disebabkan oleh penyakit yang MENGELIRUKAN, MENGHARUKAN KEHIDUPAN, MENGACAU, MENSESAK DADA, MENCENGKAM FIKIRAN. Yang bersumber entah dari mana.. mungkin sama dengan pemuda ini.. wallahualam.





Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna, 

Assalamualaikum wbth, 
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah  satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja  lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati  yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 


Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samarSeringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon  terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun,hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain,  " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya  semakin keras & tidak terpengaruh. 


Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka  Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap  diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,  ia tetap diam tanpa memberi penjelasan. 


Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan  perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang  pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli  & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. 


Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau  menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan  hati orang-orang lain? 


Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,  hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati  saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang  tidak memiliki hati. 


Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia  darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu  menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya? 


Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh  sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah  sembuh 

Waalaikumussalam wbth










Jawapan imam Hasan al Banna kepada rijal tanpa hati tadi: 




Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,



Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.




 Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. 




Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya. Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.




Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka &kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman. Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;




“Sesungguhnya dalampenciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangberakal.” (Ali-Imran : 190)





Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih. 







Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab &waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampaike Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.Allah swtberfirman;




“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)



(Saudaramu, Hassan Al-Banna)






Mungkin juga kamu perlu menyimpan ini, kerana tidak mustahil kamu juga bakal diuji.

10/20/11

museum 1 (seramik cute!)




Alhamdulillah



“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” 

(HR Ahmad)

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” 

(HR al-Baihaqi)





hehehe

suka sungguh semasa turn belajar di seramik unit.. bermain dengan tanah, menguli tanah dan boleh buat ape saje benda yang kita suka.. belajar manufacturing technique.

hampir semua benda yang kita pakai adalah seramik, pinggan mangkuk, mug, konduktor electrik, even mangkuk tndas dan macam2 benda lagi..


Clay yang sudah siap dibentuk kena bakar lebih kurang 900 degree then lepas sapu glace (untuk hasil kilat kekaca) kena bakar lagi 1000 degree. Bukan senang.. tp seriously rasa macam nak beli clay then buat pinggan mangkuk sendiri.. sangat menarik.

inshaallah benda yang aku paling terkesan adalah Allah bagi tanah yang kita pijak dan kita tak berapa nak pandang pun sebenarnya, tapi hakikatnya ia adalah keperluan yang teramat penting untuk hambanya.

sekali pandang macam manusia sangat hebat sebab boleh mencipta macam2 benda dengan tanah kan? siap set temperature..study physical and chemical properties, blablabla..namun hakikatnya Allah bagi tanah siap-siap dah set memang untuk keperluan yang ini.. mashaALLAH!

thanks Allah!

subhanALLAH~ sangat terkesan~


















dahsyat decoration yang diorang buat pada my box. Asalnya diorang nak buat aku ‘’marah’’ dengan decoration merepek ni.. haha tapi success untuk balas dengan senyuman then at the end diorang gelak. Walaupun baruje plan nak tampal2 bunga cute2 gitu.. small matter kot ^_^~









alhamdulillahirabbilamin aku bersyukur dan bahagia dengan rezeki ini Tuhan.

p/s: nak tengok hasilnya kena tunggu la~ :PP

10/14/11

MASA (al-'ASR)

MASA..
bagaimana kamu mahu memandang nya..itu terpulang ke kamu..
















Alhamdulillahirabbilalamin..



Hanya tiga ayat..
yang  satu masa dahulu penah sangat membacanya.
Sangat kerap.
Sangat selalu.


Mengapa?
Ya mungkin kerana sekadar beralasan aku belum hafal surah yg panjang.
Mungkin juga beralasan surah ni pendek jadinya jimat masa.
Atau mungkin hanya sekadar beralasan surah ni paling senang untuk dibaca.



Sedangkan disebaliknya,



Hanya tiga ayat,
Membawa erti agung,
Yang berhakikat dengan keagungan Allah bersama suruhanNya,
Yang berhakikat dengan keagungan Allah bersama janjiNya,
Yang berhakikat dengan keagungan Allah bersama tawaran-tawaranNya.



Dengan surah pendek berayat tiga inilah Rasulullah berdakwah dan memberi tawaran JALAN PENUH UNTUNG pada manusia dengan perjanjian agung dari yang MAHA AGUNG. Dan para sahabat menerima tawaran-tawaran ini dengan hati penuh kemahuan dengan kemahuan yang sebenar-benarnya kerana disertakan dengan keimanan dengan keimanan yang sebenar-benarnya.. 



Dan aku juga sedang cuba untuk mengimaninya seperti keimanan yang dirasai para sahabat setelah menerima tiga ayat ini.



Alhamdulillahirabbilamin
Aku jadi sangat terkesan dengan TNT (Tadabbur & Tilawah) surah ke 103 didalam al Quran ketika pertemuan didalam sitting yang lalu.. yang entah sudah kali keberapa aku membaca, mendengar malah memberi penjelasan mengenainya.



Lihatlah? Betapa KEFAHAMAN ITU HAK ALLAH.


Surah al'ASR


[1]
Demi Masa!

[2]
Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian

[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran,  dan saling menasihati untuk kesabaran.



Allah bersumpah dengan masa didalam ayat pertama..
Demi Masa!  (103:1)

Ayat yang sungguh-sungguh dengan memandangnya sepatutnya boleh membuat kita terpegun dengan kecantikan yang MAHA AGUNG.. ayat ini sangat hebat! Sangat agung! Sangat cantik!



MASA..Kerana itulah hanya Allah yang berhak bersumpah dengan masa.  Kita takkan pernah layak untuk bersumpah dengannya..



Masa adalah makhluk Allah
Pemilik MASA adalah Allah
Masa juga menjadi saksi atas manusia dan kehidupannya
Saksi atas manusia beserta kebajikan atau kelalaiannya
Saksi atas tangan-tangan manusia beserta apa yang telah dikerjakannya



Hebatkan masa?
Dimanakah terletaknya masa?
Bisa dilihatkah?
Bisa disentuhkah?
Hebat kerana yang menciptanya juga sudah benar-benar MAHA HEBAT.. Allahuakhbar!



Allah bersumpah dengan masa kemudian membuat satu penyataan agung yang merupakan statistik MAHA TEPAT, MAHA BETUL, MAHA TERPERINCHI kerana statistik ini dikeluarkan oleh DIA yang MAHA TELITI..



''Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian'' (103:2)


Allah bersumpah yang mana HAKIKAT MANUSIA ITU PASTI BERADA DIDALAM KERUGIAN KECUALI:



'' Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran,  dan saling menasihati untuk kesabaran.'' (103:3)


1. Orang-orang yang beriman:


Sayyid Qutb didalam bukunya tafsir fi zhilalil quran tidak mendifinisi iman secara fikh tetapi dari soal tabiat dan nilainya dalam kehidupan.


kehidupan imani adalah suatu kebahagiaan yang tinggi dan kegembiraan yang indah. Merupakan kemesraan terhadap kehidupan dan alam semesta seperti kemesraan seseorang dengan kekasihnya. Jadi kehidupan imani adalah suatu keberuntungan yang tiada bandingnya dan kehidupan tanpa iman adalah kerugian yang tiada bandingnya pula.



''orang-orang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak mendapat manfaat sedikit pun dari apa yang telah mereka usahakan didunia''
 (Ibrahim:18)



''orang-orang kafir amal-amal mereka laksana ditanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatangi air itu ia tidak mendapati suatu apapun''
(anNur:39)



2.  Orang-orang yang beramal soleh:


Amal soleh merupakan buah bagi iman.. ye dan aku sendiri jugak amat mengimani  kenyataan ini.. apabila iman sudah mantap dihati ia akan tertonjol melalui gerakan-gerakan atau ibadah-ibadah yang dilakukan kerana Allah semata.


       3. Orang-orang yang menasihati untuk kebenaran  dan menasihati untuk kesabaran:
        ''Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil…''

(alMaidah:8)






Melalui surah ini hanya ada 2 jalan:
1.     Jalan yang untung
2.     Jalan yang rugi



Dan formula untuk mendapat jalan yang untung itu adalah dengan menjadi:
                    1.     Orang-orang yang beriman
                    2. Orang-orang yang beramal soleh    
                    3 .     Orang-orang yang menasihati untuk kebenaran  dan menasihati untuk kesabaran




Dan hanya orang-orang yang berakal saja yang akan memilih jalan yang beruntung.. dan orang-orang yang memilih jalan yang rugi mungkin adalah orang yang tidak berakal?


''sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL, iaitu ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH SAMBIL BERDIRI, DUDUK, ATAU DALAM KEADAAN BERBARING…''

(alImran:190,191)


Jadi punya akal kah kita????????




Allah ya Allah kami ini hambaMu yang sangat lemah dan selalu tidak berdaya
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat
Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Allahumma amin






(start from now, inshaallah i will istiqamah with this big font, hihihi sebagai memenuhi requet dari seorang sisters yang dikasihi kerana Allah inshaallah)

10/13/11

be STRONG! (9:41)



Ku biar kalam berbicara..


Allahu rabbi..
atas hadiah yang AGUNG ini..
terima kasih ya Rabb..







Namun ya Allah..
namun ya Allah..
aku selalu letih dan tidak berdaya..
malah aku selalu penat dan menderita..
adakah REDHAMU untukku dalam susah dan payahku ini?
ataukah malah membuat Mu semakin mmndang hina dan murka padaku?



mereka ini adalah mutiara yang engkau pilih..
dan aku hanya si kaca yang semakin dipegang semakin terasa luka..
bagaimanakah itu ya Allah?
Aku takut malah mnjadi takut..





Engkau lah yang memegang segala urusan..
Engkaulah pengatur segala perkara..
Engkaulah pengarah seluruh episod alam buana..



Allah ya Allah..
Aturlah bagiku cerita kehidupan yang Engaku redha dengannya..
Jauhilah aku dari cerita kehidupan yang Engau memandang hina akannya..



''BERANGKATLAH BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah LEBIH BAIK BAGIMU jika kamu mengetahui''

(atTaubah 9:41)




















Wahai diriku,

Kuatlah kamu,

Menuju Tuhanmu,

Wahai diriku,

Kuatlah kamu,

Menuju Cintamu,

Wahai diriku,

Kuatlah kamu,

Untuk menuju akhirat kekal abadi selamanya,

Meninggalkan dunia mimpi sementara..



ramlah be strong! Ramlah be strong! Ramlah be strong!
Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...