Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

9/28/20

sardin dan peria. yums what a combination!


I'm not good at cooking sardine. even though this is my husband's favourite. Abid pun suka. Dari kecik ummi dibesarkan dengan sardin. Jadi mungkin sebab tu tidak berapa menggemari sardin. Tapi tetap masak sebab abi dan anak2 suka.

Sardin yang paling sedap umi pernah makan mak ngah masak (kakak abi). Sardin ni kan spesis kuah sikit so tak puas makan. So mak ngah kalau masak akan tambah bawang blend dan sebagainya untuk banyakkan kuah. So did umi. Tapi umi masak tak sesedap mak ngah. i just donno why. hahaha

Idea bubuh peria dalam sardine ni actually umi dapat masa pergi cik fatin (kakak ipar umi) dekat Senawang. Mak cik fatin masak sedap sangat dengan pedasnya (orang nogorila katakan). semenjak tu kalau ada peria umi akan bubuh dlm sardin. yums! menambah selera umi makan sardin tu. hihihi

Tapi yang penting kentang jangan dilupakan. wajib ada dalam semua menu sebab penghuni rumah ni semua gila kentang uols.

settle masak lunch jam 9pagi. Sambil berperang dengan seketul Hadi didapur. Dah masak boleh lepak lipat kain, layan hadi sambil melanghokan diri didepan tv yang membosankan itu.






Jam Abid

3 ketul ni kalau ada kat rumah memang bising rumah. mengacau nye lain. mengusiknya yang lain. bergaduhnya lain. dan sebagainya.hahahahha

rutin malam biaselah mengaji. dan rutin hadi pula seperti biasa mengacau orang mengaji. tak habis2 dengn A A A nye. tak tahulah bila nak lompat ke BA ye hadi. iqrak satu ni dah jadi milik kekal hadi ye. mesti ada pensel sebatang. baru dia stop ngacau orng lain mengaji. tapi stop nye tu satu dua minit jela. hahaaha

jadi anak soleh ye sayang. mujahadah ajar anak2 ngaji Tuhan sahaja tahu. dah berhabis sabar, suara, air mata, drama... gil* bukan mudah. namun perjalanan itu jadi indah bila anak diakhirnya boleh membaca alquran dengan tajwid yg baik. adakah pahala buat umi yg hina ini...huhuhu. apa2pun alhamdulillah wa astaghfirullah.
malam tadi sebelum tidur umi berkejar siapkan task sekolah abid. jam ni agak bestlah, setiap nombor tu boleh diselak. so bahagian bawah ada bacaan untuk minit. last minit punya kerja. terlupa punya pasal. hmmmm. abid tolong sikit dan selebihnya umi buat. dah lewat anak2 kena tidur awal sebab esoknya dah sekolah. not bad umi for last minute punya job kan. hahahaha
banyak kerja dalam dunia ni yang kita buat tanpa bismillah. tak cakap orang lain. cakap kat diri sendiri. kalau fikir2 balik memang rugi nak meninggalnya kita. setakat buat jam ni. bayangkan kalau ko baca bismillah tadi, barakahnya pasti lebih. setiap kali anak ko blajar mengalir pahala kot agaknya. buat dah dapat pahala. anak guna dapat pahala lagi. alangkah ruginya umi. lazimkan please!!!!!!!!!! 

9/27/20

outing day

Umi tak tahu orang lain, tapi umi sgt mencintai hujung minggu. Sangat sangat sangat. Bagaikan anak sekolah menanti cuti sekolah gitu. Tapi bukanlah kerana cuti tapi lebih kerana jadual dihati cuti tidaklah begitu hectic as weekdays.

Minggu ini abi ada jemputan walimah. And guess what? this is our 1st walimah for the year of 2020. wow! PKP, PKPB, PKPD, PKPP punya pasal. Hihihi lagi2 umi kau ni spesis paranoid nak oi. Sebelum PKP lagi ummi dah mengelak pergi jemputan walimah. Terpaksa. hihihi

semua dah siap sedia nak pergi kenduri kahwin.
Hei anak soleh sedap sangat ke kaki tu. hahahha apoooola!Sebab lapar sampai makan kaki, abi beli bekal untuk hadi. Nasi goreng cheese dekat familymart. Favourite Hadi ni. Separuh hadi makan. Memang sedap. Nasi dengan cheese memang pelik. But this one memang delicious.
Gitu jelah perjalanan hari Sabtu kami.
Tepat sebelum zohor kami dah balik.

Esoknya pulak dipagi Ahad yang indah seperti biasa memang takde plan nak keluar. Semua ank2 umi dah bangun pagi2. Morning personlah orang kata. Bukan tak pernah cuba nak lepak2 relaks2 sambil menikmati tidur selepas subuh dihari minggu, namun malangnya mata masing2 dah besaqqqq tak boleh tutup balik. Kalaupun tertidur nanti bangun mesti wengweng kepala umi. Abipun gitu.

Jadi pagi2 umi rebus jagung untuk breakfast anak2. Sambil baca buku dalam bilik. Abi pun dengan buku abi. Abid dengan buku abid. Hadi dengan mainan. 

Tiba2 eh macam bosan plak pagi ni. Umi dengan tak semena2 tercakap boringgggnyaaaa... hahahhaa

Abi pun terus ajak pergi breakfast kat warung che'la... ada murtabak favourite abi dekat situ. murah sedap besar. Umi pun setuju tapi dengan syarat tapau sebab mesti ramai hari ahad ni. paranoid paranoid hahahah. Kita tapau dan picnic tepi pantai. hoyeahhhh.

Teruslah masing2 bersiap. Bukan main lagi anak dara solehah umi ni dengan spec love2 dia ye. 

Tapau sekali buku yg kononnya nak baca tepi pantai. kononnyelah..
Dalam perjalanan melilau mata nak cari tikar buat alas so bolehlah lepak sambil baca buku. Malangnya keluar terlalu awal banyak kedai tak bukak lagi.

Takpelah dah cakap, kalau takde tikar kita lepak atas tembok jela.

Jadilah picnic beralas tembok ditepi pantai yang indah. mashaAllah mashaAllah
model tak berbayar harini makyam kita ye. Photographernye abang abid soleh. Umi pun ye jugak.


Lepas kekenyangan bedal roti canai, abi belanja aiskrim favourite umi plak. lama tak makan aiskrim keting2 ni. siapa faham, fahamlahhhh hahahaha. Our 1st aiskrim keting2 for the year of 2020 hahahha. whattt??!!!!! hahaha
Gambar kayu ni dari hp abi. Abi kata macam ni baru hebat. Iyolaaaaaaa bi.

Settle makan umi pergi beli buah dukong. tapau buah dukong 6kilo. 3kilo untuk bawa pergi ziarah atok nenek sekejap sebelum balik rumah.

Dekat rumah atok abid yusra hadi dapat hadiah dari pakcik (abang abi)
settle lepak2 rumah nenek, kamipun gerak balik. otw balik singgah kedai cari tikar. tak boleh jadi ni. Tikar takde susah nak lepak chill2 tepi pantai. Bertemu jodoh dengan tikar harga 22ringgit di kedai 2ringgit hahahaha

jadiklah ye tak. Dari takde. hihihi

Ngam2 nak zohor terus balik. Namapun morning person. Lepas zohor memang layu nak lepak rumah je dah masing2. hahahaha

Begitulah weekend abid, yusra hadi dengan makpaknya.

alhamdulillahirobbilalamin. Allah memberkahi ummi dengan kehidupan sederhana yg sebenarnya nikmat yg lebih dari patut umi syukuri. Jangan compare kehidupan kita dengan orang yg lebih atas dari kita. Dengan orang yg weekendnya bercuti dihotel2 fancy, sarapan di restoren2 mewah. Nanti kita merana, menderita, mengidam yg bukan2 dan macam2.

Cukuplah sekadar membezakan dan memandang yg jauh lebih susah dari kita. Agar kita jadi bersyukur, malah malu untuk tidak bersyukur. Malu dengan nikmat yg sebenarnya terlalu banyak ini. Maluuuuuu

9/25/20

Friday routine be like-

like what? entahlah...hahahaha

Harini ummi terlewat sikit. hari Jumaat umi selalu keluar awak to make sure umi dapat park betul2 sebelah pintu keluar pondok menunggu tu.

Tapi karana traffic, lorry yg slow dan umi yg lambat (eh yeke hmmmm) jadinya tepat 11:30 baru umi sampai. which 11:30 waktu keluar abidlah. hahhahaha 1st time lambat di tahun ini. selalu 15 minutes or 19minutes early ummi dah sampai. sebab nak park sebelah pintu punya pasal.

Apo speselnyeeee sebelah pintu umi oi?
haaa nampak seketul hadi tu? uishhh alhamdulillah sihatpun sihat dak demuk ni. berat pun berat. umi xlarat nk dukung dia jauh2 hahahaha. so bila park dekat bolehlah sekadar turun kereta, berdiri ditepi kereta sambil melambai2 abang abid. gitchuuuu...hahahaha

Abang abid ni nak ambil gambar pun malu. haisshhh dia nk mewarisi dua P dari umi. Kesian kau bid. Pemalu, Penakut. hahahahahha bapak kau selalu bahan umi sebab dua genetik P ni punya pasal. Abid oh Abid.

Buat relax buat peace. we got to wait another 30minutes sbb 12pm time yusra pulak balik. Kalini parking jauhpun okay takpe sebab ada someone jada seketul soleh hadi inside the car.

Gitulah rutin friday mak kau anak2.

Sementara tunggu kakak yusra umi melantak sebungkus me hoon abg abid bawak balik. sebelum basi baik umi clearkan.
mashaAllah!
sedap woiii. siapa yang masak ni? Murah rezeku parents yang sedekah kat anak2.

eh apa ni? melantak cloud9 pulak. curik bapak kau punya hahahaha. Gara2 tragedi lapar nak meninggal dua minggu lepas ummi standby ni dalam beg. Tapi masaalahnya tak lapar kau pergi bedal dah kenapa ummi. its not even your favourite?


haaaa kepulangan yusra pulak bawak ni. Bedal lagi. Silalah gemuk seiring pemakanan ye umi hahahha

suapam kegembiraan..kenapa drama sangat umi? hahahaha. hey you! walaupon secubis coklat balance umi makan namun jika itu membawa kegembiraan akan ummi #sengajatinggalkansikitthensuapkanlalumenggembirakan. okayyy??? hahahaah

anak2 ni kelakar. Ginipun boleh happy tau. Dont takes thing for granted. semoga berpahala usaha secebis kuman mak kau ni nak. Adake pahala???mmmmm

9/24/20

2post in a day. wow! GIL* laaaa

Hahahaha biarlah. This could be my new kind of therapy to bring some happiness in me. perhaps..  Eh syok jugak bebel dalam blog ni eh. Ada orang baca ke? hello ada orang ke???? hahahah 

Sekian post pendek. apoooola umi ni erkkk

Sentap karna puisi dhuha


Seminggu sekali seperti biasa usrah. musim PKP dan selepas2 PKP masih lagi usrah online. Ada plan kata along (naqibah umi) nak buat offline. Tapi masih belum berjaya dilaksana. Masing2 pun masih was2 kot nak berkumpul. Tapi ye umi pun rindu juga nak berkumpul borak2.

Harini along share beberapa pengisian. ummi seperti biasa senyap tak bersuara. Umi belajar dan selalu pesan pada diri jangan cakap. Nanti ko salah cakap ko jugak tak boleh tidur ramlah. hahahahah

thats sounds chronic kan? yes indeed. umi dengan sengaja kunci rapat mulut umi walaupon utk sharing sebab makin banyak umi cakap. makin tinggi possibility utk salah cakap.

People might not care pun. not even notice. But the problem is me myself. Kang semalaman tak boleh tidur memikirkan semula segala kata2 yang dah terlepascakapkan  hahahahah. kronik kronik

But umi agak proud with myself. Sebab berjaya taham diri dari cakap banyak. hahahah what an achievement la. inipun kira achievement ke? hmmmmm apoooola.

Ayat cinta Dhuha yg dibincangkan. Yang berbekas dihati umi adalah memikirkan nikmat Allah yg banyak telah Allah beri. Yang banyak dan yang sudah melebihi dari cukup. Yang umi malu untuk meminta lagi. Lebij dari cukup. sehingga malu dengan nikmat yg Allah dah beri.

Namun dimanakah iman mu duhai umi?
Allah ...Allah... Bantulah hambamu ini bersedia untuk mati. tenang untuk mati. sedia untuk mati.

Bukan mengelak2 memohon jauh dari kematian kerana takutkan mati

sediakan aku yaAllah

kakinote serius nauu muka umi kau ni bid hahahah.

Shopping day

kalau sudah namanya bin AZRI. hahahha cheese jugak yg dia nak pegang.

Harini macam biasa abi yusra abid keluar dipagi-pagi hari. abi suppose hantar abid yusra ke sekolah then terus pergi kerja.

Tapi yg tak berapa biasanya tepat jam 8pagi abi balik. eh! abi demamke? abi accidentke? abi kenapa? bertubi2 soalan ummi kau. hahahha

Abi kata tak jadi pergi kerja, patah balik sebab nak EL. Ofis harini kosong takde orang langsung. Abi lebih rela spend masa kat rumah dari pergi kerja dan kebosanan sorang2 kat ofis. macam tu pun boleh ye bi? hahahahha kalau ummi horaahorayyyy la kalau sorang2 kat tempat kerja.

Apalagi inilah masa peluang keemasan ummi pergi dating dengan abi sementra abid yusra dekat sekolah. we got few hours before 12pm. Kena ambil yusra abid.

Horaaaahorayyyy

Pergilah teman abi makan roti canai viral entah apa nama kedai ummipun tak tahu dan tak kisah. hahahah ummi ikut dan makan je.


lepas tu pergi beli groceries
 Alamak ingat dating berdua. Ada si soleh ni rupanya. hahahaha. dah tu nak tinggal mana ye tak? apoooola ummi.

Kalau dah namanya BIN AZRI wajib minat cheese. Nasib baik ummi BINI AZRI so tak berjangkit hahaha.

Ngam2 11:30am keluar NSK pergi pickup anak2 balik solat zohor then keluar balik. Kami ni memang pelik. Pantang cuti waktu orang tak cuti kalau boleh nak berjalan dari pagi sampai petang sebab mall tak sesak sangat, jln xsesak sangat hahahah apakah?????

So pergi Popular Aeon cari buku kegemaran si soleh Abid. Sebelum ni selalu masuk tesci bandar semata2 nak beli buku kegemaran dia. dah habis semua dia sapu kat tesco kenalah cari port baru. ok jumpa dah buku2 kegemaran dia dekt Aeon. ummi tak suka masuk Aeon tapi nampaknya lepas ni akan kerap masuk sebab buku favourite budak soleh ni ada dekat sini.

Borong terus tiga. oklah dari bapak dia borong melambak buku doraemon. ummi amik seketul novel tarbiah sentap. cukuplah untuk orang yang struggle nak membaca macam ummi ni. Melmbak lagi buku ummi tak habis baca dekat rumah ni. agaknya kena hisab tak dekat akhirat nanti ye. Allah Allah...huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...