Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

12/27/09

MADRASAH tahfiz alQuran KG melayu raya..

d e r m a S U M B A N G A N i k h l a s

p e m b i n a a n

BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ QURAN
KAMPUNG MELAYU RAYA


NO.71, Jalan4, Kampung Melayu Raya, 85000 Segamat, Johor DT.

sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:

BANK ISLAM:
01078020019548

DIATAS NAMA PEMEGANG AMANAH:
Ust Mohamad Rozali Jamil
(019-7757446)
(abu.irfan3@yahoo.com.my)


s a b d a R A SU L U L L A H SAW b e r m a k s u d :

''Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, kedua ilmu yang diambil guna dengannya dan ketiga anak soleh yang berdoa untuknya''

p/s: atau boleh salur melalui saya..

12/8/09

d e d i c a t i o n B U A T u m m i S H I ^_^

d e a r ,
u m m i S H I
(Puan Syahirah Hanim Idris)


wahai ummi..
jujur! bergenang air mataku..
bila membayangkan wajahmu yang redup sayu..
indah sungguh kasih yang ummi berikan..
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Biarpun mungkin ada kepahitan yang telah ummi rasakan..
namun kenapa masih tak pernah pula ummi merasa jemu?
mengasihi dan membelai kami bagai anakmu..

sebahagian masa hidup ummi yang telah ummi korbankan..
Tak akan pernah dapat ku balasi..
hanya mampu memohon dan meminta dari Ilahi..

ummi, ku mohon ampunilah dosaku..
Andainya pernah menghiris hati ummi..
Restu ummi amat amat aku harapkan..
Kerana disitu letaknya keberkatan ilmu yang telah ummi beri

Tabahnya melayani kerenah anakmu ini..
erti kesabaran yang mungkin xkan mampu ku fahami..
ummi bagai pelita di kala aku kegelapan..
Mmembantu menyuluh jalan kehidupan..

Kasihanilah Tuhan, ummi ku yang ini..
yang sudah terlalu banyak memberi..
anugerahinya dengan bahagia duniawi dan ukhrawi.

Kasih sayangmu ummi sungguh amat bernilai..
Itulah satu nikmat berharga dariNya yang tiada pernah henti ku syukuri..

ummi kasihmu, kasihku, kasih kami..
bersatu dalam mimpi didunia ini..
juga realiti diakhirat nanti..

sayang ummi..
syukran jazilan ya ummi shi..

selamat jalan ummi ^_^
jangan lupa kami disini..


(ummi shi is my naqibah for my usrah under KONSIS.. berangkat ke sabah last wednesday, then we will get new naqibah to replace her ^_^.. ummi shi is the best naqibah forever.. donno lah how to describe )

12/5/09

i n i l a h S A Y A , A N D A s i a p a ?

ummi ina kata '' lalala~~~

ummi ina kata '' lalalala~~''

(berapa banyak ummi nak kata daaaa? hahahah)

hehehe suka sangat dengan istilah ni.. apa tak nye, ummi ina bila dia mula berkata~~ hem insyaAllah terkesan sungguh2 dihati.. itulah yang dikatakan, kata dari hati ke hati.. mcm ade power luar biasa lak yek..

belek2 blog ummi ina aku a bit terkesan dengn entry terbaru dia, INILAH SAYA, ANDA SIAPA? hah sapa mahu jawab pertanyaan Hassan al Banna ni..
jawab~ jawab~jawab~

jeng jeng jeng

hidup didunia ni skjp jek.. so huhu dont2 play laa (ingatan tok dri sendri gak)

jadi kita kena berlari dengan pantas! mncari harta tok bekalan akhirat wei~~
tapi xmaulah harta2 biasa.. kita cari yang luar biasa.. xmainlah syurga dunia kan? hehehe insyaAllah..

then, korang siapa?

korang nak jadi apa?

manusia am?
muslim biasa?
muslim commited?
muslim daie?

jeng jeng jeng
tepuk dada tanyalah iman? usaha! usaha! untuk mnjadi muslim daie ^_^

teringat pesanan kak shi semalam..

''carilah anak usrah k ;)''

'' smile :)''

(itulah jawapan dari kebanyakkan kami, group usrah DL2)
memang ssh..terasa tak ready..nak tunggu diorang datang mncari?.. ntahlah~

nak suruh penumpang masuk dalam kereta kita? so kenalah bukak pintu kereta kita dulu kan?

(tetiba teringat dengan kekasih aku salahuddin.. aiseh~ xdaq pintu daaaa)

so xboleh nak bagi banyak alasan..
hem hendak seribu daya, xnak seribu dalih..
aik kata nak jadi MANUSIA DAIE?
huahuahuahua terkena pada batang hidung sendri.. kena usahakan! kena! kena! jadi pasang niat, pasang tekad.. jom kita mula memandu dengan pantas~ xmain dah lari2 nih..hahaha

biarlah~ xpe..
biar klu ade yang nak mengate..

xbanyak, skit..
xbesar, kecil..
xlama, sekejap..
oklah dari xde langsung wat? hee moge2 sikit2 lama2 jadi bukit ^_^
(kata my dad wlupon xberkaitan,huahua)

jadi mari kita uasahakna mnjadi MANUSIA DAIE.. moge dgn usaha yg mgkin sdikit, namun itulah yang dipandang Allah sbgi bekalan bila kita terjaga dari mimpi dunia yang sekejap ni..^_^

jeng jeng jeng



so then jom tgok entry terbaru ummi ina.

INILAH SAYA, ANDA SIAPA? Hassan al Banna..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sidang pembaca yang dirahmati Allah swt, sesungguhnya anda adalah hamba Allah swt yang terpilih di sisiNya.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah swt untuk berjuang membela Islam, maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran : dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.” Surah Al-Ahzab : 23

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALlah swt tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?” As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Ash-Shams : 9-10

Ad-deen Islam membangun melalui jihad generasi silam yang berlandaskan asas-asas yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah swt, mengenepikan kesenangan hidup yang sementara kerana mengutamakan kehidupan yang kekal abadi, berkorban dengan darah, nyawa dan harta demi menegakkan kebenaran, cintakan mati pada jalan Allah swt dan semua ini didahului dengan berlandaskan pimpinan Al-Quran al-karim.

Janganlah kamu berputus asa kerana ia bukan sifat orang Islam. kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Masa masih panjang dan anasir-anasir yang baik dan kuat masih ada dalam diri ummah kamu yang beriman walau bagaimana dahsyat sekalipun kedurjanaan yang melanda. Orang yang lemah tidak selama-lamanya akan lemah sepanjang hidupnya. Manakala orang yang kuat tidak selamanya akan kuat.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya. Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. “ Al-Qasas : 5-6

Masa mencipta pelbagai peristiwa yang penting. peluang akan tiba untuk melakukan sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti da’wah kita iaitu da’wah yang memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba gelaran kamu untuk memimpin ummah manusia.

Kamu mengharap Allah swt dan mereka tidak. bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya.

Saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya mereka bersabar dan menunggu pusingan masa.

Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. “ Al-Ankabut : 69.

Sentiasalah mara ke hadapan. Allah Maha Besar dan segala pujian buat Allah swt.

end of story~

jazakAllah..

^_^

12/2/09

u s r a h k a b i l a h K L (1)

salam'alaik^_^


(karipap oh karipap.. sebelum g usrah ana toleh kiri toleh kanan ternmpak lah karipap sorang makcik ni yang tertarik menariknarik hati ana tok membeli.. ade power~~ huahuahua.. dijual di laluan kaki lima vista angkasa ye.. g ler cari.. hehehe karipap adalah kuih kegemaran kak siti..ini adalah fakta buka auta yeee,,trust me^_^)


lama x update blog~
(ada blog ada tanggungjawab~ tertembak pd diri sendiri)

semalam 2 disember 2009 usrah kabilah@kawasan KL yg pertama..ngeee..
ana ni tersesat je sbnrnye, suppose ana join usrah kabilah segamat.. tp apekan daya, ana kena fly without wings ke KL teruskan perjuangan stady... memfinishkan research tok final projek ana.. ''cyclodextrin'' yang cycle2 tu~ bak kata ummi shi ^_^

strait to the point, lets look ape story mory terkandung dalam usrah kteorang last wednesday...

1. tadabbur surah alHujurat (atas pemintaan kak siti..hehehe)

then after tadabbur sprti biasa discussion ttg2 ayat2 yang terkesan dihati ^_^..
jom kita follow few dialogue along the discussion~

[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan
sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

[3]
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[4]
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

[5]
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

kak fisha: akak suka ayat ni~

[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[9]
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

kak siti: terkesan sungguh dengan ayat ni katanye.. (masih banyak lagi kate2 nya tapi ana xingat n xsempat catit lorrr..hahhahaha)

[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

ain: menyayangi sahabat2 sefikrah ni sangat luar biasa, tak sama dengan sahabat2 biasa.. and even kadangkala kita sedikit seolah2 melebihkan akhawat dari keluarga sendiri

(betulke ayatmu nih ain? ramlah goreng balik,sory~..huahuahua)

[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

azi: sangat terkesan dengan ayat ni, sebab perkara ni sangat hampir dengan kita dan malah mungkin tanpa sedar kita hampir malah dah pernah pon buat (akuler tu!, kata ramlah:( huuhuhu)..

kak aishah: dan kalau perasan dari ayat ni Allah combine 3 perkara yg saling berpaut antara satu sama lain iaitu 1)prasangka, 2)mencari kesalahan, 3)mengunjing@mngata@mngumpat@yg sengakatan dengannya~ manusia dengan fitrah semulajadinya memang ssh nak elak prasangka buruk, bila dah mula berprasangka buruk then kita start lah korek2 and cari2 kesalahan,kelemahan and keburukan orang tu.. bila dah sampai tahap ni mulalah dok mengata orang tu atau mengunjing atau menjaja cerita pada orang lain.. nauzubillah~

ramlah: betul betul betul! so then penyelesainnya??? HOW HOW HOW? cakap senang~ nak buat bukan main lagi payahnye.. bagi saya mengikut pengalaman sendiri, istighfar tu memang jangan tinggallah.. sebab bnda ni kadang2 bukan kita yang nak. dia yang sukasuki je bermain dalam hati and sanubari.. sesukahati je nak bersangka buruk.. (XNAK!XNAK!XNAK! ape nih?!!) haha begitulah storynye.. so ble berlaku perkara bergini mula2 memang perlu kembali kepada Allah. minta bantuan dari ALlah supaya buang kan jauh2 prasangka2 buruk yang hinggap kat kepala kita ttg sahabat kita tu.. 1st.. then 2nd????

azi: stuju~ and kalau perasanlah..mengukut opengalaman sayalah... semakin kita cuba berukhwah kerana Allah semakin Allah uji..

ramlah:STUJU2!! (dalam hati jelah, u know me..huahuahua)

azi:pengalaman sylah.. sy ada seorang sahabat yang sblum join usrah bersama sy, sy rasa ok je berkawan dengan dia.. biasejeee, normalje... xdeproblemjeeee.... tapi selepas sama2 telah mnjadi orang2 yang faham soal agama, Allah mula uji saya dengan persahabatn yang ada ni... and kita fahamlah kan yang ujian Allah itu tanda Allah nak menguji tahap keimanan kita.. so kena tanam2 sangkaan2 baik kepada kawan kita tu. then try fikir bnda2 yang molek2 je pasal dia.. yang x molek tu buang juah2~~

[13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

[14]
Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

[15]
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

[16]
Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

[17]
''Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)''

kak aishah: daripada ayat ni kita boleh faham yang kita perlu selalu memperbetulkan niat kita, ikhlas kan diri dalam mengimani Allah so dengan keikhlasan yg mntap akan mnjauhkan kita daripada perbuatan riak yang sia2 tu... (lebih kurang gitulah ayat dia, ana edit+update sket..ngeee^_^)

[18]
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.

kak fisha: conclusion dari ayat2 surah alHujurat ni adalah tentang ukhwah yang mana disandarkan kerana Allah semata~

contoh2 ukhwah yang erat terjalin kerana Allah insyaAllah~ hehehe


end of story~

2. pengisian oleh kakak SENI0OORR~~ heee
by, kak wardhiah..

almaklum musim cuti so kak wardhiah menyentuh bab futur~ (xsure ejaan)
krn apa? seperti yang kita semua sedia mklum and rasanya semua pon pernah berpengalaman merasainya, bila cutije hati mati.. bila cuti je hati mati.. HUH~ (like that r?hee) insyaAllah kita2 ni xlah kan..haahaha..

so kak wardhiah berkongsi sedikit tentang
MOTIVASI KEPADA KEIMANAN^_^

masa2 cuti semangnya masa2 futur jadi.. umpama roda lah plakkan? kejap2 diatas dan kejap2 dibawah.. kejap2 iman mantap and kejap2 iman terlelap. aiseh macam mana ni.. jadi mari kita ubah analogi ni.. mari kita menjadi roda yang sedang menaiki bukit.. even kita berada di atas mahupon dibawah tetapi kita masih lagi mendaki.. mendaki apa? mendaki keimanan yang berada ditahap tinggi tuh.. cayokKK~~ atau mungkin kita boleh menjadi roda2 yang sedang lalu dilandasan2.. landasan apa? landasan yang betul yang lurus iaitu landasan islam yang penuh dengan madu2 keimanan.. jom jalan~ heee

dirumah memang tak dinafikan kita diuji dengan terlalu banyak hal and perihal duniawi..
paksa2 taknak tengok! tertengok jugak...
paksa2 xnak dengar! terdengar jugak...
paksa2 xnak join terjoin jugak..
aiseh~~

namun pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat baginda ni yang masanya tak pernah terbuang.. dalam satu pagi je banyak kebajikan yang success dilakukannya..
korang kalau bangun pagi antara pukul 7 hingga 10 apeje yang korang dapat? korang buat? korang kumpul? jawab~~~~

(biar ana jawab:hahahaha bangun pagi gosok gigi..hehehe.. oklah paling baikpon insyaAllah.. mathurat,alQuran,Dhuha,sapu sampah,basuh baju,buat breakfast..ni case bila kat umalah k..dimasa2 futur tadi)

tapi ada seorang sahabat Rasulullah yang dalam 1 pagi sahaja beliau berjaya menziarahi kubur orang2 yang telah meninggal dunia, memandikan,mengkafankan jenazah, memberi makan kepada fakir miskin.. masyaAllah ada insan sebegini rupa.. siapakah beliau?

jeng jeng jeng

beliaulah Saidina Abu Bakar yang dirahmati Allah..

hebat x kawan2? biar ana jawab: dahsyat~~~~~
amal kebaikan beliau terkumpul di 1 pagi..blum 1 hari lagi..1 minggu? 1 bulam? 1 tahun? masyaAllah~ mari pakat ramai2 mnjadi seperti beliau..

sebenarnya ada hadis bercerita tentang ini, tapi ana xde.. so tentang perceritaan sebenar ana x sure, leh rujuk terus kepada hadis and klu ade terjumpa bolehlah share2 k..ana pon akan usahakan tok cari nt.. sbb xsilap ana Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang kebajikan2 yang dah dibuat pagi ini.. dan setiap soalan yang diaju hanya saidina Abu Bakar yang angkat tangn..

then as a simpla conclusion kak wardhiah pesan supaya selalu2 lah muhasabah diri sendiri untuk menguji dimana tahap keimanan diri kita..

end of story~

dan kemudian kami dijamu oleh bonda kak fisha yang sangat peramah tu dengan nasi putih, sotong sambal, ikan goreng, daging kari and sambal sotong yang sungguh+enak belaka..

jazakAllah^_^

(berjaya memenuhi amanah yang diberi ummi shi,alhamdulillahirabbilalamin)

11/13/09

1 o o o o o o h a r a p a n

s e j u t a H A R A P A N by, Da'i Nada

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu


(very beutiful songs..go n try to find it by urself ^_^)

11/8/09

t r i p T 0 M u z i u m N e g a r a

s a l a m. . .

last 2 weeks i think.. kuar wif my bro~~

(time nak xm smpt lg aku g dok berpoye2)

actually tmn abg aku g buat assgmnt...

best! so then cari sdikit masa melawat ke Taman Negara^_^

lets look
(thousands of pic takg by my bro...)










yg ni candid by me.. how cpo










(klu lah ni rumah aku... takpelah terima kasih^_^)






(seimuslimah & sei_souichiro... ^_^ itulah kami) hahaha

kenapa kne pergi muzium?

hehe bosan?

bosan?

bosan?

kadang2 kita kena malah sebenarnya perlu untuk menoleh ke belakang..
melihat dan mengkaji sejarah..

untuk apa?

dari situ kita akan nampak jalan kebangkitan.. dan kita akan dapat menilai dimana kesilapan atau kekurangan kita..

haish long story..

moral of d story jom cari sejarah kita! (tapi pastikan story yang soheh jek)

hehe end of story..

jazakaAllah..

(tp sbnrnya time g muzium tu xdpt bykpon, byk melihat dr membaca n meneliti)

jaaaa'

11/4/09

c e r i t a C I N T A D i a . . .


. . a k u c i n t a D I A ( R a s u l l a h) & D i a C I N T A k u . .





Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

‘’Wahai umatku.. Kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya..’’

‘’Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku..’’

‘’Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..’’

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu,

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,

Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya,

Usman menghela nafas panjang,

Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam,

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba...

‘’Rasulullah akan meninggalkan kita semua,’’ keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hamper selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat..

Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu runah Rasulullah masih tertutup.

Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

‘’bolehkah saya masuk?’’ tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

‘’Maaflah, ayahku sedang demam,’’ kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

‘’Siapakan itu wahai anakku?’’

‘’Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’’ tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

‘’Ketahuilah, dialah yang menghaouskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malakul maut,’’ kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

‘’Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?’’ Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

‘’pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,’’ kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

‘’Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’’ Tanya Jibril lagi.

‘’Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’’

‘’Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhamma telah berada di dalamnya’. ‘’ kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

‘’Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.’’ Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

‘’Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’’ Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

‘’Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’’ kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

‘’Ya ALLAH!! Dahsyatnya nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku’’

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,

Ali segera mendekatkan telinganya, ‘’Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantaramu.’’

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutup tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

‘’Ummatii.. Ummatii.. Ummatiii..’’

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu..

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Kami juga mencintaimu ya Rasulullah..

Dan cinta itu..

Akan kami buktikan

end of story~

then now,

tonton short video ini untuk mencair rasa rindu dan cinta atas junjungan besar Muhammad SAW yang dikasihi dgn tiada patut berbagi..

moge Allah bantu untuk buka hati2 kita ini..

yang sebenarnya

dan sejujurnya

(pengakuan diri sendiri)

dah penat dgn hidup didunia ini

yang sungguh dan asyik2 serta benar dgn sebenar2 nya

tak tertanggung krn sungguh melalaikan..

siapalah kami tanpaMU ya Ilahi..




usahakan~ insyaAllah..

j a z a k a l l a h . . .

10/29/09

m o t o r k u K E S E J U K K A N ? ?

motor oh motor~~

dedikasi istimewa yang dibuat oleh miss nabila kpd motor kesayanganku..

''nabila ko mmg buat lawak la''

lets singgah to nabila's blog^_^
(tok tgok pe yg dia ngumpt sal salahuddin aku nih,hahaha)

(klik pd picture)


dear salahuddin, i luv u..huahuahua..
(insyaAllah kejalan perjuangan & dakwah akanku bawa ia^_^)

jeng jeng jeng..

p/s wat nabila:aku mwakili mtor aku mngucapkan jutaan trimas atas p0em (aku assumelah) yg cun tuh ^_^ haha..
& sejuta kemaafan sbb ngade2 merajuk ksejukn..haha..

end of story~~

jazakAllah^_^

10/26/09

D O A <<<

d 0 A . .

(aliImran,3:191-194)

[191]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

[192]
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

[193]
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

[194]
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".



(alA'raf,7:126)

[126]
"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".


(Ibrahim,14:40-41)

[40]
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41]
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(alFurqan,25:74)


[74]
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



jadi amalan seharian ^_^
kalau susah nak hafal, pegang quran n baca setiap kali selesai baca alQuran ^_^
try to be istiqamah..

jazakAllah~

10/23/09

d a r i A K U u n t u k K A M U ^_^



alhamdulillahirabbilalamin..



Tika hati
Diuji dgn keindahan dunia sementara
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar kita ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Namun alhamdulillah,
tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan aku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

ku tahu
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
namun perlu kita cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna takkan upaya kita hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

maaf..

Diatas nama cintaku
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

dan aku rela,
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa



ku mohon..
Saratkan hati mu dengan cinta hakiki
Sehingga akan kamu sendiri rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

(gambar ana ngan abang ana time berpoya2 kat I0A)

ukhwah fillah abadan abada ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...