Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

7/31/11

Ramadhan itu anugerah


Ramadhan itu

Mashaallah mashaallah mashaallah

Bulan yang sangat cantik, hanya hati-hati yang dianugerah rahmatNya sahaja yang bisa melihat kecantikan itu. Setujukah?

Hihi kerana ia tidak bisa dilihat dengan mata kasar.. jadinya jika kamu bisa melihatnya tunduk sujud dan syukurlah.




Subhanallah hebat kan hati kita? Menikmati keindahan dengan sangat kritikal feeling (apakah word ini? Huhu sukasuki den je)

ALlahurabbi, kami bersyukur atas anugerah ini.. alhamdulillahirabbilalamin..




Hadith yang sangat terkesan sejak kali pertama aku mengerti definisi Ramadhan yang sebenar, mahu mengulang memahami.jom~



Pada suatu hari, Rasulullah menaiki mimbar (untuk berkhutbah), menginjak anak tangga pertama baginda mengucapkan 'amin', begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan 'amin'?

Lalu baginda menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata: Suatu kerugian kepada seseorang yang bila namamu disebut, dia tidak mengucapkan solawat atasmu, lalu aku mengatakan amin.

Kemudian malaikat berkata lagi, amat rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai masuk syurga, lalu aku mengucapkan amin.

Kemudian katanya lagi, amat rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya, lalu aku mengucapkan amin.


(Hadith riwayat Imam Ahmad)






Allah ya Allah Ramadhan ini adalah Ramadhan Mu

Allah ya Allah terima kasih kerana menganugerah Ramadha ini kepada kami

Allah ya Allah kami berusaha mencintai Ramadhan ini keranaMu

Allah ya Allah pimpinlah kami, rehdailah hidup dan ibadah kami

Allah ya Allah jadikan kami selamanya hambaMu yang selalu bertaqwa

7/26/11

iman/alert/guidance (alIsra':9-22)



Alhamdulillahirabbilalamin syukur kepada Allah atas sitting Dl2 yang baru ditangguhkan beberapa waktu yang lalu..(ketika sedang menulis ini, cume tertangguh utk dipost) Alhamdulillah walau mungkin dimata manusia benilai beberapa minit cuma.


Ada beberapa patah kata yang boleh aku describe sebagai kata mewakili terkesanannya sitting tadi di hati ku sendiri
Iman
Alert
Guidance


Alhamdulillah kami tadabbur surah alIsra’ ayat ke 9 hingga ke 22. 
Jom baca -_^

[9]
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

[10]
Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[11]
Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.

[12]
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), ma
ka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya 

kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu 

mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan

(ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama

kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan 

sejelas-jelasnya.

[13]
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

[14]
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".

[15]
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah
Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

[16]
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

[17]
Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.

[18]
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

[19]Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

[20]
Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).

[21]
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

[22]
Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.




Guidance/petunjuk arah:
alQuran itu dalam muqaddimah fi zilalil quran adalah umpama petunjuk arah menurut kak saida,

Analoginya umpama kita mahu berjalan terus menuju ke satu titik penamat, maka apabila kita menyimpang kekanan quran akan menarik kita ke tengah dan kemudian apabila kita tersimpang kekiri guide Allah melalui alQuran akan membawa kita ke jalan yang lurus semula.. dan sebagai fitrah manusia biasa kita memang tidak akan dapat untuk terus-terusan berada di laluan tengah.





Seperti hadis yang sudah disebut mengenai perihal naik dan turun iman manusia oleh Rasulullah SAW ni:

''Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.''
(HR Ibn Hibban)


Namun analogi yang baru je aku reka seminit yang lalu ni buat aku rasa, subhanAllah memang tepat sekali! Lagi2 apabila aku menganalogi diri aku sekali padanya..huahuahua. betapa jika mengambil alQuran sebagai petunjuk

utama dalam kehidupan seharian, dengan membaca, memahami isi 

kandungannnya..inshaallah jika kita mahu laripun pasti tidak akan terlalu

jauh. Aku sangat yakin dengan ini! Kerana sudah sungguh banyak

mengalaminya.. alhamdulillahirabbilalamin.


Kemudian aku membayangkan bagaimana dengan saudara-saudara kita yang tidak mengambil alQuran sebagai petunjuk arah dalam kehidupan mereka. Yang tidak membaca tafsir alQuran? Yang jarang-jarang baca alQuran? Yang baca tanpa memhami kandungan? Yang tidak membaca quran langsung?





Boleh membayangkan bagaimana tersimpang siurnya laluan-laluan yang mereka ambil. Astaghfirullah al azim, memahami ini aku jadi takut dengan bahuku sendiri yang belum penah lekang dari menggalas tanggungjawab atas manusia-manusia disekelilingku.. aku takut huhu dan masih takut..

Tanggungjawab pada diri sendiri saja sudah terhutang agak banyak dan belum terlangsai..

Allah ya Allah susunkanlah bagi kami aturan cerita yang Engkau redha akan ia dan kami juga redha akannya.





:::Alert:::
Bila mula singgah pada kata ‘’alert’’ aku sangat jadi teringat dengan erti kata taqwa oleh Ubay bin Kaab:




Umar bin Khatthab ra. pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab,''Apa definisi taqwa?
Ubay balik bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, pernahkan engkau menempuh jalan yang berduri?
Umar menjawab, ''Ya''
Ubay bertanya,''Lalu apa yang engkau pe
rbuat?''
Umar menjawab,''Aku berhati-hati agar tidak menginjak duri dan memperhatikan langkah kakiku. Aku melangkahkan kakiku dan menahannya karena takut menginjak duri''
Ubay bin Ka’ab berkomentar, ''Itulah definisi taqwa''


Menyebut perihal iman yang sudah sungguh susah untuk digapai apalagi bila sejenak berfikir perihal taqwa. Allah..
Dan aku sudah pernah menulis tentang perihal jalan yang penuh duri ini di sini



Sangat perlu berhati-hati dengan semua perkara, semua perkara dan tindak tanduk kita..Dan aku kini lately juga sangat fobia dengan ketakutan ku sendiri. Adakah aku sudah cukup berhati-hati dengan semua perkara yang aku lakukan. Adakah aku sudah cukup berhati-hati atas segala niat-niat yang aku sandarkan? Adakah dan adakah? Check and double check.. semakin check malah menjadi semakin takut. Astaghfirullah al azim.. semoga Allah sentiasa mngatur aturan cerita atas setiap jiwa-jiwa kita dan semoga setiap aturan cerita yang direkaNya itu adalah dalam lingkungan redha Nya dan bukan atas redha kita semata. Astaghfirullah al azim, astaghfirullah al azim,astaghfirullah al azim.








:::Iman:::


Mmm iman yang mana hak Allah sangat hakiki disitu.. ye Hak Allah dan Hak kita hanya berusaha. Zaman sekarang banyak saudara kita yang menolak untuk tidak taat atas alasan tidak diberi petunjuk untuk beriman. Bukankah itu seolah-olah kita ini sepertinya mempersoal ketidak taatan kita kepada Allah semula? Bukan kah sangat tidak rasional disitu? Dan apa yang boleh aku katakan hanyalah ''berusaha dan berusaha'' serta ''mencari dan mencari''



''…JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK…''
(24:54)


Aku juga pernah menulis tentang ini disini


Iman itu adalah Hak Allah, untuk memperolehinya tidak boleh hanya duduk saja, perlu usaha dicari dan buatla apapon untuk mendapatkannya. Salah satunya adalah adalah dengan doa kita sendiri inshaallah… inshaallah.. Aku mengingatkan diriku sendiri..



Lihat conclusionnya -_^ hihi:
Kita perlu berusaha mendapatkan iman itu dengan cara alert atas semua benda yang kita mahu buat serta memegang alQuran sebagai panduan kerana disitulah Allah melakarkan kata-katanya untuk didengari oleh diri-diri kita. Mashaallah!



Allah ya Allah kami ini hambaMu yang sangat lemah
Kami ini hambaMu yang selalu merasa payah
Tanpa bantuan, rahmat dan ksih sayangMu maka menjadilah Kami dari kalangan manusia-manusia yang lupa dan lupa lagi, lalai dan lalai lagi, leka dan leka lagi.. Terima kasih ya Allah atas jentikan-jentikan Mu
Maafkan kami ya Allah atas kekurangan, kelemahan dan kelalaian kami


Alhamdulillah diatas segala anuhgerah..

7/18/11

Salman Al Farisy


SALMAN AL FARISY


Bila membaca kisah Salman Al Farisy aku jadi terkesan dengan ayat ini. Moga kita dari kalangan orang-orang yang dilimpah rahmat dan petunjuk dariNya..



Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)





Kisah ini adalah kisah nyata pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY

Marilah kita lihat Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.



Kata Salman:



''Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sayangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.



Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.



Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, ''Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak''



Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.



Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.




Kataku, ''Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami.'' Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.



Aku bertanya kepada mereka, ''Dari mana asal agama ini?''


''Dari Syam (Syria),'' jawab mereka.



Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.



Jawabku, ''Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.''



Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, ''Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!''



Jawabku, ''Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.''


Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.



Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.



Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, ''Siapa kepala agama Nasrani di sini?''


''Uskup yang menjaga ''jawab mereka.




Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, ''Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.''


''Masuklah!'' kata Uskup.




Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.



Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.



Aku berkata kepada mereka, ''Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.''


Tanya mereka, ''Bagaimana kamu tahu demikian?''


Jawabku, ''Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.''


Kata mereka, ''Ya, tunjukkanlah kepada kami!''




Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, ''Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!''



Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.




Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, ''Wahai Bapak! Kepada siapa Bapak mempercayakanku seandainya Bapak meninggal. Dan dengan siapa aku ha rus berguru sepeninggal Bapak?''



Jawabnya, ''Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!''



Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah me ninggal itu.



Kata pendeta Mosul, ''Tinggailah bersama saya.''


Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, ''Sebagaimana Bapak ketahui, mungkin ajal Bapak sudah dekat. Kepada siapa Bapak dapat mempercayakan ku seandainya Bapak sudah tak ada?''



Jawabnya, ''Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!''


Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.


Kata pendeta Nasibin, ''Tinggallah bersama kami!''


Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar kepadanya sampai dia wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, ''Bapak sudah tahu perihalku Maka kepada siapa Bapak dapat mempercayakanku

seandainya Bapak meninggal?''


Jawabnya, ''Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di


Amuria. Hubungilah dia!''


Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.


Katanya, ''Tinggallah bersama kami!''




Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, ''Anda sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayakan seandainya Anda meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?''


Katanya, ''Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan pindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!''




Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu serombongan saudagar Arab dan kabilah ''kalb'' lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, ''Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.''


Jawab mereka, ''Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.''


Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual mereka kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai budak belian. Pada suatu hari anak paman majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya kepada majikanku. Aku pindah dengan majikanku yang baru ini ke Yatsrib. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.




Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi beliau masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang beliau 1ancarkan kerana aku selalu sibuk dengan tugasku sebagai budak.



Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pindah ke Yatsrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak pamannya mengatakan,




''Biar mampus Bani Qaiah! Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan laki-laki dari Makkah yang menda’wahkan dirinya Nabi.''



Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku bisa menimpa majikanku.


1) Wadil Qura, sebuah lembah antara Madinah dan Syam.

2) Bani Qailah, iaitu kabilah Aus dan Khazraj



Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, ''Apa kabar Anda? Cobalah kabarkan kembali kepadaku!''


Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, ''Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!''


Besok kuambil buah kurma seberapa yang dapat kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah.




Kataku ''Aku tahu Anda orang saleh. Anda datang bersama-sama sahabat Anda sebagai perantau Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekah bagi Anda. Aku lihat Andalah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.'' Lalu aku sodorkan kurma itu kehadapannya.


Beliau berkata kepada para sahabatnya, ''silakan kalian makan,…!''


Tetapi beliau tidak menyentuh sedikit juga makanan itu apalagi untuk memakannya.


Aku berkata dalam hati, ''Inilah satu di antara ciri cirinya!''


Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang dapat kukumpulkan. Ketika Rasulullah pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada beliau.


Kataku, ''Aku lihat Anda tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk Anda.''

Rasulullah memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan beliau mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengan dia. Kataku dalam hati, ''ini ciri kedua!''




Kemudian kudatangi beliau di Baqi’, ketika beliau mengantarkan jenazah sahabat beliau untuk dimakamkan di sana. Aku melihat beliau memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada beliau, aku berjalan mengitari sambil menengok ke punggung beliau, untuk melihat cap kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya beliau tahu maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti punggungnya, sehingga aku melihat dengan jelas cap kenabiannya.



Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku langsung menggumulnya, lalu kuciumi dia sambil menangis.


Tanya Rasulullah, ''Bagaimana kabar Anda?''




Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat beliau. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.




Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...