Atas nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
(alInsyirah:1-8)
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Malam ini aku terasa begitu mahu menangis
Entah kenapa
Mungkin kerana telah mengambil satu langkah berani
Yang mungkin sisa biasa dimata manusia
Tapi sangat besar dimataku sendiri..sungguh!
Berharap untuk tidak menyakiti
Berharap untuk dapat memberi selayaknya
Selain itu aku juga mahu menangis kerana
Kerana ini :
''seandainya dunia itu tidak berwarna tetap juga akan aku kagumi''
Selain itu aku juga sangat mahu menangis kerana beberapa kali aku tersenyum di lewat malam begini
Kerana dunia ku
Yang bagi aku telah sedikit melalai aku
Tidak peduli!
Wahai dunia yang melalaikan
Berhentilah dari mengganggu ku..
(maaf andai sebenarnya tidak layak bagi aku mencoret ini disini..mm)
No comments:
Post a Comment