Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan harapan dan Dialah yang menjadikan mendung.
Dan guruh bertasbih memujiNya, dan malaikat pun kerana takut kepadaNYa, dan Allah melepaskan halilintar (kilat) lalu ditimpakan kepada siapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaanNya.
(Ar Ra’d :12,13)
Masih ingat..dulu masa aku mula-mula bertemu dari hati ke hati dengan kata-kata Allah yang ini
Aku terpaku, malah tersenyum kerana YA!! memang aku takut dengan kilat dan guruh.
Dan kerana kilat dah guruh Mu itu ya Rabb, aku makin dekat dan mendekat dengan Mu
Hikmah yang sangat cantik melalui ayat ini
SubhanAllah
Di satu petang yang seperti petang-petang dikebelakangan ini
Hujan, hujan, dan hujan yang dipenuhi Rahmat Nya itu
Guruh,guruh dan guruh yang dipenuhi hikmah Nya itu
Kilat, kilat dan kilat yang dipenuhi rasa kembali dan harapan pada Nya itu
Allah ya Allah dari hari ke hari memang aku merindui
Merindui bulatan CINTA DL2 ku
Jadi hati ku sungguh berbolak-balik
Dengan langit Mu yang gelap itu
Dengan guruh dan kilat Mu yang menakutkan itu.
Allah ya Allah..
Allah ya Allah..
Aku masih merasa payah dengan mujahadah itu..
Moge ia punye nilai pada pandanganMu ya Tuhan
Ramlah go! Go! Go!
Inilah perjuangan kamu Ramlah..
Aduh sebenarnya memang kurang berperasaan di situ
Just start with my Salahuddin junior yang kacak itu..
Pemberian dari yang Esa
Yang pastinya ketibaan Salahuddin di KL ini bukan untuk satu kehidupan baru yang sia-sia
Pasti ada cerita baru yang bakal dikarang oleh yang Esa
Kehidupan baru bersama Salahuddin junior yang baru
Bukan bermakna melupakan si Salahuddin senior..hihi
Yang sebenarnya dulu penah sangat jatuh cinta malah begitu mengasihinya..huhu
Dan kemudian aku bergerak
Tepat jam 6.15pm aku bermula dari Meru dan tiba jam 7.25pm
Alhamdulillah terima kasih kepadaNya yang memberi kesempatan tiba di UM dengan selamat
Sememangnya hakikatnya dengan kepayahan dan kemalasan yang teramat
Terutama naluri kewanitaan sedikit melemah dan menambah takut ku
Namun kerana ia pasti punya nilai disisi Yang Maha Agung maka bergerak lah aku
''Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat , dan berjihadlha dengan harta dan jiwamu di jalan Allah . Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui''
(atTaubah:41)
Sejujurnya selalu saja fail untuk beriman dengan ayat ini.. Allah~
Allah ya Allah
Peliharalah hambaMu yang selalu lupa
Lupa akan hakikat penciptaanku didunia binaan Mu ini
Ingatkanlah aku lagi akan tujuan penciptaanku ini
(2:30) dan (52:60)
''Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan BERIBADAT kepadaKu''
''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi...''
No comments:
Post a Comment