Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

1/18/13

Rezeki

Inilah rezeki kami.


Sangat agung kan?


Maka nikmatNya yang mana lagi yang layak kita dusta dan pertikai?






Usianya kini 39 minggu 2 hari



Rezeki..



Rezeki yang dibina dalam diri ini. its weird.. subhanAllah!



Sudah sangat hampir kepada hari yang dinanti.
Segala nya bercampur aduk. Luar dan dalam. 
Hati dan perasaan. Ujian dan cabaran. 
Tangisan dan kesabaran. Kesakitan dan keluhan.
Syukur dengan kejaiban.



Syukur dengan keajaiban.
(Tahukah susahnya menikmati rasa ini?)



Masih celaru dalam pilu. Mujahadah dalam perlu.
Takut kerana hanya aku yang tahu.
Persoalan hanya. 
Antara aku dan Sang Pencipta.



Tiada yang menjadi pengantara.
Bukan doktor. Bukan nurse. Bukan sang kekasih. Bukan si bonda.
Bukan sesiapa.



Oh Tuhan berilah yang terbaik padaku.
Akan apa yang perlu.
Walau takut akan Kamu.
Tapi itulah pinta selayaknya hamba kerdil sepertiku.
Layakkah aku meminta selain dari yang itu?



Tinggal lima hari. Ke hari yang dijangka bagi ku untuk melahirkan khalifah dan abid kecil ini. Melahirkan seorang hamba milik hakiki Sang Pencipta. Yang perlu mewajibkan dirinya menundukkan seluruh jiwa dan raga menghadap hanya kepada yang Esa. 



Ianya seorang hamba! Milik Sang Pencipta yang ditumpangkan kedalam rahim ku. Yang diamanahkan padaku dan kekasihku.


Aku akan melahirkan seorang hamba?!



Takut.


Sungguh!



Kamilah yang bertanggungjawab dengan amanah ini. Mendidik hamba kecil ini. Mampu dan kuatkah kami? Sedangkan diri kami terasa amat lemah sekali.



Oh Tuhan. Berilah tali-tali yang kukuh bagi kami mentarbiah diri kami. Agar kami layak memikul amanah tarbiah ini.




Doakan. please T_T



p/s: atas semua salah, silap saya.. kesilapan yang nyata mahupun tersembunyi..saya mohon keampunan dan kemaafan. semuanya kerana kelemahan diri hamba lemah yang hina ini.  atas hak-hak yang tidak habis terlaksana.. atas tindak tanduk yang meluka dan mungkin mencedera sesiapa. atas kata-kata yang tidak selayaknya diterima..atas segala dan semua dosa.. please forgive me..who knows if this is my last post on this unknown blog.
























To my little love, abid..

you see? you are almost here. now you are 39 weeks and 2 days. i can feel you in me.. you are dancing inside me.. my dear don't be scare to get your first day age old. 

We will work through this world together..  dengan doa ummi dan abi untuk kamu dan kami sendiri. juga doa kamu untuk kami dan kamu sendiri. walau lelah walau penat... teruslah melangkah sehinggah ke hujung nyawa mu. 

Tundukkan diri dengan rela dan redha menghadap Dia Tuhan pemilik seluruh buana dan seisinya.

Semoga menjadi penyejuk hati ummi dan abi.. semoga menjadi hamba yang sentiasa redha dan diredai. Semoga langkah-langkahmu teriring zikir mengingat Ilahi. Semoga langkah-langkah kami teriring ikhlas demi rahmat Ilahi. 

Moga kami kuat! Kuat! Kuat! demi Allah untuk menguatkan kamu. Moga kamu juga kuat untuk menguatkan kami.

Bismillah wa biiznillah..


18 january 2013
0510pm 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...