Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/30/11

(94: 1-8)






Atas nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


(alInsyirah:1-8)


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?


Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -


Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).








Malam ini aku terasa begitu mahu menangis

Entah kenapa

Mungkin kerana telah mengambil satu langkah berani

Yang mungkin sisa biasa dimata manusia

Tapi sangat besar dimataku sendiri..sungguh!




Berharap untuk tidak menyakiti

Berharap untuk dapat memberi selayaknya




Selain itu aku juga mahu menangis kerana

Kerana ini :

''seandainya dunia itu tidak berwarna tetap juga akan aku kagumi''




Selain itu aku juga sangat mahu menangis kerana beberapa kali aku tersenyum di lewat malam begini

Kerana dunia ku

Yang bagi aku telah sedikit melalai aku




Tidak peduli!

Wahai dunia yang melalaikan

Berhentilah dari mengganggu ku..



(maaf andai sebenarnya tidak layak bagi aku mencoret ini disini..mm)


4/28/11

tawa dan TANGIS (anNajm:43)


''Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis '' (anNajm:43)






''dah lama tak gelak ketawa''



Keluhan seorang teman ku yang mungkin tanpa dia sedar, aku sangat terpoint dengan kata-katanya itu.. walau mungkin ketika itu aku sedang bergelak ketawa dengan beberapa teman yang lain..




Tapi fikiranku melayang memikirkan kata-kata keluhan itu

Dan berfikir lagi dan kemudian tetap berfikir lagi




Bagi aku itu bukan keluhan malang tapi itulah keluhan agung yang sangat indah yang mana aku juga selalu merasai nya seketika bergelak dan ketawa.



Sehinggakan..

Beberapa kali apabila aku mula bergelak besar bersama beberapa teman sesolatku, hati ku tiba-tiba terdiam dan jadi terpaku.

Astaghfirullah al azim.. moga keriangan ini membawa ukhwahfillah yang engkau redhai ya Rabb

Begitulah aku menyenangi dan mnyejuk hati ku sendiri




Jujur!

Aku takut untuk terlalu bergembira hidup dibumi bentangan Ilahi ini


Jujur!

Aku takut untuk terlalu bersenang di bumi hamparan Allahu Rabbi ini..




kerana banyak tugas yang belum penah selesai

kerana banyak kesedihan yang belum habis tertanggung bersama

kerana banyak penderitaan yang belum terlangsai balasannya

banyak sungguh banyak




jadi!!




bagaimana selayaknya kita patut bergembira?

tidak logik!!!!




Ampunkan kami ya Rabb andai kami lupa lalai leka..

Engkau lebih mengetahui niat di hati hamba-hamba mu ini..

Malah berbanding diri kami sendiri




peganglah hati-hati kami ini supaya segala niat adalah selayaknya

supaya segala senyum dan tawa kami juga hanya sekadar selayaknya




kami mahu lebih menangis dari ketawa

kami mahu lebih sedih dari gembira

kami mahu lebih derita dari bahagia

Andai itu yang lebih mendekat kami padamu




Ini bukanlah doa manusia yang sombong

Ini bukanlah doa manusia yang terlebih berani

Tapi inilah doa manusia yang takutkan dunia yang menipu

Takutkan kelalaian yang merugi

Takutkan keseronokkan yang memberi sisa sia-sia



Ya Rabb kami takut untuk tersenyum dalam kelalaian kepadamu



Ya Rabb kami takut untuk tersengih dalam kehinaan pada pandanganMu




Lindungilah kami dari godaan nafsu dan syaitan juga dari godaan manusia yang menjauh kami dariMu

kami tidak mahu lebih

Hanya Mahu mendekat padaMu




Jom Doa!!! Bismillahirahmanirrahim



kami berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.


Yang Menguasai sekalian manusia,


Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,


Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -


Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -


(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia..







Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, kerana ssungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati”

Tapi bukanlah bermaksud kita tak boleh bergurau senda

Sedang baginda Rasulullah juga bergurau senda..tapi tetap dalam ingatan padaNya.



Sebagai mana disebutkan dari Anas bin Malik bahwa Nabi SAW bersabda:

“Wahai yang memiliki dua telinga.” Ini adalah gurau Rasulullah SAW kepada Anas ra.



Diriwayatkan dari Jabir bin Samrah ra, ia berkata: “Bahwa pada kedua betis Rasulullah SAW terdapat kehalusan dan bahwa baginda tidak tertawa kecuali tersenyum”.



Rasulullah SAW bersabda:

“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta agar orang lain tertawa, celakalah baginya dan celakalah baginya”.(HR Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Hakim)



Allah Allah Allah Ya Allah

Peliharalah kami-kami ini








dush! dush! (asSyams:8,9,10)

(special post yang dituju tepat untuk menembak diri ku sendiri) dush! dush!



Dalam hidup kita selalu diberi dua pilihan. perasan x?



Dan setiap dua jalan itu selalunya atau fitrahnya pasti adalah hanya diantara dua ni:


1)jalan yang memupuk iman justeru membawa kepada ketaqwaan

2)jalan yang menghakis iman justeru membawa kepada kefasikan


Jujur!

Allah sangat mengetahui betapa sebelum ini aku sudah penah sangat menderita ketika didatangi dua jalan yang sepertinya

kedua-duanya sama cantik,

sama baik..

sama penting..



malah pernah selalu salah memilih gara-gara tidak cukup beriman dengan ayat ini



''Maka Dia mengilhamkan kepadanya JALAN KEJAHATAN dan KETAKWAAN''


''Sungguh BERUNTUNG orang yang MENSUCIKAN jiwa itu''


''dan sungguh RUGI orang yang MENGOTORInya''


(asSyam:8,9,10)



Dan bila sebut tentang surah asSyams pasti semua akan menyahut

''ye saya tahu lagu itu!!!'' ALLAH!!!

(Mashaallah mashaallah..cantik)



Demi Matahari by Snada



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi


Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya


Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah


Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya


Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya
Subhanallah



Begitu jelas

begitu cantik

begitu terang..



Analoginya umpama menjawab soalan exam yang telah siap sedia dengan jawapan yang Maha Benar..

Tinggal pilih..



Dan aku adalah hamba Allah yang sangat kerdil dan hina yang masih dalam mujahadah yang sangat besar untuk memilih.. Allah ya Allah

Allah~

selalu

selalu!!

Terlupa untuk duduk sejenak dan berfikir

Kemudian memilih

Memilih jalan yang terbaik diantara dua jalan yang dah dibentang Dia





Aku mahu menembak diri ku sendiri..

Allahu Rabbi jangan Engkau biar kan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupon kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu





Alhamdulillah aku memilih untuk ulang menyelusuri kata-kata Allah yang ini bersama DS2 (duduk sayang-sayang) beberapa hari yang lalu



Supaya aku dan kami tidak lupa



Supaya aku dan kami selalu ingat



Mahu ditelan

Mahu dihadam

Mahu diimani



supaya lepas ini kita berusaha dan berusaha lagi

memilih jalan yang terbaik diantara dua jalan



''Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)''

(asSyams:7)



Allah meciptakan kita dengan cukup sempurna.. Fitrah didalam diri setiap manusia itu ada kemahuan kearah kebenaran dan kebaikan namun Allah beri kita peluang memilih untuk menuai kebaikan di dalam ladang keimanan atau menuai di dalam ladang kefasikan.



Jadi kita masih perlu memilih dan berusaha untuk memilih.. usaha kita itu nilaian Allah. Kita bertanggungjawab atas pilihan kita


''Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya''

(alMuddasir:38)



Menurut Sayyid Qutb ilham dan petunjuk itu sudah tersimpan didalam diri manusia masing-masing. Maka risalah dan unsur-unsur luar itu sangat perlu untuk membangkit, menajam dan mengasahnya.

Dan bagi aku unsur-unsur luar itu seperti usrah, majlis ilmu, teman-teman yang berbau wangi itu, huhu.. dll



Maka barang siapa yang mengguna pakai potensi-potensi (ilham dan petunjuk) dan diarah ke arah kebaikan maka dia akan beruntung manakala yang menganiayai dan menyembunyi potensi ini maka dia akan rugi



Dan setiap potensi ini hadir dengan pertanggungjawaban iaitu untuk sama ada mengembangkan ia diladang kebaikkan atau ladang keburukkan



Jadi kata sayyid Qutb ''JIWA SETIAP MANUSIA ITU BEBAS TAPI PUNYA TANGGUNGJAWAB''



Maha Baik Allah dan Maha Adil Dia yang sebenarnya telah mencurah hidayah kepada setiap jiwa.


Umpama turunnya air hujan membasahi setiap inci muka bumi Allah ni..

Kemudian terpulang kepada kita untuk menadahnya dan menggunakan air itu.

Atau dengan sombong membiarkan saja ia jatuh kebumi tanpa mengutip walau setitis pon.

(meminjam analogi ummi ina)



Allahu rabbi kami sangat takut

Takut terlebih memandang dunia yang sementara

Dan kurang memandang memandang akhirat yang kekal selamanya itu



moga tidak aku diuji dengan asyik cinta duniawa (kias cinta by Suhaimi)



Ya Rabb ingatkan kami lagi

Andai kami terlalai dan terleka lagi

ya Rabb jentiklah kami lagi

Andai kami terlupa dan terlupa



Mahu share satu ayat

Aku selalu tertembak dan ditembak-tembak dengan kata-kata Dia.

Islam itu adalah NIKMAT dari Dia yang terbesar untuk kita

Jangan pernah wahai ramlah engkau memandang remeh akan Ia

kerana



''Biarlah mereka mengingkari NIKMAT yang telah Kami berikan kepada mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui akibatnya''

(anNahl:55)



Aku sangat takut!dan akhirnya aku memaksa dan akan terus memaksa..asalkan Allah redha dgn usaha dan mujahadah ku ini.. astaghfirullah al azim

sabarla cik LaLa & (Lukman:12-19)




Tuang air 500 ml atas meja

Tisu lenyek dengan air masak golek-golek

Ramas merjerin satu taperware then tepuk-tepuk di dinding

Marjerin lenyek di atas meja

Baling tisu dalam pinggan nasi yang aku tengah makan

Tuang air atas sofa

Dan banyak lagi

hahaha

(entah kenapa mereka terlebih aktif tonite)


Ahmad Atif


Adlinatul Husna



Aduh! Tercabar cik lala mu ni wahai budak kecik!!

Ku mencoret ini selepas habis berceloteh dekat si kecil husna dan atif

Aku bebel kat husna,

Husna bebel kat aku balik.. Adeh~

pastu dah puas gaduh-gaduh

''cik lala nak susu'' huhu

Budak-budak sekarang memang bijak-bijak belaka

anak-anak dumex la katakan..



Memang naluri seorang perempuan mahukan anak

Memandang si kecil siapapun, pasti membuat seorang wanita terusik

Ingin dipegang

Ingin dibelai

Ingin dicubit pipinya

Ingin dimanjai



Namun begitulah..

Huhu bersama kemahuan perlu ada kesabaran

Kesabaran dan kesabaran

Haha aku aja pernah seminggu mengelamun mengimpikan seorang anak

Sedangkan kahwinnya aja belum

Gara-gara begitu ramai teman disekeliling pregnant lately



Jujur!

Begitulah naluri seorang wanita normal



Tapi itulah

Menjaga si kecil dua orang ini aja sudah sedikit mencabar kesabaranku



Bermimpilah kamu Ramlah

Bangun! Bangun!





Walaupon tiada berkaitan. Mahu share tentang nasihat Lukman kepada anaknya yang sangat famos yang telah Allah coret utk kita dalam kalamNya



(Surah Lukman: 12-19)


Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.



Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).



Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.



(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.



"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.



"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.



"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".



Allah Maha Baik. Memberi dengan selayaknya..pasti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...