Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

4/12/11

jalan berduri dan (7:26)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi aurat kamu, dan untuk perhiasan bagi kamu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik..(alA’raaf:26)


Aku mahu menjadi insan bertaqwa!!

Entah sejak bila aku mula sangat sangat sangat memasang azam ini.. Namun bukanlah semudah mnyuap kacang goring ke dalam mulut..


Lately sokmo menanyakan perihal taqwa ini kepada manusia-manusia disekeliling ku.. termasuk saudara-saudaraku.. bukan untuk mnguji adakah mereka cukup bijak dalam memberi definisi, tetapi sekadar mahu melihat bagaimana mereka memandang ‘’taqwa’’ itu.. atau mungkin tidak pernah terlintas untuk memandang. Dan jika tidak memandang, bagi aku itu NORMAL. Kerana sebelum ini aku juga tidak begitu melihat atau mengambil berat perihal taqwa ini.


Sehingga lately aku jugak agak mempoint to this word, terutama ketika menyelusuri ayat-ayat cinta Allah dalam tafsir ku.. hmmmmm aku mengeluh! Hmm mengeluh lagi.. payahnya. Malah aku rasakan seolah-olah jauh sekali mncapai darjat taqwa itu.


Kerana sejujurnya masih ada lagi karat-karat jahiliah dalam diriku. Berusaha untuk tidak menzalimi orang lain sehingga aku sendiri terasa dizalimi. Kekaratan yang amat!!!



Tapi,

Aku tetap mahu!


Dan kata-kata si Ubay bin Ka’ab inilah yang aku pegang sejak aku mula meneliti perihal taqwa dalam diri.

Umar bin Khatthab ra. pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab,''Apa definisi taqwa?

Ubay balik bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, pernahkan engkau menempuh jalan yang berduri?

Umar menjawab, ''Ya''

Ubay bertanya,''Lalu apa yang engkau perbuat?''

Umar menjawab,''Aku berhati-hati agar tidak menginjak duri dan memperhatikan langkah kakiku. Aku melangkahkan kakiku dan menahannya karena takut menginjak duri''

Ubay bin Ka’ab berkomentar, ''Itulah definisi taqwa''

Memandang definisi cantik yang disusun Ubay bin Ka’ab aku terasa yang aku masih perlu berhati-hati ketika berjalan, malah masih perlu menongkat diri supaya tidak terpijak duri-duri jahiliah itu yang bisa menjahanamkan taqwa ku malah juga imanku..

Takut!!!



Ibnu Mu’taz berkata,

Orang yang bertaqwa melepaskan diri dari dosa-dosa kecil dan besar

Hiduplah seperti orang yang berjalan di atas tanah berduri

Ia berhati-hati terhadap apa yang dilihatnya

Jangan meremehkan hal-hal kecil

Karena gunung terbuat dari kerikil



Nabi saw. berwasiat kepada Muadz bin Jabal saat beliau mengutusnya ke Yaman. Beliau bersabda, “Wahai Muadz, bertaqwalah kepada Allah dimana pun engkau berada. Susullah keburukan dengan kebaikan, niscaya ia menghapus keburukan tersebut, dan berinteraksilah dengan manusia dengan akhlaq yang baik.” (HR. Tirmidzi).



'' Jangan meremehkan hal-hal kecil ''

What do you think will it be?

Mungkin termenung seketika sebelum solat/ melambat-lambat kan solat?

Keep chating with nonmuhrim?

Keep watching television?

Sokmo dengar lagu-lagu melalaikan even nasyid?

Selalu berburuk sangka dan membeci sesame manusia.

Sokmo marah-marah dan tidak berfikir panjang.

terRiak? Takbur? Dengan keislaman? Dengan kecantikan? Dengan kehemsemman?

Sokmo terpandang aurat yang tidak halal bagi kita..

Selalu buat benda sia-sia

Membazir dan buang-buang masa? blablabla..

Ini hanya sebahagian. Dan aku yakin banyak lagi benda-benda dunia yang boleh merosak iman dan taqwa kita. Belum lagi meninggalkan solat, mengumpat, mengata, bercouple, berdating..


Waallahualam memang kita tak layak menilai taqwa.. tapi jika sebanyak ini dan setajam ini duri maka bagaimana mahu menilai ini sebagai taqwa.. masih hanya Allah yang Maha Berhak menilai..

Dan aku sendiri juga terjebak dengan beberapa kekaratan yang aku rasa sangat menggangu iman dan taqwa aku. Jadi masih berazam untuk meninggalkannya. Moge Allah aku menjadi dari kalangan hamba-hambaNya yang rugi..



Allah ya Allah aku ni masih hamba mu yang lemah,

tanpa rahmat, ampunan, kasih-sayang dan kebaikan dari Mu maka pasti aku termasuk dari kalangan hamba-hambaMu yang hina. Terima kasih kerana msih memegang kamiMu ini.

Memegang kami untuk ingat (zikir) kepadaMu.

Memegang kami untuk masih sujud menyembah (solat) Mu.

Memegang kami melalui kata-kata cinta (alquran) dariMu

Memegang kami melalui teman-teman kami yang masih mengingatkan kami.

Ingatkan kami andai kami lalai, leka dan lupa.

Allah ya Allah, kami hambamu yang selalu menzalimi diri kami sendiri.

Terus-terusan peganglah kami supaya dekat denganMu dan tidak melupakanMu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...