Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

11/27/12

SYUKUR- arRahman


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


A007


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'' (Ibrahim 14:7)







Melihat segala kebaikan.
Mensyukuri kesepadanan yang sudah dilukiskan.
Menyimpan segala keluhan.
Muhasabah atas kekurangan.
Menghargai bait-bait kedamaian dan ketenangan.
Kesejukkan dan kehangatan.
Sebenarnya terlalu banyak yang perlu disyukuri, terlalu banyak.


Alhamdulilahirabbilamin.


Agar engkau tidak lupa yang engkau pernah sangat berusaha belajar untuk bersyukur dan telah pernah punya rasa syukur akan nikmat besar ini.



Didiklah jiwa.




















To my little love, 
it was so simple..tetapi meninggalkan satu rasa yang besar dan berbeza. mempengaruhi duniamu dan seisinya..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
AdaMu by Najwa Latif
your mummy-(when you are 8 month in me)1245pm-281112 -iamm



11/22/12

Doa itu Nikmat

Untuk berdoa sahaja mujahadahnya sudah sangat besar. Maka, disitu saja Allah dah beri peluang bagi kita untuk mengumpul pahala.

Maha Baik.






''Dan Tuhanmu berfirman: ''Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina''

(40:60)

''Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)''

(27:62)

''Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran'' 

(2:186).


Apabila beribadah, beribadah dengan bersunguh-sungguh..
Apabila berdoa, doa lah dengan kesungguhan yang sebenar..

Wahai jiwa, sedarlah dari tiduran buai dunnia yang melenakan..
Bangkitlah dengan rasa payah atau mudah..
Mujahadahlah dengan muka tembok, malu tak terkata..

Kerana kehidupan disebelah sana itu pasti..
Pastinya kau tahu hakikat rugi yang kau sendiri takuti kan?
















little love letter..

oh my dear little love.. alhamdulillah now u r 31weeks in the world age counting.. i was so scare..imagine having u around, am i ready to full this task..am i? am i ready in bigger mujahadah in building u as the next khalifah.. i was so scare..oh Allah Engkau lebih tahu kezaliman ku malah berbanding diriku sendiri.. please protect this little caliph.. Jadikanlah dia manusia yang akan mencintai mu dengan kecintaan yang paling benar. kukuhkan iman dan taqwa dalam hatinnya Tuhan. kuluhkan dadanya dengan redha akan hidupnya dan limpahkan hidupnya dengan redaMu oh Allah.. redha dan diredhai..Allahu rabbi its a big gift.. U have choose us... having at least this 31 weeks, with such a very beutiful feeling.. please forgive us oh Allah for all the mistake.. atas kezaliman-kezaliman kami ya Allah.. atas lalai leka kami. atas nikmat-nikmat yang tidak akan habis dan mampu untuk kami syukuri...

To my little love, He is Allah.. a God of us.. the only creator. who creat u in me.. who build u in me.. who know u better than me. that's He. be grateful to Him.. Obey Him.. Love him.my dear pilihlah menjadi hebat dengan islam, dan pilihlah menjadi mulia dengan islam...my dear please forgive us . ur ummi and abi.. atas hak-hak kamu yang tidak habis kami penuhi.. atas masa-masa yang telah berlalu dengan rugi.. Kami hanya manusia biasa sayangku..kami tiada pernah berhenti dalam mujahadah untuk memandang ke akhrirat. doakan kami ye..

semoga Allah menyelamatkan kamu sampai kedunnia dan melaluinya walau buat sketika sebelum nanti kita sama-sama kan kembali ke sana.inshaAllah

your ummi
23/11/12
0843 am


11/7/12

Keluarga (84:13)







Aku masih ingat sedikit dari bait-bait kata ustaz yang rasanya dah berusia dua tahun dalam kotak otak ni.

Mukhayyam 2010..


''ujian sebenar kamu adalah NANTI, sekarang ni biasa-biasa lagi..'' kata ustaz


Dan kami diayun-ayun sekitar ayat-ayat cinta surah alMuzammil dan alMuddassir ketika itu..

(aku plak dok kuar masuk dewan masa tu sebab mengantuk sangat,kuikui..dapatlah seayat dua je)



''NANTI itu adalah bila kamu sudah berkahwin, berkeluarga, kamu sudah stabil berkerjaya dan berharta,  kamu sudah beranak-pinak''

''disitulah ujian sebenar'' kata ustaz

Walaupun masa tu mujahadah bagi diri aku ketika itu sahaja, sepertinya sudah tidak tertanggung lagi..



Jadi nya untuk menunggu NANTI yang diuwar-uwarkan leh ustaz..hemmm mengerikan..



Jadinya untuk aku yang selalu lemah dan tidak berdaya pastilah sangat takut untuk menghadapi kehidupan yang NANTI.. benar! takut!



Jadinya setiap langkah yang aku ambil menuju kearah kehidupan menghampiri NANTI aku susuli bersama niat-niat kerana Ilahi..Aku susun langkah berjaga-jaga dari luar, dari dalam, dari kanan, dari kiri.. Pada masa itu hanya aku yang merasai. Dengan Allah berada disisi. Dan aku hanya berharap agar aku akan selamat..selamat..


KINI,

Hari yang NANTI sudah berlegar-legar di sekitar diri ini..
Dan aku kira aku mampu.
Rupanya aku gagal.
Aku hilang dalam dunia.
Aku lupa untuk menyinggah kedunia sebelah sana.
Kerana letih dan putus asa, aku jadi berhenti dari berusaha.
Mujahadah tiada lagi dalam diri.
Aku jadi biasa-biasa.
Aku jadi redha dengan apa yang jadi dikanan-kiri.
Aku biar diri hanyut dengan ujian dan cubaan.
Aku memalaskan diri aku sendiri.


Inilah HARI yang aku takuti. Ia sudah sangat menghinggapi.


Aku menghitung hari yang diganti hari.
Aku menghitung minggu yang diganti dengan minggu.
Sehingga, aku menghitung bulan yang diganti dengan bulan.


Bila agaknya aku akan kembali bangkit menguatkan diri ini.
Menggagah semangat mujahadah membela iman dan taqwa dalam diri.


Sehingga satu bait dari surah alInsyiqaq tertembak dalam diri. Dan aku terus menggali untuk mencari rasa takut atasnya. Agar aku bergerak, agar aku tidak tunggu dan terus menghitung lagi. Aku tidak mahu bulan itu diganti dengan tahun yang berganti tahun.



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Apabila langit terbelah,
A002
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
A003
Dan apabila bumi diratakan,
A004
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
A005
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
A006
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
A007
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
A008
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
A009
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
A010
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
A011
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
A012
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
A013
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya!
A014
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
A015
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
A016
Maka Aku bersumpah, demi mega;
A017
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
A018
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
A019
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
A020
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
A021
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
A022
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
A023
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
A024
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
A025
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.




Keluarga boleh menjadi faktor kefuturan diri. Bukan asbab keluarga itu sendiri..Tetapi adalah diri sendiri yang apabila disisi sentiasa ada somebody, kita jadi lupa meletakkan kebergantungan kepada yang paling berhak dengan hak yang hakiki, iaitu Ilahi..


Sehingga ke hari ini.


Tsumma alhamdulillahirabbilalamin
Biiznillah, aku masih berusaha, bersama insan yang terutama kini iaitu si dia yang tercinta yang tidak pernah jenuh memberi semangat.


InshaAllah.


Jazakillahkhaer atas doa-doa manusia yang tidak pernah putus. Semoga aku terus tsabat!

8/7/12

alADIYAT pinjaman untuk kami.



Buat pertama kalinya aku menaiki alAdiyat beberapa hari lalu. Dengan en. suami memandu disebelah..  menadah tangan memulakan perjalanan..alhamdulillah..







alAdiyat (terngiang-ngiang sejak beberapa minggu lalu..sehingga kini)

............................................................................................................

''jangan lupa sujud syukur'' pesan mak 

Membuat hati yang terasa sebam kembali mengingat bait-bait alAdiyat yang menyentuh kalbu menembak jiwa yang terasa bongkak dengan dunia dan seisinya.

Menembak jiwa yang sibuk menghitung-hitung dunia dan seluruh isinya.

Menembak hati yang melihat itu dan ini, mengeluh kecil dengan yang itu dan ini..

Allahu Allah..

......................................................................................................

Ya. kami jarang sekali dapat merasa dudukan empuk yang terlindung dari hujan dan terelak dari petir dan terjaga dari asap-asap yang menyakitkan hidung lantas menyerang sampai ke kepala.. 

Kami memang sedikit susah..
Kami memang merasa sedikit payah..

Malah aku sendiri penah rasa cemburu dan iri hati akan orang sekelilingku yang selalu saja mudah memilikinya, tapi aku, kami dan keluarga kami yang susah ini merasakan ia kemudahan yang payah untuk dikecapi..

Tapi tidak mengapa.. itulah yang membuatkan aku, abang-abangku, emakku, adikku dapat merasa nikmat rasa susah, rasa payah, rasa berdikari yang jarang-jarang dirasai oleh kebanyakkan orang :) 

Alhamdulillah yang besar disitu! (ketawa riang..hehe)

Aku bersyukur dengan itu.. kami alhamdulillah tidak pernah selalu mahu mengeluh..

ok je with it ^_< hik!

............................................................................................................

Sudahkah kamu habis beriman dengan dengan bisikan-bisikan alAdiyat dari Allah. Mungkin sudah habis ditaddabbur, sudah habis diolah, sudah habis dihafal..tapi benar-benar sudah berimankah dengannya?

Untuk diriku, aku kira tidak..

Oh Ramlah! T_T..(menangisi diri sendiri)

Oleh kerana selalu lupa.
Selalu lupa..
Selalu lupa..

Aku memilih meletakkan tunggangan baru kami (aku dan en suami) dengan nama alAdiyat.

Ku harap bait-bait alAdiyat akan selalu membuat aku kembali sujud pada Dia. 

Kembali mensyukuri segala apa yang diberi Dia.

Kembali merenung dan memuhasabah akan segala dan semuanya..

Yang besar disyukuri, yang kecil disyukuri..

Bismillah..






 Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang 

nafasnya,



 Serta mencetuskan api dari telapak kakinya





Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,





 Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,





Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;





Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.





 Dan sesungguhnya  dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya.





Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.





(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana 


keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?




 Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?





Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang 


(balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.



Antara asbabun nuzul (sebab turun surah) adalah untuk mengingatkan orang-orang Arab jahiliah yang sibuk dengan kuda-kuda masing-masing. Dibelai, dihias-hias, diangkat-angkat. Yang mana telah menjadikan mereka lalai dengan dunia dan tak mahu memandang kepada Tuhan yang menciptakan kuda itu sendiri..Mereka bongkak dengan kuda-kuda mereka, merasa hebat dengan kecantikan kuda-kuda mereka, merasa bangga dengan kehebatan dan ketangkasan kuda-kuda mereka.



Sehingga Allah sound mereka, ''Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.''  Dan sesungguhnya  dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya.Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan''


Kerana yang memberi itukan Allah?kenapa nak sombong dengan sesuatu yang bukan milik kamu tetapi hanya dipinjamkan kepada kamu?


Tidakkah sekarang kita patut rasa YA memang alQuran sangat valid sehingga ke hujung dunia?


Bukankah sekarang ada yang masih memandang darjat dengan melihat tahap kereta? Meletak rasa hormat dan hebat atas kereta yang dipandu.. Kita berlumba-lumba untuk mendapatkan kereta  paling besar dan canggih untuk ditayangkan pada dunia (hoyeahhh!!! macam sangat hebat disitu). Memandang kerdil akan mereka yang memandu kereta-kereta biasa?


Bukankah itulah mind set kebanyakkan dari kita?



Allahu Allah ampunkan kami atas lalai dan leka kami.. kami tertipu dengan dunia.

Maafkan kami jika kami terlalu mengejar-ngejar hartaMu sehingga melupakanMu.

Maafkan kami andai kami melebihkan duniaMu dari akhiratMu.

Maafkan kami andai kami terlupa untuk sujud mensyukuri nikmat-nikmatMU.


Ingatkanlah kami ketika kami alpa, lalai, leka dan lupa..
............................................................................................................


Kata-kata en suami juga telah tertembak atas aku:

Jangan lupa doa supaya kereta ni xde masalah.
Jangan lupa Allah yang menentukan rezeki kita, so kalau rosak ke, jahannam ke semua itu tergantung pada Allah, bukan kerana kecanggihan atau ketidakcanggihan ciptaan kereta ni semata-mata.
If Allah said ada rezeki kita untuk kereta ni bertahan sampai bila-bila,, so it will happen as what He order..




Oh Allah! its just a BIG THANK YOU!! a BIG ALHAMDULLILLAH atas pinjaman tunggangan ini kepada kami. We will keep in mind that its wasn't belong to us but its YOURS.. alAdiyat ini bukan kepunyaan kami, tetapi milik Mu ya Allah. Alhamdulillahirabbilalamin atas pemberian ini.


Moga ia melajukan kami dalam amal kami, 
Melajukan kami dalam iman kami, 
Melajukan kami dalam syukur kami, 
Melajukan kami dalam tarbiah diri kami.


............................................................................................................

muhasabah mode~

Ramlah.
Ampang..
080812







































little love letter:

To my little sayang, we are deciding this because we are hoping for you to deliver safely into this world. yang menunggu denga penuh duri yang menduga dan menguji.. yang kadang meletih dan melelah..yang hanya pandai memperdaya..Moga Allah, Tuhan kami dan kamu meredhai langkah-langkah kami, moga Allah menguatkan kami atas urusan kami when you are around sayang. Moga Allah melimpahkan rezeki penuh rahmat atas kami juga kamu.. moga Allah melindungi kamu which is a big nikmat for us dear.. Please listen to Allah when you are around. Obey Him better than us. Listen to Him better than us.. Menjadi hamba yang redha akan Dia dan diredhai Dia. Kerana kamu my little sayang wasnt belong to us..but HIM.. kamu hanya dipinjamkan atas kami. Menjadi alat untuk kami mendekati dan mentaati Dia.. Menjadi ujian untuk kami mensyukuri atau mengingkari..

with love, your mum insyaAllah




7/19/12

Pertemuan DUA ke TIGA inshaAllah.. Maryam 96

Bismillahi biiznillah,

Aku nak post ni tapi aku malu. 
Tapi macam nak post jugak.. (tapi tetap malu)



...its just...


To my dear husband,


               Happy anniversary of 3 month & 12 day of our akad!



Semoga inshaAllah diawalnya telah barakah.. dipertengahannya dilimpahi dan mampu diusahakan supaya inshaAllah barakah.. dan pengakhirannya selamanya barakah.. Allahumma amin
(edit ayat mum hehe)






































































love notes:
Assalamualaikum, now u are here my little sayang.. Pernah meletak harapan menggunung tinggi ingin sungguh merasa kehadiranmu dalam jasadku. Menitis air mata merasa nikmat dunnia yang telah lama ku harapkan ini, iaitu kamu sayangku. Tiada kata terkata, tiada kata terlafaz atas nikmat agung yang mana mungkin mampu aku dustakan. Yang tidak pernah aku sangka telah diberikan. Oh Allah its just more than just thank you and sorry too atas kezaliman dan kekhilafan hamba. Dear my little sayang, you are 13 weeks years old in the world counting. Moga Allah melindungimu melebihi dari lindungan Ia kepada kami. Moga Allah melimpahi taqwa dan hidayah kepadamu melebihi dari yang dilimpahiNya kepada kami. Moga Allah memberi selamat kepadamu kedunia justeru keakhirat kelak. InshaAllah..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...