Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

12/20/18

Putus

Aku telah putus dari semangat dan kekuatanku.

Aku benar-benar membiarkan masa berlalu dan terbuang.

Mana mungkin tidak aku sedari bahawa setiap saat ini akan dituntut kelak.

Mana mungkin tidak aku sedari bahawa aku akan dipersoal bagaimana saat-saatku dimanfaati.

Namun aku benar-benar dirundung rasa rasa malas.

Dirundung bingung yg panjang tidak bertepi

Dirundung letih resah bersama tanda soal bilakah semua keletihan ini akan berakhir.

Dengan kebahagiaan mungkin?

Atau mungkin dengan satu kerehatan yg panjang yg sangat didambakan? Namun pasti disesali.




12/17/18

Ujian tidak pernah habis.

Hujan lebat turun magrib ini.

Bersama khabar ujian lagi yang tidak pernah habis.

Aku benar-benar cuba move on dengan ujian ini.

Menzalimi diriku sendiri dengan melupakan, mengabaikn, memadam memory mereka dari dotak fikirku.

Ku kira ku mahu menyambung tenang magrib ni.

Malangnya aku belum pekak untuk tidak mendengar.

Hatiku belum belum benar-benar keras untuk tidak tersakiti.

Air mata mengalir laju. Dan aku menangis bersama hujan dan menzalimi lagi diriku.

Aku benar2 menangisi rasa marah ini. 

Dan kali ini akut ak mampu menahan hatiku dari berdoa.

Doa yg zalim untuk orang-orang yg telah menzalimi aku dan kami untuk kesekian kalinya.

Semoga kau diuji merasa seperti rasa kami, dalam apa bentuk jua yg Allah sukai.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Padamkanlah luka ini ya Allah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...