(special post yang dituju tepat untuk menembak diri ku sendiri) dush! dush!
Dalam hidup kita selalu diberi dua pilihan. perasan x?
Dan setiap dua jalan itu selalunya atau fitrahnya pasti adalah hanya diantara dua ni:
1)jalan yang memupuk iman justeru membawa kepada ketaqwaan
2)jalan yang menghakis iman justeru membawa kepada kefasikan
Jujur!
Allah sangat mengetahui betapa sebelum ini aku sudah penah sangat menderita ketika didatangi dua jalan yang sepertinya
kedua-duanya sama cantik,
sama baik..
sama penting..
malah pernah selalu salah memilih gara-gara tidak cukup beriman dengan ayat ini
''Maka Dia mengilhamkan kepadanya JALAN KEJAHATAN dan KETAKWAAN''
''Sungguh BERUNTUNG orang yang MENSUCIKAN jiwa itu''
''dan sungguh RUGI orang yang MENGOTORInya''
(asSyam:8,9,10)
Dan bila sebut tentang surah asSyams pasti semua akan menyahut
''ye saya tahu lagu itu!!!'' ALLAH!!!
(Mashaallah mashaallah..cantik)
Demi Matahari by Snada
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya
Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya
Subhanallah
Begitu jelas
begitu cantik
begitu terang..
Analoginya umpama menjawab soalan exam yang telah siap sedia dengan jawapan yang Maha Benar..
Tinggal pilih..
Dan aku adalah hamba Allah yang sangat kerdil dan hina yang masih dalam mujahadah yang sangat besar untuk memilih.. Allah ya Allah
Allah~
selalu
selalu!!
Terlupa untuk duduk sejenak dan berfikir
Kemudian memilih
Memilih jalan yang terbaik diantara dua jalan yang dah dibentang Dia
Aku mahu menembak diri ku sendiri..
Allahu Rabbi jangan Engkau biar kan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupon kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu
Alhamdulillah aku memilih untuk ulang menyelusuri kata-kata Allah yang ini bersama DS2 (duduk sayang-sayang) beberapa hari yang lalu
Supaya aku dan kami tidak lupa
Supaya aku dan kami selalu ingat
Mahu ditelan
Mahu dihadam
Mahu diimani
supaya lepas ini kita berusaha dan berusaha lagi
memilih jalan yang terbaik diantara dua jalan
''Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)''
(asSyams:7)
Allah meciptakan kita dengan cukup sempurna.. Fitrah didalam diri setiap manusia itu ada kemahuan kearah kebenaran dan kebaikan namun Allah beri kita peluang memilih untuk menuai kebaikan di dalam ladang keimanan atau menuai di dalam ladang kefasikan.
Jadi kita masih perlu memilih dan berusaha untuk memilih.. usaha kita itu nilaian Allah. Kita bertanggungjawab atas pilihan kita
''Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya''
(alMuddasir:38)
Menurut Sayyid Qutb ilham dan petunjuk itu sudah tersimpan didalam diri manusia masing-masing. Maka risalah dan unsur-unsur luar itu sangat perlu untuk membangkit, menajam dan mengasahnya.
Dan bagi aku unsur-unsur luar itu seperti usrah, majlis ilmu, teman-teman yang berbau wangi itu, huhu.. dll
Maka barang siapa yang mengguna pakai potensi-potensi (ilham dan petunjuk) dan diarah ke arah kebaikan maka dia akan beruntung manakala yang menganiayai dan menyembunyi potensi ini maka dia akan rugi
Dan setiap potensi ini hadir dengan pertanggungjawaban iaitu untuk sama ada mengembangkan ia diladang kebaikkan atau ladang keburukkan
Jadi kata sayyid Qutb ''JIWA SETIAP MANUSIA ITU BEBAS TAPI PUNYA TANGGUNGJAWAB''
Maha Baik Allah dan Maha Adil Dia yang sebenarnya telah mencurah hidayah kepada setiap jiwa.
Umpama turunnya air hujan membasahi setiap inci muka bumi Allah ni..
Kemudian terpulang kepada kita untuk menadahnya dan menggunakan air itu.
Atau dengan sombong membiarkan saja ia jatuh kebumi tanpa mengutip walau setitis pon.
(meminjam analogi ummi ina)
Allahu rabbi kami sangat takut
Takut terlebih memandang dunia yang sementara
Dan kurang memandang memandang akhirat yang kekal selamanya itu
moga tidak aku diuji dengan asyik cinta duniawa (kias cinta by Suhaimi)
Ya Rabb ingatkan kami lagi
Andai kami terlalai dan terleka lagi
ya Rabb jentiklah kami lagi
Andai kami terlupa dan terlupa
Mahu share satu ayat
Aku selalu tertembak dan ditembak-tembak dengan kata-kata Dia.
Islam itu adalah NIKMAT dari Dia yang terbesar untuk kita
Jangan pernah wahai ramlah engkau memandang remeh akan Ia
kerana
''Biarlah mereka mengingkari NIKMAT yang telah Kami berikan kepada mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui akibatnya''
(anNahl:55)
Aku sangat takut!dan akhirnya aku memaksa dan akan terus memaksa..asalkan Allah redha dgn usaha dan mujahadah ku ini.. astaghfirullah al azim
No comments:
Post a Comment