Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

11/11/21

Dapur ikea tak siap?

Fuh tajuk. lain maciammm.

Cerita pasal dapur. Semua perempuan nak dapur lawa. masak tak masak lain citer ye tak anak2? hahahha

Kalau tanya umi apa favourite subjek umi. mestilah umi jawab chemistry ye tak. Dah hidup chemistry, cari makan dengan chemistry. Bakal mati pun sebab telan banyak sangat chemical. (Eh thats too much! hahahah)

Idoklerrr minat sangat chemistry pong. Umi just dilorongkan saja disitu... Tapi sekarang subjek kegemaran umi adalah home deco! (itu diaaaaa)

hahahaha

Tapi rumah umi tidak di decor ye anak2. tidak. Kita golongan marhainnn bersyukur dengan apa yang Allah beri. Berayukur juga dengan apa yang Allah tidak beri. Both!

Guess why? Mungkin Allah tak beri tu sebab, kalau Allah beri kita jadi zalim dengan diri sendiri. please remember that.

Sebelum masuk rumah yabg direzekikan Allah kepada keluarga kita. Mak kau ni dah khatam buku katalog ikea tu (ni tipu). Tapi nak katanya memang dah plan itu plan ini. Eh bukan plan. silap. berangan. just berangan hahahhaha.

Ada plan nak dapur gini, ruang tamu gitu. bilik tidur gini. tandas gitu. Im just happy enaugh with all the angan2. Tak jadi kenyataan pun takpe (yeke takpe?🤣)

Dapur kita yang almost 80% ikea. (balance kayu umah nenek yah yang abi umi kerjakan jadi kitchen cabinet ada disebalik kain tu haaaa🤣)

btw umi cuma pilih yang murah dan affordable sahaja. Yang mahal2 tu takpelah tengok jela hahaha. kenapa ikea? sebab cantik. itu je... i always said this whenever people come to our home dan tegur wahhh kayaaa ikea.

Sebenarnya murahje. kena rajin survey, baca, compare, study. tahu kah ikea punya barang lebih kurang sama je dengan luar. bezanya dia lebih cantik. plus kemas sikit...plus sejuk mata memandang sikit! especially all yang white in colour. i just love it so much! 

Hatta penyapu pun umi beli ikea sbb its off white color. harga pun sama je dengan luar ( u did survey? 😱yes i did, told you this is my favourite subject😬)

Tapi dapur ni tak siap pun.. Tak dapat pun dapur yang umi "angan2" tadi tu. No proper kitchen cabinet pun. Semua kayu2 yang umi abi diy je) lepas bubuh alas tikar tebal settle jadi dapur.

Haaaa tapi gil* kau tak bersyukur. At least umi bukak paip ada air. nak makan ada meja makan. nak simpan makanan ada peti ais.Eh nak makan pon ada makananlah. Orang kat luar negara masih ada yg angkut air sungai untuk masak. masak pun kayu arang lagi. makan pun atas lantai.

Berani kau nk demand macam2 lagi? (malu beb. malu kat Allah)😭😭😭

So Iam just happy and even sangat malu dengan Allah atas nikmat dapur yang Allah dah bagi pada umi. Cukuplah tu...tak payah gatai nk kitchen cabinet bagai umi. Bersyukur!

(Btw dapur ni mix and match sendiri. takde proper kitchen cabinet pun)

Dan baru-baru ni plak Allah uji umi sinki kita rosak setelah hampir 4tahun dia berkhidmat. Terpaksa tadah air buang, tadah dan buang. Umi tak berani nak mengeluh pada abi. Nak push2 abi... Cukup lah umi bersabar dan fikirkan orang yang jauh lebih susah dari umi.. orang luar negera tu yang jangan kata dapur. makanan nak makan pun takde😭. Sabar tunggu abi repair kasi elok balik.

Bersyukur dan dah tersangat malu pada Allah. Especially apabila nikmat yang Allah beri tidak menambah iman kita pada Allah. malah membuat kita lalai lagi adelah. nauzubillah!

Jadi sekali sekala Allah uji sikit tu bukan apa. supaya kita bersyukur hatta atas nikmat sinki pun. Sebab bila sinki rosak baru kau tahu susah yerrr...gitulah putaran hidup. yg sementara... 

Umi
bertam impian
10:19am
Friday 12112021



Tandas🙄

Apa punya tajuk entry dah.

Dilahirkan dalam keluarga kampung yang biasa2.

Umi bukanlah pembersih mana, pengemas mana. "biasa saja"

Tapi tetiba kahwin dengan abi hatta seketul nasi jatuh pun abi cari. setitis air manis pun abi akan lap tak boleh biar je.xde kompromi. hatta takde sepah pon kena lap lepas makan. Anak2 pon dah faham. Makan sepah is a no no no. Kadang umi yang stress sambil makan sambil dengar abi bebel mulut atas pinggan. mulut atas pinggan. kutip tu. kutip ni. 

Lepas kahwin disebabkan my in law punya family ada standard kemas dia sendiri umi jadi ter train untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Mungkin lah sbb tu secara tak langsung umi tak sesepah dulu🤣 Haaa gitu.

Kemas standard ada anak kecik lah. Rumah sepah sesepah sepahnya. tapi at the end of the day kena clear bersih.

Kadang2 rasa kejam jugak sebab kadang2 anak2 masih nak main ( means kasi terabur semua mainan je ponggg) Tapi umi tetap simpan sbb tak nak sakit mata.

Sebelum abi balik semua kena kasi clear. Dan alhamdulillah segala puji bagi Allah. Abid dan Yusra dah pandaikan clearkan mainan sebelum umi menyingaaa🤣 alhamdulillahirobbilalamin

Tapi sejak ada Hadi umi kena kawal emosi. budak nak besar rumah memang sepah. kena cool down kan mata. relax je tengok semua sepah. budak  nak belajar dia kena main kena sepah. terima hakikat tu. hahhaha

 Tapi macam biasa at the end of the day sila kemas kasi clear ye anak2. bukan umi yg kemas. kalian yg kemas hahahha. Kakak abang jadi mangsa hadi punya pasaiii.

depan dia kasi tuang, belakang dia kasi tuang.. main jangan tak main.huhuhu...

Kalau dulu satu kepantangan dalam rumah ni makan jalan2 ye.. a big no!

Tapi sejak ada hadi silakan...huhuhuhu..
Gitulah cerita rumah ada ank kecik. kalai ikutkan hati merana tengok sepah2. tapi kena belajar cool down dan terima hakikat.

Dan penyakit terbaru umi yang umi belum berjaya cool down adalah tandas umi🤣

Tandas yang putih bersih adalah penyejuk hati umi. Tandas? yerrr tandas. Kena putih clear bersih. Over nau kan umi.

Kengkonon nak kasi anak main water color. Sekali hamik color di celah2 tidak berjaya dihilangkan oleh apa2 pun. gosok, segala mak nenek sabun, beruih, sental, clorox..its just dont work!

I  am dead. sebab penyakit tadi tu. masuk tandas nampak macam ada daki padahal tahu benda tu just water color makcik!

But still what is wrong with me. Umi bukan ada penyakit OCD dsb pun. Tapi i just cant.

This is what end up me doing utk avoid nampak macam daki. make it even more colourful. i donno benda ni gonna work or not. just try my luck.. 

Hasilnya adalah sikit colourful dari sebelum ni sikit sini sikit sana yang nampak macam daki.

Semua ni sekadar penyakit yang merepek. Umi shoud just cool down my self. Talde toilet yang perfect dalam dunia ni. hatta toilet hotel pun berdaki. apa yang melampau sangat melayan perasaan, emosi merepek ni kan.

itulah cerita tandas umi semasa kalian nak membesar. sanggup umi korbankan demi kalian tau. Take good care of my tandas in future ok!

Umi
Bertam impian
8:58pm
(11.11.2021)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...