Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

9/27/20

outing day

Umi tak tahu orang lain, tapi umi sgt mencintai hujung minggu. Sangat sangat sangat. Bagaikan anak sekolah menanti cuti sekolah gitu. Tapi bukanlah kerana cuti tapi lebih kerana jadual dihati cuti tidaklah begitu hectic as weekdays.

Minggu ini abi ada jemputan walimah. And guess what? this is our 1st walimah for the year of 2020. wow! PKP, PKPB, PKPD, PKPP punya pasal. Hihihi lagi2 umi kau ni spesis paranoid nak oi. Sebelum PKP lagi ummi dah mengelak pergi jemputan walimah. Terpaksa. hihihi

semua dah siap sedia nak pergi kenduri kahwin.
Hei anak soleh sedap sangat ke kaki tu. hahahha apoooola!Sebab lapar sampai makan kaki, abi beli bekal untuk hadi. Nasi goreng cheese dekat familymart. Favourite Hadi ni. Separuh hadi makan. Memang sedap. Nasi dengan cheese memang pelik. But this one memang delicious.
Gitu jelah perjalanan hari Sabtu kami.
Tepat sebelum zohor kami dah balik.

Esoknya pulak dipagi Ahad yang indah seperti biasa memang takde plan nak keluar. Semua ank2 umi dah bangun pagi2. Morning personlah orang kata. Bukan tak pernah cuba nak lepak2 relaks2 sambil menikmati tidur selepas subuh dihari minggu, namun malangnya mata masing2 dah besaqqqq tak boleh tutup balik. Kalaupun tertidur nanti bangun mesti wengweng kepala umi. Abipun gitu.

Jadi pagi2 umi rebus jagung untuk breakfast anak2. Sambil baca buku dalam bilik. Abi pun dengan buku abi. Abid dengan buku abid. Hadi dengan mainan. 

Tiba2 eh macam bosan plak pagi ni. Umi dengan tak semena2 tercakap boringgggnyaaaa... hahahhaa

Abi pun terus ajak pergi breakfast kat warung che'la... ada murtabak favourite abi dekat situ. murah sedap besar. Umi pun setuju tapi dengan syarat tapau sebab mesti ramai hari ahad ni. paranoid paranoid hahahah. Kita tapau dan picnic tepi pantai. hoyeahhhh.

Teruslah masing2 bersiap. Bukan main lagi anak dara solehah umi ni dengan spec love2 dia ye. 

Tapau sekali buku yg kononnya nak baca tepi pantai. kononnyelah..
Dalam perjalanan melilau mata nak cari tikar buat alas so bolehlah lepak sambil baca buku. Malangnya keluar terlalu awal banyak kedai tak bukak lagi.

Takpelah dah cakap, kalau takde tikar kita lepak atas tembok jela.

Jadilah picnic beralas tembok ditepi pantai yang indah. mashaAllah mashaAllah
model tak berbayar harini makyam kita ye. Photographernye abang abid soleh. Umi pun ye jugak.


Lepas kekenyangan bedal roti canai, abi belanja aiskrim favourite umi plak. lama tak makan aiskrim keting2 ni. siapa faham, fahamlahhhh hahahaha. Our 1st aiskrim keting2 for the year of 2020 hahahha. whattt??!!!!! hahaha
Gambar kayu ni dari hp abi. Abi kata macam ni baru hebat. Iyolaaaaaaa bi.

Settle makan umi pergi beli buah dukong. tapau buah dukong 6kilo. 3kilo untuk bawa pergi ziarah atok nenek sekejap sebelum balik rumah.

Dekat rumah atok abid yusra hadi dapat hadiah dari pakcik (abang abi)
settle lepak2 rumah nenek, kamipun gerak balik. otw balik singgah kedai cari tikar. tak boleh jadi ni. Tikar takde susah nak lepak chill2 tepi pantai. Bertemu jodoh dengan tikar harga 22ringgit di kedai 2ringgit hahahaha

jadiklah ye tak. Dari takde. hihihi

Ngam2 nak zohor terus balik. Namapun morning person. Lepas zohor memang layu nak lepak rumah je dah masing2. hahahaha

Begitulah weekend abid, yusra hadi dengan makpaknya.

alhamdulillahirobbilalamin. Allah memberkahi ummi dengan kehidupan sederhana yg sebenarnya nikmat yg lebih dari patut umi syukuri. Jangan compare kehidupan kita dengan orang yg lebih atas dari kita. Dengan orang yg weekendnya bercuti dihotel2 fancy, sarapan di restoren2 mewah. Nanti kita merana, menderita, mengidam yg bukan2 dan macam2.

Cukuplah sekadar membezakan dan memandang yg jauh lebih susah dari kita. Agar kita jadi bersyukur, malah malu untuk tidak bersyukur. Malu dengan nikmat yg sebenarnya terlalu banyak ini. Maluuuuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...