Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

11/8/21

ehsan suami isteri.

Entah kenapa this writing ada dalam draft dan tidak dipost. I guess I wrote this dimasa hati umi jatuh dek bisikan syaitan zaman umi bekerja dulu kot.

Tapi kini tidak lagi. Umi hanyalah surirumah sepenuh masa. But this somehow do touch my heart walaupun umi sendiri yang tulis. Hahahah apedaaa...
(seketul isteri yang menyebuk di ofis suami sebab dia telah kehilangan kerjayanya kerana suaminya enggak sanggup berpisah dengan dirinya. Berhenti kerja sebab kekasih hati cewahhh...boleh cayake🤣)

So I should post it lah kan. Cerita mujahadah isteri bekerja. Yang tak bekerja lain pulak mujahadahnya. Nantikan cerita panjang lebar mujahadah umi mu yang tidak bekerja ini. cet.
. . . . . . .
Ehsan seorang isteri bekerjaya.

Bukan sekadar keluar mencari rezeki seawal pagi dan pulang dilewat-lewat hari..
Tetapi berkorban membanting letih fizikal ..
Membanting letih emosional ditempat kerja..
Menolak tepi emosi sedih dikala berpisah dengan anak-anak ..
Menolak kerisauan dan gundah gulana serta terpaksa menanam tawakkal tatkala menghantar anak ke rumah pengasuh..
Menolak tepi rasa rindu mendalam anak-anak tatkala ditempat kerja..
Menolak titis tangis air mata tika anak-anak menangis tidak mahu berpisah dipagi hari..
Mengorban waktu bermain bersama anak-anak..
Menolak tepi rasa letih dikala pulang kerana mahu mengurus suami dan anak-anak pula..
Mengorbankan hak paling utama iaitu hak mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri..
Mengorban rehat panjang dihujung minggu kerana mengemas mana yang tidak terkejar dihari bekerja..
Mencuci, memberus tandas dan bilik mandi supaya bersih dan selesa untuk digunakan suami juga diri sendiri..
Memvacumn, mengemop dan mengemas rumah supaya sejuk mata untuk dipandang suami dan diri sendiri..
Melipat kain dengan kemas dan cantik supaya  sejuk mata untuk dipandang suami dan diri sendiri..
Menggosok baju suami supaya suami gembira bila nak pergi kerja baju sudah kemas tergosok..
Memujuk anak-anak bila datang waktu mereka mula menangis, merengek tanpa henti..
Melayan anak-anak untuk bermain ..
Menyusukan anak-anak bila mereka haus..
Mengepam susu diofis untuk memaksimakan penyusuan terbaik untuk anak-anak juga dapat berjimat dan menjaga harta suami..
Menahan sakit belakang waktu menyusukan anak dan waktu mengepam lagi..
Menahan lenguh kaki berdiri sejak diofis dan bersambung dirumah lagi..
Menukar cadar, mengemas sana sini..
Membasuh kain, menjemur dan mengangkat semula untuk dilipat..
Menyusun pinggan mangkuk di rak..
Mengemas almari baju, almari pinggan mangkuk, almari dapur..
Membasuh botol susu anak, mensteril, menyusun lagi..
Mengemas mainan anak-anak.
Menyediakan makan untuk bekalan anak-anak dirumah pengasuh..
Menyediakan sarapan dan bekalan makanan untuk suami ke pejabat..
Menyediakan makan malam suami..
Bersabar menghadapi bisikan syaitan yang cuba mencucuk keluhan, keletihan dari setiap arah kanan,kiri,depan,belakang,atas,bawah.

Banyaknya pahala si isteri dalam melaksana tanggungjawab disamping bersikap ehsan terhadap suami.

Dan tiada isteri yang tidak seronok dalam melaksanakan semua tanggungjawab ini semata-mata demi mendapatkan keredhaan Allah juga mendapatkan balasan kasih sayang dari suami.

Namun bukan mudah untuk si isteri menerbitkan keikhlasan yg didambakan oleh pihak suami.
Walau keikhlasan itu sangat halus dan hanya menjadi rahsia antara Allah dan hambanya.

Jadi suami bersikap ehsanlah terhadap isteri kalian. Bantulah isteri anda dari sudut dan celah mana pun yang kamu mahu, mampu dan sukai. Asal isteri mu berbahagia.

Jika tidak mampu untuk membantu, kuatkanlah diri kalian dalam memacakkan doa2 kalian. Doakanlah isteri kalian kuat menghadapi ujian menjadi isteri. Terutamanya ujian bisikan syaitan durjana. Kerana ia bukan mudah. Amat payah.

Juga, maafkanlah isteri anda atas hilang kelembutannya, atas muka masamnya, atas merajuknya yang berjela-jela, atas bebelannya.

Berilah dia ruang, peluang dan masa mendidik dirnya menjadi isteri solehah penghias dunniamu wahai para suami.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...