Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

11/8/21

Disisinya si dia.

Dia disisi aku sudah hampir 10 tahun.

Yang paling buruk pada aku hanya pernah dilihat dia. Yang paling hina pada aku juga hanya menjadi rahsia dia.

Dia disisi aku menjadi teman ketawa, gelak, menangis, muram, rajuk, bahagia, sengsara dan segala perasaan yang ada wujud dalam dunnia ini.

Aku selalu letih menentukan dalaman diri. Berperang dalam diri sendiri. Menjaga emosi yang kadang kekanan kadang ke kiri. Semuanya terlalu letih. Sehingga andai kata bunuh diri itu halal. benar kataku ini, aku mungkin dah lama pergi untuk merehatkan diri.

Tapi kau bayangkan bagaimana dia boleh tahan duduk disisi. dia ketawa masa aku ketawa. dia diam masa ku menangis. dia bahagia masa aku bahagia. dia diam masa aku derita. dia senyum masa aku senyum dan dia diam masa aku masam. 

Dia duduk disisi atas sabar yang Allah beri. Aku tahu itu. Aku mohon moga Allah tidak mengangkat dan menghilangkan sabar yang Allah beri pada dia.

Sehingga kehujung nafas aku. Menjadi pendengar setia, pemujuk diri, pendamai hati.

Moga Allah balas kebaikkan kamu dengan syurga tanpa hisab.

Bersama dia hampir 10 tahun YA ujian ku banyak menggunung. Habis amarah, air mata, sabar ku hilang, akhlak ku punah kerana kebersamaanku dengannya. Tetapi diri dia itu sendiri terlalu bernilai sekurang-kurangnya pada diri aku untuk aku lepaskan demi secebis ujian dunia yang Allah dah tetapkan untuk dia yang lantas menjadi ujian kami bersama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...