Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

7/17/12

re-kill by (9:41)


Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(9:41)






Sejak tiga tahun yang lalu
aku mencari ini dalam hatiku..


Mendengar kisah sisters yang berjuang bertahun-tahun..
Istiqamah dan mentsabat kan diri mereka secara sengaja atau tidak sengaja.
Melangsai dan melaksana seluruh ketaatan dan tanggungjawab secara rela atau terpaksa.


Kerana mereka menyedari HAKIKAT itu.


Ya..
Aku juga perlu begitu..


Namun letih..
Aku mengaku itu..


Jatuh! dan bangkit..
Jatuh lagi dan bangkit semula..
Jatuh jatuh jatuh..bangkit..


Kamu kira agak-agak sudah berapa kali kah aku melalui keperitan itu?
Jujur memang sakit..


Kalau kamu belum melalui itu maka bersedialah.. cipta-ciptalah ikhlas dalam hatimu.


Allah ya Allah..
Bantulah kami..Istiqamahkanlah kami untuk mencintai dan mentaati Mu melebihi yang lain-lain.. 
Istiqamahkanlah hati kami pada jalan yang membawa kami dekat padaMu dan bukan menjauhiMu 
Bantulah kami dalam mujahadah kami membela iman dan taqwa dalam hati kami.. 
Bantulah kami untuk mengimani bahawa dunia ini hanya senda gurau dan permainan semata-mata.. 
Bantulah kami untuk mengimani bahawa akhirat itu selamanya.. 
Ingatkanlah kami ketika kami apha, lalai, leka dan lupa..



Wahai jiwa didiklah hatimu..pujuklah dirimu.. kuatlah kamu dalam menghadapi dunia dan seisinya..

Hargai nikmatNya, syukuri pemberianNya, cintai diriNya..



Please ingat! Hakikat melaksanakan ibadah itu adalah kerana KETAATAN bukan kerana mengharap sejuta kemanisan iman atau kejayaan..


...tiada alasan...



Ramlah, KL
0500pm


p/s:again this was post to remind and re-kill myself. thank you to me. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...