MASA..
bagaimana kamu mahu memandang
nya..itu terpulang ke kamu..
Alhamdulillahirabbilalamin..
Hanya tiga
ayat..
yang satu masa dahulu penah sangat membacanya.
yang satu masa dahulu penah sangat membacanya.
Sangat
kerap.
Sangat
selalu.
Mengapa?
Ya mungkin
kerana sekadar beralasan aku belum hafal surah yg panjang.
Mungkin
juga beralasan surah ni pendek jadinya jimat masa.
Atau mungkin
hanya sekadar beralasan surah ni paling senang untuk dibaca.
Sedangkan
disebaliknya,
Hanya tiga
ayat,
Membawa
erti agung,
Yang berhakikat
dengan keagungan Allah bersama suruhanNya,
Yang berhakikat
dengan keagungan Allah bersama janjiNya,
Yang berhakikat
dengan keagungan Allah bersama tawaran-tawaranNya.
Dengan
surah pendek berayat tiga inilah Rasulullah berdakwah dan memberi tawaran JALAN
PENUH UNTUNG pada manusia dengan perjanjian agung dari yang MAHA AGUNG. Dan para
sahabat menerima tawaran-tawaran ini dengan hati penuh kemahuan dengan kemahuan
yang sebenar-benarnya kerana disertakan dengan keimanan dengan keimanan yang sebenar-benarnya..
Dan aku juga sedang cuba untuk mengimaninya seperti keimanan yang dirasai para sahabat setelah menerima tiga ayat ini.
Alhamdulillahirabbilamin
Aku jadi
sangat terkesan dengan TNT (Tadabbur & Tilawah) surah ke 103 didalam al
Quran ketika pertemuan didalam sitting yang lalu.. yang entah sudah kali
keberapa aku membaca, mendengar malah memberi penjelasan mengenainya.
Lihatlah?
Betapa KEFAHAMAN ITU HAK ALLAH.
Surah al'ASR
[1]
Demi
Masa!
[2]
Sesungguhnya
manusia itu benar-benar di dalam kerugian
[3]
Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk
kebenaran, dan saling menasihati untuk
kesabaran.
Allah
bersumpah dengan masa didalam ayat pertama..
Demi
Masa! (103:1)
Ayat yang sungguh-sungguh dengan memandangnya sepatutnya boleh membuat kita terpegun dengan kecantikan yang MAHA AGUNG.. ayat ini sangat hebat! Sangat agung! Sangat cantik!
MASA..Kerana
itulah hanya Allah yang berhak bersumpah dengan masa. Kita takkan pernah layak untuk bersumpah
dengannya..
Masa adalah
makhluk Allah
Pemilik
MASA adalah Allah
Masa juga menjadi saksi atas manusia dan kehidupannya
Masa juga menjadi saksi atas manusia dan kehidupannya
Saksi atas
manusia beserta kebajikan atau kelalaiannya
Saksi atas
tangan-tangan manusia beserta apa yang telah dikerjakannya
Hebatkan
masa?
Dimanakah
terletaknya masa?
Bisa dilihatkah?
Bisa dilihatkah?
Bisa disentuhkah?
Hebat kerana
yang menciptanya juga sudah benar-benar MAHA HEBAT.. Allahuakhbar!
Allah
bersumpah dengan masa kemudian membuat satu penyataan agung yang merupakan statistik
MAHA TEPAT, MAHA BETUL, MAHA TERPERINCHI kerana statistik ini dikeluarkan oleh
DIA yang MAHA TELITI..
''Sesungguhnya
manusia itu benar-benar di dalam kerugian'' (103:2)
Allah
bersumpah yang mana HAKIKAT MANUSIA ITU PASTI BERADA DIDALAM KERUGIAN KECUALI:
'' Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk
kebenaran, dan saling menasihati untuk
kesabaran.'' (103:3)
1. Orang-orang yang
beriman:
Sayyid
Qutb didalam bukunya tafsir fi zhilalil quran tidak mendifinisi iman secara
fikh tetapi dari soal tabiat dan nilainya dalam kehidupan.
kehidupan imani adalah suatu kebahagiaan yang tinggi dan kegembiraan yang
indah. Merupakan kemesraan terhadap kehidupan dan alam semesta seperti
kemesraan seseorang dengan kekasihnya. Jadi kehidupan imani adalah suatu
keberuntungan yang tiada bandingnya dan kehidupan tanpa iman adalah kerugian
yang tiada bandingnya pula.
''orang-orang
kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti abu yang ditiup angin
dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak mendapat
manfaat sedikit pun dari apa yang telah mereka usahakan didunia''
(Ibrahim:18)
''orang-orang
kafir amal-amal mereka laksana ditanah yang datar, yang disangka air oleh
orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatangi air itu ia tidak mendapati suatu
apapun''
(anNur:39)
2. Orang-orang yang beramal
soleh:
Amal soleh
merupakan buah bagi iman.. ye dan aku sendiri jugak amat mengimani kenyataan ini.. apabila iman sudah mantap
dihati ia akan tertonjol melalui gerakan-gerakan atau ibadah-ibadah yang
dilakukan kerana Allah semata.
3. Orang-orang yang menasihati
untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran:
''Hai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu
menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil…''
(alMaidah:8)
Melalui
surah ini hanya ada 2 jalan:
1. Jalan yang untung
2. Jalan yang rugi
Dan formula
untuk mendapat jalan yang untung itu adalah dengan menjadi:
1. Orang-orang yang
beriman
2. Orang-orang
yang beramal soleh
3 .
Orang-orang
yang menasihati untuk kebenaran dan menasihati
untuk kesabaran
Dan
hanya orang-orang yang berakal saja yang akan memilih jalan yang beruntung..
dan orang-orang yang memilih jalan yang rugi mungkin adalah orang yang tidak
berakal?
''sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL, iaitu ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH SAMBIL BERDIRI, DUDUK, ATAU DALAM KEADAAN BERBARING…''
(alImran:190,191)
Jadi punya
akal kah kita????????
Allah ya Allah kami ini hambaMu yang sangat lemah dan selalu tidak berdaya
Tunjukilah
kami jalan yang lurus
Jalan
orang-orang yang telah Engkau beri nikmat
Bukan jalan
orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Allahumma
amin
(start from now, inshaallah i will istiqamah with this big font, hihihi sebagai memenuhi requet dari seorang sisters yang dikasihi kerana Allah inshaallah)
(start from now, inshaallah i will istiqamah with this big font, hihihi sebagai memenuhi requet dari seorang sisters yang dikasihi kerana Allah inshaallah)
No comments:
Post a Comment