''...jika kamu taat kepadaNya nescaya kamu mendapat petunjuk...''
TAAT, mungkin itulah formulanya..
Bila memandang bulatan yang penuh ini aku jadi termengeluh lagi
Untuk memenuhkan separuh bulatan itu saja sudah terasa sungguh payah, bagaimana pula untuk menyempurnakan keduanya.
Tanggangungjawab yang digalas semua, semua termasuk aku yang hina
Pesan abang aku yang aku pegang dan akan aku ingat sampai mati.
''JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH''
mahu kejar iman dan petunjuk Dia yang sangat MAHAL ituye! Yang penting jangan pernah berputus asa
Cari dan mencari
Jangan hilang dan terus pergi
Usaha dan usaha
Jangan pernah lelah dan lemah
seperti biasa,
''berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan JIWAmu dijalan Allah...''
(9:41)
Memang!
Dunia ini selalu menipu kita
namun sampai bile kita mahu hanyut dan membiar kan diri dihanyutkan
Memang sudah berabad lamanya kita mngetahui hakikat dunia ini sementara dan akhirat itulah yang kekal abadi selamanya
Namun atas alasan iman yang tidak cukup kita kadang dengan selamba sengaja menutup mata dan terus-terusan melemaskan diri dalam kekaratan-kekaratan yang tidak sepatutnya
Hanya ingatan demi ingatan dan pastilah usrah and majlis ilmu boleh mmbawa kita sedikit demi sedikit ketepian dari terus dihanyutkan.. cukup mencarikah kita? Atau diam dan duduk bersahaja?
Aku juga sudah sangat rindu untuk ditarbiah.. bagaikan telah mati, mahu hidup kembali mencari nyawa. kamu? jujur! aku benar-benar sudah merasa payah. Payahnya dunia, payahnya mengharungi kehidupan ni tanpa tarbiah yang betul
Namun Alhamdulillah rezeki pekerjaan yang baru, yang lagi membawa ku ke lembah DnT (juga ke daerah lembah pantai ini huhu) tidak mahu ku sia-siakan nanti
Ku memasang azam begini,
Bukan ke sana mengejar duit dunia tapi aku mahu cuba lagi mengutip bekalan2 ke akhirat yang kekal abadi nanti
''Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan didunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian diakhirat''
(42:20)
Inshaallah
Mau cuba lagi!
Berusahalah!
No comments:
Post a Comment