Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Tuhan itulah pengatur terbaik
Harini aku mendapat berita yang paling membahagiakan setelah menunggu selama hampir genap lima bulan.
Rasa sabar, rasa tabah, namun tetap juga rasa bahagia.
Namun entah kenapa bercucur basah air mata ini keluar tanpa henti.
Aku sedih tiada lagi temannya untuk jemaah bersama
Membimbing dan meminpin dia yang amat ku cinta
Aku sedih tidak lagi dapat membuatnya ketawa dengan lawak dan jenaka
Aku sedih tidak dapat selalu memeluk mendakap dan mencium dahi manusia mulia ini
Aku sedih melihat mukanya hilang seri setelah tahu selepas ini aku akan menjauh lagi
Kesedihan demi kesedihan kerana meninggalkannya kembali kesepian
Menanggung erti hidup sendiri yang hari-hari diuji dengan kesabaran
Kesabaran! Kesabaran dan kesabaran..
Aku sedih kerana angin kuat yang menimbul ketakutan itu terpaksa ditanggung dan dirasainya sendiri
Aku sedih
Dan
Sedih
Tapi sayang bukankah dunia ini hanya sementara seperti yang kerap kau kata padaku
Tika aku sering mengeluh mengapa begini sahajakah dunia?
Kenapa kesedihan terus-terusan melanda ku sedang ku sedar nikmat dunia ini hanya sementara
Wahai kekasihku betapa jika engkau tahu hati ini selalu dicalar dan dirobek kerana kealpaan aku memenuhi hakmu
Wahai buah hatiku betapa kalaulah engkau tahu hati ini tidak pernah redha dengan walau secebis perlakuan zalim ku kepadamu
Wahai sayang betapa kalaulah engkau tahu hidup ini tidak mungkin dapat ku rasa tanpamu
Tidak mungkin dapat ku rasa nilai mnjadi hamba
Tidak mungkin dapat ku rasa nilai rasa tunduk dan sujud
Aku menyayangimu setulus jiwa dan ragaku
Membuat ku memandang sisa kata-kata orang
Memandang sisa hinaan orang
Memandang sisa pandangan orang
Aku hanya mahu berbakti dan hampir denganmu
Terasa selalu tidak layak meninggalmu sendiri setelah engkau membesar, mendidik, menjaga dan menatap ku dari kecil hingga kini..TIDAK LAYAK.
Namun tetap we have to follow the flow
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. (al-Nisa’ 4:36)
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” (al-An’aam 6:151)
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra’ 17:23)
No comments:
Post a Comment