Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

3/4/10

s e m u a A G A M A s a m a ?


''semua agama samalah.. mana ada agama yang mngajar penganutnya berbuat jahat''


''takde bezanya agama ko dan aku.. ko sembah Tuhan akupon sembah Tuhan..kan?


''alahai watpe susah2 fikir? kan semua agama samaje.. umpama sungai2 dari berbagai cabang yang akhirnya bertemu di lautan yang luas jugak''

begini realiti pemikiran sesetengah manusia..dan mungkin ada di kalangn kita pernah malah berfikir tentang persoalan ini.. right?

but then, is it true? bagi para muslim comited mungkin xde masalah untuk menjawab persoalan ini.. bagaimana nasib saudara2 muslim kita yang jalan hidupnya masih belum tersuluh dan bagaimana pula nasib sahabat2 nonmuslim kita yang belum jumpapon lagi lampu suluh untuk menyuluh jalan hidup mereka..

''wei korang nanti kita jumpa kat syurga juga''

kata seorang sahabat aku yang dengan memerhati perwatakannya aku mampu menafsirnya sebagai seorang penganut agama kristian yang commited. at that moment hanya mampu melukiskan satu senyuman dari mimik muka dan mnyembunyi rasa kasihan dihati.. Allah~

jadi bagaimana?

bagaimana untuk memperjelas perihal ini kepada mereka yang berpegang dengan pendapat SEMUA AGAMA SAMA..

lets look to this small conversation between 2 manusia yang fitrahnya memiliki hati yang sama namun memiliki lampu suluh yang berlainan jenama..

siti : ko rasa semua agama sameke?

chua : bagi aku semua agama samaje.. nape ko tak percayeke?


siti: oh baru aku tahu, kalau gitu apa kata ko join agama islam? ^_^ kan semua agama sama?

chua: hih..


siti : sebahagian dari pendapat kamu betul chua.. sebenarnya ada persamaan cuma tunjang antara agama mempunyai perbezaan yang amat jauh dan ketara.. dan dalam perkara2 kecil pon ada banyak perbezaan.

chua: mm


siti: ok sebagai contoh dalam islam ada menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan wajib kita capai serta ikuti.. dan islam juga mngajar dengan jelas cara dan kaedah mencapai matlamat itu..


chua: yeje.. contoh?


siti:
as ko pernah dengar dalam islam kami diharamkan makan ayam yang tidak disembelih, dan kami kena ikut perintah ini.. mesti kamu rasa leceh untuk follow this order. but then sebenarnya senangje sebab kami dah diajar dengan jelas bagaimana untuk melaksanakan perintah yang ini.. buktinya sebagai contoh, dalam quran surah alMaidah ayat ke 3 Allah ada menyebut perihal ini..

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(alMaidah,5:3)

chua: itu satu benda je..

siti: banyak sebenarnya chua. Islam adalah cara hidup.. jadi dari sebesar2 perkara sehingga sekecil2nya ISLAM akan ajar.. tentang bagaimana cara berpolitik, memerintah, berniaga, berhubungan sesama jiran, sesama keluarga, sehinggalah cara makan, minum,berpakain dan malah masuk tandas.. can u imagine it.. adakah agama kamu mengajar tentang ini.. jadi samakah agama kamu dan agamaku.. and even as u know and suppose already heard about islamic banking, islamic knowledge, islamic medication.. and have u heard about buddha banking for example?


chua: alaa..tapi tetap sama.. contohnya my religion teach me supaya tak mencuri sebab perbuatan yang tidak baik.. agama kamupon ajar perkara yang sama kan? so samalah itu..

siti: eh betullah.. sama..

chua: kan as i said, semua samajelah..


siti: chua2 kamu nak tahu tak? islam melarang pennganutnya daripada mencuri seperti mana yang dilarang juga didalam agama kamu.. malah islam juga ajar cara nak menyelesaikan masalah mencuri ni?

chua: mm? siti : begini.. pasti kamu pernah dengar tentang orang islam kena bayar zakat.. atau dengan bahasa mudahnya kena keluarkan sebahagian dari gaji atau harta tok disedekahkan kepada yang memerlukan..



chua: waaa kerja penat2 lepas tu wajib bagi sikit pada orang lain kah? x mau x mau..


siti: jadi kamu rela la kalau harta kamu dicuri? hehehe..

chua: mmm

siti: begini chua.. pelaksanaan zakat yang sempurna akan mengatur segala2nya.. segala kemudahan complete, xde orang susah, xde orang mencuri, xde orang tiada tempat tinggal malah xde pinjaman ptptn.. complete..
malah dalam islam amalan bersedekah juga adalah alternatif lain selain bayar zakat.. cuma sedekah tidak diwajibkan tetapai amat2 digalakkan..



chua: huaaa ya kah?

siti: yala.. cuma di malaysia as we see pelaksanaan islam masih berperingkat.. thats why aku masih kena berhutang untuk belajar kat UM ni.. and as u can observe negara mana masalah jenayah tertinggi dilaporkan?


chua: mestilah barat..


siti: betul but then why?


chua : ohh betullah sebab orang yang xde duit susah nak dapatkan bantuan kan? kalau di malaysia masih ada duit zakat tadi untuk membantu orang2 yang susah.. begitukah?


siti : absolutely.. thats it.. bezanya cara hidup islam di malaysia dan kristian di barat telah membawa kepada perbezaan ini tanpa kita sedari.. ini sebagai contoh sahaja.. can u see it now.. bezakan?

chua: yala.. kami dilarang untuk mencuri tapi tiada jalan penyelesain kepada tidak mencuri..

siti : mmm^_^


betullah kata siti.. islam is different than others.. why? mari rujuk kepada beberapa daripada beribu ayat2 cinta Allah kepada kita..

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

(alImran,3:3)

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

(alImran,3:19)


satu2nya adama yang benar dab diredhai menurut firman Allah adalah Islam.. dan Islam itu sendiri adalah cara hidup yang perlu diambil secara menyeluruh. bukan sekadar dengan tercatat ISLAM di dalam ic then kita dapat masuk syurga dan terhindar dari neraka.. bukan begitu..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”.

(alImran,3:84)

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


(alImran,3:85)

nauzubillah..minta moga2 Allah memberi petunjuk tentang kebenaran ini kepada semua.. supaya kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat dinikmati semua.. hidayah milik Allah.

to all muslim mari perbaiki keyakinan diri.. to all nonmuslim teruskanlah mencari ^_^

i

luv

islam



2 comments:

Nurul Asma' said...

salam, tq ramlah 4 posting the ilmu.. can i link this at my blog?

seiramlah said...

alhamdulillah..
absolutely boleh..
xpyh mntak izin^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...