R A M A D H A N i s a r o u n d . . . ^_^* . . .
Alhamdulillahirabilalamin..
Syukur~..macam tak percaya je aku masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadan kali ini…
Ramadhan di rumah baru, bersama sahabat2 baru.. dan insyaAllah niat dan tekad yang baru..
Alhamdulillah..
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Jadi bulan puasa ni jangan lupe amik peluang..rugi kalau ia berlalu kosong tanpa diisi habis-habisan..
hihih doa banyak2..
Dan ingat yang syurga rindu kepada empat orang mukmin~~
· Orang yang berpuasa dengan sempuna dan baik semasa bulan ramadhan.
· Orang yang selalu membaca Al Quran.
· Orang yang selalu memberi makan (menjamu makan) kepada orang lain.
· Orang yang senantiasa berzikir (ingat kepada ALLAH).
So then, lets work together..^_^
Moga Ramadhan ini yang terbaik dan lebih baik daripada Ramadhan yang terdahulu..dan andai Allah mahu menarik kita kembali kepadaNYa, biarlah dengan diri kita yang dah cukup sempurna dan bersih dalam Ramadhan ini..
So then agains,,ushakan! Ushakan! Ushakan!
1st skali lupakan yang lama, mulakan dengan diri kita yang baru diramadhan yang ini..
Memperbanyak amalan membaca alQuran ^_^
Memperhebat ibadah di waktu malam kita ^_^
Ushakan untuk solat secara berjemaah ^_^
Menambah kualiti dan kuantiti solat sunat kita ^_^
Memperbanyakkan memohon dengan berdoa kepada Allah ^_^
Jangan membazir ketika berbelanja untuk berbuka puasa, masak sendri je kat rumah^_^
Hahahaha..
Memperbaiki attitude atau perlakuan kita di bulan Ramahan ^_^
Menghargai masa, jangan biar 1 detik masa pon di bulan Ramadhan ini berlalu pergi tanpa terisi.^_^
Memupuk dan memastikan keikhlasan dan kebersihan hati dalam melakukan amal kebajikan, dan menjauhi perbuatan riak ^_^
dan ingat ushakan untuk tak ponteng puase (women,lain story)..
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
S e l a m a t m e n I k m a t I b u l a n R A M A D H A N ,b u l a n YG p e n u h d e n g a n K E N I K M A T A N ^_^
J a z a k A l l a h ^_^
I S L A M I s l I k e l 0 o k I n g a t A n I g h t s k y ,
t h e c l o s e r Y o u l o O k t h e M 0 r e S t a r * Y o u c a n s e E ^_^.
2 comments:
RAMLAH..RAJIN2 LE KOMEN ENTRY AK..KEKE...STDY LEKLOK NA...SALAM
wah yela..insyaALlah,,
Post a Comment