Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

12/2/13

Talut&Jalut menyapa

Rasa macam nak tulis sepantas kilat!

Allahu Allah..

dipagi yang sungguh dingin...nikmat kesejukkan sampai menusuk ketulang.. beralas lab coat, bersandar di kerusi berbantal pink..aku duduk sendiri seketika sebelum jam 9 menjengah..

Mataku menjengah ke kalam itu..nantilah..Allahu Allah..

namun kemalasan ku kalah dengan nikmat kurniaan Ilahi.. Alhamdulillahirabbilalamin..



setiap manusia punya mujahadahnya sendiri mungkin.. 

dan setiap mujahadah itu bayaran nya sorga Allah bukan? Oh Allah!

aku jadi tertembak dengan kisah talut dan jalut dalam surat cinta alBaqarahNya..bagaimana Allah menapis manusia.. menguji iman manusia.. Tapisan demi tapisan Dia beri bagi menguji yang mana si hamba setia dan yang mana si hamba durhaka... kerna iman bukan sekadar lafaz, tapi iman itu terpancar dari niat lillahitaala dihati, dari kata indah berbaur dakwah dari tingkah laku bersulam indah akhlak mulia..

makanya, apa beza tapisan sejarah lampau dengan tapisan dunnia kini?!! tiada beza bukan? masih sama...

maka, aku kini sebenarnya sedang dalam tapisan Allah kan?.. dalam mujadahku yang tersendiri..
(hey you read this stori so many many times kan ramlah, but why now baru nak terasa?! kerana kun faya kun kot..hak memberi faham terletak pada Allah)... oh Allah! oh Allah ku!


melalui al-Baqarah Allah berfirman:


[246]

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. 
[247]
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. 
[248]
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". 
[249]
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". 
[250]
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" 
[251]
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. 
[252]
Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah. 

See? Allah uji mereka dengan satu demi satu cubaan.. uji dengan ketua yang dipilih Allah.. wether they redha or not.. Allah uji dengan peperangan.. mahu atau tidak pergi.. Allah uji dengan air sungai yang memberi nikmat penghilang dahaga..Allah uji dengan keletihan untuk pergi berperang dan akhirnya jumlah tentera yang sedikit juga diuji.. When pass one level, up to next level... Dan begitulah seterusnya..


kemudian, lagi tertembak bila baca next page, when Allah said to me,


Tiada paksaan dalam menganut agama Islam, sesungguhnya telah jelas pebezaan antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa yang ingkar kepada Tagut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang teguh pada tali yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui. (alBaqarah:256)

Kita tahu dan kita telah jelas..dan mujahadah kita dihari ini bukan susah. mungkin? (senangkan hati)... bukannya perlu mengangkat senjata pergi berperang..bukan kelaparan kemelaratan berkais pagi dan petang..bukan itu..cuma bermujahadah dalam comfort zone ini. Hidup selesa dibuai hiburan? Allah! Hidup selesa disayangi keluarga? Allah! hidup selesa punya wang ringgit? Allah! hidup selesa punya anak cute comel loteh? Allah! but are me still put Allah together with all these nikmat.. or lalai dan leka dengannya? Allahu Allah!

We must bela our iman dan taqwa dari ditewasi oleh dunnia dan permainannya..

Oh ramlah! See? Allah know... and you know that Allah knows... He always know..







Dear my lttle love, Abdurrahman Abid
Anak ummi kuat tau.. dunnia ni banyak kedegilannya.. make sure lagi kuat dari ummi dan abi.. kami doakan awak.. be strong till akhirah menyapa!

ummi,
at IAMM
8:45am

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...