Aku masih ingat sedikit dari bait-bait kata ustaz yang rasanya dah berusia dua tahun dalam kotak otak ni.
Mukhayyam 2010..
''ujian sebenar kamu adalah NANTI, sekarang ni biasa-biasa lagi..'' kata ustaz
Dan kami diayun-ayun sekitar ayat-ayat cinta surah alMuzammil dan alMuddassir ketika itu..
(aku plak dok kuar masuk dewan masa tu sebab mengantuk sangat,kuikui..dapatlah seayat dua je)
''NANTI itu adalah bila kamu sudah berkahwin, berkeluarga, kamu sudah stabil berkerjaya dan berharta, kamu sudah beranak-pinak''
''disitulah ujian sebenar'' kata ustaz
Walaupun masa tu mujahadah bagi diri aku ketika itu sahaja, sepertinya sudah tidak tertanggung lagi..
Jadi nya untuk menunggu NANTI yang diuwar-uwarkan leh ustaz..hemmm mengerikan..
Jadinya untuk aku yang selalu lemah dan tidak berdaya pastilah sangat takut untuk menghadapi kehidupan yang NANTI.. benar! takut!
Jadinya setiap langkah yang aku ambil menuju kearah kehidupan menghampiri NANTI aku susuli bersama niat-niat kerana Ilahi..Aku susun langkah berjaga-jaga dari luar, dari dalam, dari kanan, dari kiri.. Pada masa itu hanya aku yang merasai. Dengan Allah berada disisi. Dan aku hanya berharap agar aku akan selamat..selamat..
KINI,
Hari yang NANTI sudah berlegar-legar di sekitar diri ini..
Dan aku kira aku mampu.
Rupanya aku gagal.
Aku hilang dalam dunia.
Aku lupa untuk menyinggah kedunia sebelah sana.
Kerana letih dan putus asa, aku jadi berhenti dari berusaha.
Mujahadah tiada lagi dalam diri.
Aku jadi biasa-biasa.
Aku jadi redha dengan apa yang jadi dikanan-kiri.
Aku biar diri hanyut dengan ujian dan cubaan.
Aku memalaskan diri aku sendiri.
Inilah HARI yang aku takuti. Ia sudah sangat menghinggapi.
Aku menghitung hari yang diganti hari.
Aku menghitung minggu yang diganti dengan minggu.
Sehingga, aku menghitung bulan yang diganti dengan bulan.
Bila agaknya aku akan kembali bangkit menguatkan diri ini.
Menggagah semangat mujahadah membela iman dan taqwa dalam diri.
Sehingga satu bait dari surah alInsyiqaq tertembak dalam diri. Dan aku terus menggali untuk mencari rasa takut atasnya. Agar aku bergerak, agar aku tidak tunggu dan terus menghitung lagi. Aku tidak mahu bulan itu diganti dengan tahun yang berganti tahun.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Apabila langit terbelah,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya!
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Maka Aku bersumpah, demi mega;
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Keluarga boleh menjadi faktor kefuturan diri. Bukan asbab keluarga itu sendiri..Tetapi adalah diri sendiri yang apabila disisi sentiasa ada somebody, kita jadi lupa meletakkan kebergantungan kepada yang paling berhak dengan hak yang hakiki, iaitu Ilahi..
Sehingga ke hari ini.
Tsumma alhamdulillahirabbilalamin
Biiznillah, aku masih berusaha, bersama insan yang terutama kini iaitu si dia yang tercinta yang tidak pernah jenuh memberi semangat.
InshaAllah.
Jazakillahkhaer atas doa-doa manusia yang tidak pernah putus. Semoga aku terus tsabat!
No comments:
Post a Comment