Meletakkan seluruh pergantungan kepada Allah..
Bagaimana kah itu?
Aku tersenyum di satu pagi.. aku gementar dan lupa diri.. kenapa?
Kerana ku melihat kehidupan duniaku seperti milikku sendiri..
Tiba-tiba aku tersentap..
Ohhh ade Dia Pencipta di pagi ini..
sedang memerhati dan melihat aku kini..
sedang memerhati dan melihat aku kini..
aku jadi malu.
Lagi aku tersentap...
Ohhh lupa Dialah yang mengatur cerita hari ini
Dan tersentap dan tersentap lagi..
Ohhh Tuhan hanya kepadaMu kembali segala urusan..
Mujahadahnya?
Seperti untuk menyeluk gula didalam tepung..
Aku mencintaiMu Tuhan
Dan aku mencintai kasih sayang yang telah Engkau limpah kan padaku
''Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasulnya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah''
(9:59)
(9:59)
Terima Kasih ya Tuhan atas segala anugerah dan nikmat
Kerana itu bagiku ''ini'' bukanlah apa-apa.
Yang aku harapkan hanya jalan cerita yang diaturNya dengan penuh redha
Yang aku harapkan agar aku tidak tertipu dengan dunia..
Juga aku mengaminkan itu dengan sebenar-benarnya..
Alhamdulillah ya Allah atas nikmat itu..
No comments:
Post a Comment