Lagi kisah 'Uwais al-Qarni'
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang
pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan
cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana
selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan
kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya
dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya
digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal
dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah
diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu
seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at
bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke
Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu
akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan
mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang
membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan
demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin
duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun,
hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais
berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku
mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada
mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak
saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya.
Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja
sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk
menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan,
Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba
kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang
lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan
puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi
Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu
hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu
bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila
seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini
hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah
untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di
Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap
tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu
dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum
berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang
kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya
bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang
sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya
nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W
mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya.
Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal
tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia
belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim
berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak
dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat
menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian
daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu
gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia
meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk
pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika
mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan
berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila
telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak
lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan
kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka
berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus
kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun
gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui
demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang
selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke
rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam.
Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya.
Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang.
Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang
dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin
menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga
pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke
Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah
mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi
S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula
kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya
untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan
tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan
bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni
langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina
'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari
Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan
sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni),
perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak
tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali
K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W
wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah
digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W
tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada
sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka
berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka.
Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang
terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti,
membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan
kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera
khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah
Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan
sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu,
beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A
dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan
solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung
tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan
tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh
kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan
mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu
yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah
meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada
anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya
mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan
wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera
sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk
hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang
lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak
terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh
Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para
pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air
laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami
melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang
kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas
air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak
menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah
kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan
dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca
Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul.
Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak
tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian
semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya
dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik
orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan
membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu
berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke
permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan
perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta
kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah
pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba
sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke
tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu
untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di
sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai.
Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang
berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang
daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur
tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada
bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut
berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota
Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya
orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya,
padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke
dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya
terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling
bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan
penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali.
Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi,
hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk
Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat
terkenal di langit."
No comments:
Post a Comment