Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

3/27/11

wanita dan futur~


wanita dan futur..

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..



berazam, malah memasang azam setiap kali.

Alhamdulillah masih diberi ingat oleh Dia.

walau kerap kali lalai, alpha dan lupa..



manusia dengan fitrah yang diberi.

iman itu ibarat nye roda, kejap2 diatas, kejap2 dibawah.

bila diatas, semuanya terasa begitu indah.

yang manis disyukuri, yang pahit dihayati kemudian juga disyukuri..

alhamdulillah..



tapi bila iman itu dibawah..

mashaallah tidak kurang juga indahnya..

yang indah malah menjadi semakin indah,

yang manis malah menjadi terlalu manis..

yang pahit,Allah~ menjadi-jadi pahitnya..



dan bila masuk persoalan wanita..

tentulah hari-hari Allah memberi ruang cuti solatnya (ABC)..

Dan bila berazam pastilah harapan nya juga tinggi..

dan bila jatuh,Allah~ malah menjadi-jadi sakit hatinya..

sakit hati pada diri sendiri..



Hanya mahumahumahu meletakkan Dia yang pertama-tama dihati..

Dia yang utama-utama di hati..

Dia yang pertama-tama dicintai, diingati..

Melebihi semuanya.. melebihi semuanya..



tapi cukupkah sekadar itu?

Itu?

mengingati Dia dengan baca buku2 ilmiah?

mengingati Dia time basuh pinggan?

time basuh baju?

time masak?

time dengar lagu?

sekadar itu untuk menggantikan solat?



“…Maka ingatlah Allah di waktu kamu berdiri, duduk, dan berbaring…” (anNisaa:103)


rupa-rupanya itu masih melalaikan aku.. nauzubillah..

aku kira aku akan tenang,

aku kira aku akan aman,

aku kira aku akan bahagia,

rupa-rupanya tidak..



4.00 am, 23mac 2011..

(time tengah busy dengan urusan dunia, isi form apply keje sanesini)

huhuhu handphone disebelah aku berbunyi.. one mesej receive..

dan secara spontan i do read the mesej

(even though it wasnt mine, just in case something urgent.. cause it belongs to my big bro..huuuhu)

habis baca aku tersentap

bukankah ini masanya adalah untuk tahajjud, baca quran?

(walau sezarah kejadian dialam ini, berlakunya tetap adalah atas kehendak Dia, maka adakah kebetulan, no! it was ketentuan)



''Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)'' (alMuzammil:2)


adakah aku dah terlupa? ye memang aku sudah terlupa..

hidup dalam minggu-minggu cuti ini yang penuh dengan surat2, borang2 kerja, membuat aku lupa..

memang sebenarnya hakikatnya aku lupa..

pada azam ku sendiri..



mesej itu berbunyi

'' Andai Quran bisa berbicara, ia akan berkata ''waktu kau masih anak-anak. kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah alQuran bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan rapi alQuran, kau biarkan aku sendiri, aku mencadi kusam dalam almari, berlapis debu dimakan kutu, ku mohon peganglah aku, bacalah aku setiap hari, aku akan menjadi penerang dalam kuburmu''



Allah~ rupa-rupanya sudah beberapa hari aku tidak memegang tafsirku..

tafsir yang memberikan ketenangan..

yang menyampaikan kata2 cinta Allah kepadaku..

yang menyampaikan amanah2 Allah untuk ingatanku..

Allah~lupa untuk duduk sejenak, menyelak dan beriman.. Astaghfirullah..

dari situlah datangnya ketidak tenangan aku, kemarahan aku, ketidaksabaran aku..

muhasabah dirimu wahai jiwa,



tunduklah wahai jiwa,

kembali tunduk kepada Tuhanmu,

kembali tunduk kepada yang menciptamu,

kembali sujud kepada Tuan mu..



kembalilah pada setiap masa,

jangan kau lupa, walau sezarah akan Dia,

jangan kau lupa walau seminit akan Dia..



masih lagi aku ini insan biasa..

dan tak akan sesekali melupakan azam itu..

akan aku kukuhkan ia dihatiku..

walau setiap kali juga terpaksa begitu..

never give up^_^



tidak mahu tidak mahu menjadi dari kalangan hambanya yang rugi

wahai para wanita, jom kembali muhasabah diri,

terutama pada hari-hari kita diberi cuti..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...