Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

1/2/09

u J i A n H a D i A h I s t i m E W A d A R i NYA..


terasa berat dengan ujian? atau sebenarnya tidak pernah melalui ape2 ujian? hemm.

''APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHAWA MEREKA TELAH DIBIARKAN HANYA DENGAN MENGATAKAN, 'KAMI TELAH BERIMAN' DAN MEREKA TIDAK DIUJI?'' (alAnkabut:2)


ujian boleh kita katakan sebagai lumrah hidupla.. orang kata tanpa adenye ujian maka tiadalah peningkatan dalam diri seseorang individu..
tapi itu terpulang pada pandangan dan pemikiran masing2.



dengan kata lain yang lebih mudah ujian umpama pemangkin (kalau budak kimia mungkin lebih mudah dengan istilah catalyst agaknya) untuk menjadikan seseorang itu lebih matang, lebih berpengalaman,
dan lebih2 lagilah..


dan kalau bagi aku ujian memang amat2 perlu.. untuk ape?
mm untuk elakkan orang duduk relax dan hidup dengan terlalu menikmati kesenangan tanpa pernah rasa susah. dan kalau diikutkan bila takde ujian itupun mungkin sebahagian daripada ujian.


mungkin Allah nak uji kita, adakah kita terfikir tentangNYA sewaktu kita senang dan lenang, adakah kita masih hampir kepadaNYA tika kita tiada mengalami sebarang kesusahan mahupun kesulitan. sebab itulah orang selalu sebut yang senang juga boleh jadi susah.



ape taknye kalau lalai sikit tersungkurlah kita. tak mau tak mau..



kesyukuran yang tiada pernah terhingga patut kita rasakan bila mana Allah uji kita.. kerana tiada sempurna iman tanpa ujian.


pernah x kita tertanya2 bila Allah nak kasi aku ujian ni?? kalau di Bosnia, palestine, Iraq dan terbaru Gaza diorang diuji dengan ujian yang aku rasakan sangat berat tak terhingga. hingga aku tak mampu memejam mata hanya untuk membayangkan aku berada kat tempat diorang.. takut wei..


Allah..


tapi masih sedarkan kita yang Allah itu MAHA ADIL.. dan pernahkah? pernahkan kita memikirkan yang mane satu ujian kita? kalau kat sana diorang dah dapat ujian, sepatutnya kita pun dah ade ujian kita sendiri yang Allah nak kasi.. tapi yang mane? emmm...


kadangkala manusia suka memandang remeh setiap perkara yang berlaku disekeliling kita.. kita sikit2 mengeluh.. sikit2 merungut.. hanya untuk perkara yang hanya dengan sabar akan sebenarnya mampu menyejukkan hati.. hanya untuk perkara yang hanya dengan redha sbenarnya mampu menenangkan jiwa..

hujan yang Allah turunkan time kita kebetuln nak balik kolej dengan payung takde,, tak mustahil boleh jadi ujian..


kasut yang tiba2 lesap bila keluar dari surau after solat.. huhu menyirap! eh eh itupun mungkin ujian..


tiba2 rindu kat Xb0yfrenlaaa.. wei wei itupon boleh jadi ujian..


alamak member aku ni tido atas katil akulah plak.. sabar sabar ntah2 itu ujian x..


kawan aku nih guna barang aku bukan tau nak pulangkan, nak kene sepak pee?! ish2 relax ujian kot tu.



w0w JPA dapat 52o0 beb.. banyak tuh! kaye aku.. nanti dulu! mungkin itupun ujian.


h00ray! Pointer aku meningkat jadi 3+++!! hebat tak aku? amboi2 hepi s0kmo..ujianje nih..



hUH! HuH! ape lecture bebel nih aku tak faham ape wei.. xpe2! usaha lagi..



hemm nape tiba2 aku rase banyak betul ujian yang Allah kasi aku?.. hah banyakkan..


sebab tu tadi aku kata yang Allah itu maha adil. malah sebenarnya kita semua dah tahu hakikat ini.. ALLAH MAHA ADIL. jadi fikirkanlah..
dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara hendaklah kita fikirkan dengan teliti, mendalam n jangan hanya dok jeling sebelah mata.. senang kata jangan pandang remehla.. kerna ujian Allah itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.


kerna KASIH dan SAYANG ALLAH la barulah Allah hadirkan ujian buat kita.. bayangkanlah betapa indahnya hidup bila kita melalui semua ujian2 ini dengan penuh rase tunduk dah kasih pada Allah. berilah balasan kasih dan cinta buat Allah atas KASIH dan cinta yang Allah kurniakan kepada kita melalui ujian2 NYA kepada kita..



kerna kasih dan cinta Allah adalah suatu hadiah istimewa yang tidak boleh dibeli, disewa malah takkan pernah dapat terkutip dimana2 sekalipun..


dan andainya UJIAN adalah tanda KASIH dan CINTA NYA kepada kita maka terimalah ia sebagai hadiah istimewa dari TUHAN yang MAHA Agung ini yang telah menciptakan kita dan yang telah mengaturkan perjalanan kehidupan buat kita.


kasih dan cinta Allah itu, rebut dan genggamlah dengn erat agar ia senantiasa bersama kita moga2 hingga keakhir hayat insyaALLah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...