Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

7/13/11

tiada rasa?

Tiada rasa

(iaitu tiada rasa rasa kemanisan iman dan nikmat yang besar ketika beribadat)


Menulis tajuk ini akibat sangat terkesan dengan penulisan teman kesayangannku disini (namun awas! pos teman aku ini hanya bisa dibaca para wanita sahaja)



Bila berbicara tentang ini aku jadi teringat detik-detik aku penah sangat lemas didalam ''tiada rasa''

Tenggelam dan ditenggelamkan sedalam-dalammnya didalam ia ''tiada rasa''


Kita mungkin selalu atau biasa mendengar ini:

(dari kalangan mereka yang suka buat ibadat dan punya rasa itu)



''Sukanya sembahyang! Xsabar nak sembahyang!''

''Saya suka puasa! Tak sabar nak tunggu Ramadan..''

''Saya suka baca quran, tak boleh tinggal..dengan tafsir sekali..''

''Saya suka pakai tudung besar, pakai tudung kecil rasa nak tercekik pon ade''

''Saya suka dengan jalan dakwah dan tarbiah, saya bahagia disini''

''Saya suka bersilaturahim..lagi ramai teman lagi best''

''Saya suka pergi daurah/program sebab ada banyak pengisisan dan sangat banyak teman!! Sukanya''

''Saya suka pegi usrah sebab dapat merefresh iman dan memberi makan hati yang kering''

''Saya suka ini dan suka itu''



Namun pernah mendengar ini?

''Saya tak suka solat..selalu rasa malas! Tapi itu adalah tanggungjawab saya''

''Saya rasa berat nak ke usrah, tapi itu adalah nikmat berupa hadiah dari Allah untuk saya, takkan saya nak tolak''

''Saya susah nak puasa sunat sebab selalu lapar n rasa nak makan tapi saya tetap kena buat juga''

''Saya xsuka pegi daurah/program..sebab ramai orang.. Tapi itu keperluan untuk jalan saya''

''Saya tak suka bila ade ramai akhwat sebab saya nanti tak tahu nak cakap ape, rasa macam nak sembunyi belakang dinding, tapi mereka adalah adik-beradik kandung saya''

''Saya tak suka pegi daurah sebab saya rasa tersisih sebab saya tak peramah tapi saya kena pergi daurah jugak''

''Saya malas baca quran tapi membaca quran adalah satu ibadah''




Dan banyak lagi

Dan bagi aku sebab utama hadirnya perkataan :



''aku malas''

''aku benci''

''aku tak suka''

''aku rasa berat''



Adalah kerana mereka ''tiada rasa'' dan sebenarnya mereka sepatutnya berbahagia kerana Allah sedang menguji mereka dan mahu melihat mereka bermujahadah. Ye aku sendiri juga perlu sedar akan itu!


Mahu berkongsi beberapa patah kata dari teman-teman istimewa dan ayat-ayat dariNya yang pernah membunuh ku sehingga alhamdulillah tambah menguat dan menguat diri ku sendiri untuk tidak pernah terus duduk setelah terjatuh. Inshaallah..



Kata-kata nasihat yang dimata aku sangat indah, cantik, bahagia, redup, tenang, manis, ayu, dari seorang teman yang aku pegang dari saat dia mengeluarkannya sehingga ke hari ini iaitu


''IBADAT KERANA TAAT ITU LEBIH INDAH DARI KERANA MENGHARAP SEJUTA KEMANISAN IMAN''




Mashaallah, subhanaallah, Alhamdulillah aku pernah sangat jatuh cinta pada kata-kata teman ku ni yang sehingga membuat aku berusaha menguat diri ku sendiri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah pemilik yang dilangit dan dibumi. Mashaallah! Mashaallah! (aku dalam state mahu menangis dan tesenyum membayangkan nikmat nya rasa ini..tak mmpu terluah dengan tulisan) subhanaallah



Sangat benar! Mengapa kita mahu tunggu bila semuanya terasa mudah, best, bahagia baru nak buat. Sedangkan Allah itu tetap Tuhan kita pada setiap masa dan ketika.. (aku menembak diriku sendiri lagi dan lagi). Tanggungjawab dan ''status'' kita sebagai hamba tak pernah terlepas dari bahu kita.. tidak walaupon sesaat.



Tidak seperti status-status dunia sementara kita yang lain. Contohnya jika kita ke sekolah kita akan memegang status ''guru'' pada ketika itu,

kemudian apabila kita menaiki kereta kita berstatus ''pemandu kereta'',

apabila tiba dikedai kita keluar dari kereta dan membeli makanan, meninggalkan status ''pemandu'' dan bertukar kestatus ''pembeli'',

apabila keluar dari kedai kita pulang kerumah berjumpa dengan ibubapa kita berstatus ''anak, dan lain-lain lagi..



Dan status-status ini berubah mengikut keadaan dan waktu, Hingga apabila tiba hari pembalasan kelak semua status-status ini lucut dari bahu kita, namun subhanAllah ada satu dari barisan status2 ini yang tidak pernah berubah dan berganjak dari bahu kita walau sedetik pon iaitu status ''HAMBA'' kepada Allah Taala.



Allahuakhbar.. kita masihla hanya hamba yang hina yang dicipta dan dicipta oleh Dia..



Dan maha baiknya Allah, betapa Dia amat memahami perihal diri manusia ciptaanaya yang membuat Dia telah menghantar kata pujuk bagi kita sejak ribuan tahun dahulu sewaktu turunnya alQuran iaitu:


''BERANGKATLAH KAMU BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWAMU DIJALAN ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGIMU JIKA KAMU MENGETAHUI…''

(9:41)



Dia dah sebut dan pujuk kita untuk tetap bergerak dan bergerak, beribadat dan beribatdat, berbuat kebajikan dan kebajikan, beriman dan terus beriman kerana itulah yang terbaik bagi kita. Dan DIA juga yang lebih tahu dan sebenarnya kita juga sudah tahu.. sudah tahu tetapi lalai dalam kemalasan, keletihan, kefasikan, kemunafikan sewaktu hidup didunia. Astaghfirullah al azim..


Dan aku mungkin faham dan mungkin juga tidak faham apa yang dilalui manusia dengan mujahadah-mujahdah yang terpaksa dihadapinya. Ye aku sendiri pernah merasa hampir putus asa sehingga kata-kata saudara ku ini pula telah sangat mencair dan mencair hatiku yang keras untuk kembali tidak berputus asa.



''IMAN ITU MEMANG HAK ALLAH, MEMANG HAK DIA DAN KITA SUDAH TAHU.. KALAU DIA MAHU MENARIKNYA BILA-BILA MASA SAHAJA NAMUN TAKKAN KERANA ITU KITA MAHU MENURUT SAHAJA. MENURUT SAHAJA APA YANG DAH DITENTUKAN UNTUK KITA. KITA TAK BOLEH BERPUTUS ASA, TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH. JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH''

(brother sei)



Malah menjadi sangat takut dengan ayat ini:


''ORANG-ORANG YANG MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH DAN PERTEMUAN DENGANNYA,MEREKA BERPUTUS ASA DARI RAHMAT KU, DAN MEREKA ITU AKAN MENDAPAT AZAB YANG PEDIH''

(29:23)



Dan aku juga Alhamdulillah begitu sangat terubat dengan ayat ini lately:


‘’…JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK…’’
(24:54)




Hidayah Allah itu sangat mahal, anugerah besar yang hanya dikurnia Dia kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan pastilah kita sangat mahukan itu. Jadi wahai jiwa-jiwa jom bergerak dan terus-terusan bergerak menuju kearah DIA dan jangan pernah berputus asa. Kepayahan ini adalah fitrah dan kepayahan ini juga satu dari jutaan anugerah.


''SUNGGUH, KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA BERADA DALAM SUSAH PAYAH''

(90:4)




Jadinya jika hati kita ON mahupun OFF, semoga kita tetap berada dalam train yang sedang bergerak menuju redha Allah itu. Inshaallah..

Allah ya Allah engkau lah penguat kami, engkaulah penguat kami, engkaulah Tuhan dan Tuan kami.

Kerana kasih dan sayangMu lah kami berada disini, sentiasa berusaha sujud dan sujud lagi, serta tunduk dan tunduk lagi menghadap Mu, menyembah diri kepadaMu, memperhambakan diri kami yang kerdil ini kepadaMu..

Allah ya Allah terima kasih kerana masih mahu memegang kami. Menjaga kami tika kami lalai, alpha, leka dan lupa..

Terima kasih kerana memegang kami tika kami berasa lemah dan berputus asa.


"Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin."

(7:23)


Alhamdulillahirabbilalamin..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...