Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label SEINURART. Show all posts
Showing posts with label SEINURART. Show all posts

4/23/15

Kamu MARYAM YUSRA

Dear our little Maryam Yusra,

SubhanAllah
Alhamdulillah 
Allahuakhbar

Kamu Maryam Yusra
, adalah satu dari limpahan nikmat yang sangat agung dan besar anugerah Allah buat umi dan abi..



Tsummaalhamdulillah...


Selamat datang duhai puteriku, Maryam Yusra hamba solehah Allah..

Yang dipilihNya untuk menumpang dirahimku.
Yang dipilihNya untuk dibesar dan didikku..
Yang dipilihNya untuk diamanahkan atas diriku dan suamiku..

Ya Maryam Yusra selamat berpijak dibumi hamparan Allah..

Bumi tumpangan kita yang hanya sementara..
Bumi yang bukan untuk dinikmati buat selama-lamanya..

Ya Maryam Yusrah puteri solehah ummi dan abi,

Wahai anakku..sedarlah kamu hanya berdagang dan menumpang sahaja kita dibumi Allah ini..dan kamu akan bermula berjual beli dengan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tuhanmu dan juga Tuhan kami..

Tundukklah kamu mengabdikan dirimu kehadapan Penguasa seluruh buana..

Tunduklah kamu merendah diri dan jiwamu kepada Pemerhati jiwa dan gerak langkah mu..

Ya maryam Yusra hamba solehah Allah yang dianugerah padaku,
Selamat belayar dibumi Allah anakku.
Bawalah bersama Tuhanmu dimana sahaja keberadaanmu..
Ingatlah bahawa kau sedang saja bermain dan mungkin dipermainkan dibumi ini..
Andai kau lalai, leka dan lupa mintalah ampunan pada Tuhanmu dan janganlah kau berputus asa dari kembali kepadanya

Moga Allah memelihara, melindungimu dan selalu menguatkanmu dalam melayari mimpi ini..
sebelum kau disedarkan diakhirat kelak untuk kehidupan sebenar yang selamanya dan hakiki .

Duhai anakanda penyejuk hati ummi dan abi,
Kami meredhaimu sebelum sejak dari langkahmu bermula..
Asal saja kau meletakkan Allah lebih terutama dari dunnia dan seiisinya..termasuk diri kami sendiri..


Wahai Maryam yusra,

Cintailah akan kamu Tuhanmu melebihi dunniamu
Utamakanlah dan ikutilah Rasulmu melebihi ibubapa dan guru-gurumu..

Wahai Maryam yusra, MashaAllah subhanAllah atas takdir nama yang diletak Allah atasmu anakku. Walau sedang nama ini diilham olehnya keatas ummi dan dipilih sendiri oleh walimu, abi..


Anakku Maryam,





Jadikanlah dirimu hebat seumpama Maryam..bonda kepada nabi Allah, Isa AS.. 
Dan sememangnya namamu ini ummi pilih sempena nama Maryam, hamba solehah Allah yang namanya disebut berulang kali dalam kalam Allah.

Keimanan dan ketaqwaan Maryam yang banyak diceritakan Allah didalam Quran membuat ia sungguh selayaknya dekat dihati ummi sebagai seorang wanita...seorang ibu...lantas semoga dekat dihatimu wahai anakandaku, Maryam Yusra yang dikasihi Allah..

Semoga Allah menjagamu seperti dijaganya Maryam ibu mulia kepada Rasul mulia, Isa AS..

Semoga dipelihara akanmu seperti mana Allah memelihara Maryam, memelihara kesucian Maryam, memelihara keimanan dan ketaqwaan tidak berbelah bagi Maryam kepada RabbNya..Memelihara akhlak dan ketulusan hati dalam mencintai Tuhannya..

Ya Maryam, hamba solehah Allah..

Solehahkanlah dirimu untuk Tuhanmu, untuk kehidupanmu dan pengakhiranmu kelak..

Anakku Yusra,



Yusra, mashaAllah walhamdulillah atas ilham ini juga... al-inshirah adalah rujukan utama ummi dan abi.. atas keindahan pujukan Allah yang menghadiahi hamba-hambanya dengan kemudahan dan kebaikkan setelah diuji dengan sedikit kesulitan.. Yang menghadirkan bersama kemudahan bersama kesukaran.


Maka asbab itulah namamu dipilih ya Yusra, hamba solehah Allah..


 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا



 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


Itulah dirimu yang akan menjadi atau membawa kemudahan yang baik dengan keberadaan mu dimana sahaja..



Surah cantik pujukan dan ingatan buat Rasulullah SAW demi mengingatkan baginda bahawa kesulitan yang dilalui itu akan disusuliatau dibantu dengan kemudahan... dan bahawa sesungguhnya pada sebelumnya lagi Allah sudah menganugerahi baginda dengan jalan keluar atau kemudahan dari kesulitan-kesulitan yang mungkin dilalui baginda Rasulullah SAW. 

Bilamana Allah menghadiahi dengan petunjuk yang agung dan menghantar malaikat Jibril ketika baginda kebingungan dengan Tuhan manakah yang selayaknya disembah...sedang Baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyembah berhala-berhala yang diagung-agungkan oleh kaum baginda ketika itu..

Bilamana, tatkala kehilangan isteri tercinta Khadijah, Allah membantu baginda melalui pakcik baginda yang mendokong dan mengizinkan baginda Rasulullah SAW menyiarkan kebenaran Islam sedang dirinya masih belum mengimani Islam itu sendiri..

Dan banyak lagi kebaikkan-kebaikkan yang memudahkan urusan Baginda yang akan mendatangi baginda bilamana baginda menghadapi kesukaran mahupun kesulitan..

Duhai puteri jelita sicilik hamba ahli syurga,
Jadilah kamu hamba Allah yang lahir dibumi dengan membawa bersamamu kebaikkan kepada agamamu, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada agamamu..

Kebaikan kepada umat Muhammad SAW, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada saudara seummah mu..

Kebaikkan kepada dirimu, kepada saudara-saudaramu, kepada seluruh kehidupan disekelilingmu..Dan menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada seluruh sekitarmu.. SubhanAllah mashaAllah..

Semoga mudah bagimu untuk menyebarkan kebaikkan dari dirimu.. menghindarkan kesulitan dari orang-orang di sekelilingmu.. Dengan ISLAM yang akan kamu bawa dibahumu sebagai Agama pilihan kamu anakanda ku.. 



Ya yusra, jadilah kamu mujahidah yang membawa panji-panji agama Allah. Menghidupkan niat dakwah dan jihad dalam hatimu. Menyampaikan dan menyebarkan dengan segala kebaikkan yang kau ada... dan semoga mudah atasmu urusan dakwahmu, urusan imanmu, urusan mencapai taqwamu, urusan kehidupanmu dan urusan akhiratmu.. Allahumma amin..


Wahai Maryam Yusra hamba solehah Allah,
Ummi mendoakan kebahagiaan untukkmu, dan kemudahan bagimu dalam menjalankan urusan hidupmu sebagai hamba Allah dan mujahidah agamamu.. Dakwahilah kami, ibubapamu bilamana kau lihat kami jauh dari Tuhanmu.. tariklah kami untuk bersamamu ke syurga Allah andai kami tidak layak untuk menyinggah kejannah nya..

Duhai anakandaku Maryam Yusra,
Jadilah kamu beriman, bertaqwa, beramal dan mengabdikan dirimu selayak namamu kepada Rabbmu seperti hebatnya Maryam mengabdikan dirinya kepada TuhanNya.. dan jadilah diri kamu jalan keluar yang memudahkan segala kesulitan yang dihadapi ummah. Bawalah bersamamu kebaikkan dan sebarkanlah Islam melaluinya. Allahumma Amin..

Istiqamahlah kamu dalam bermujahadah, walaupun hakikatnya ia sangat payah.

Ummi yang selalu mencintai,
24April 2015
(Maryam Yusra genap 4 bulan)






3/31/15

Muhammad:36 #hijrahkalikedoplohjuta

Dont play2 dengan dunnia ramlah. oh! pleaseeee!



Doploh juta kali ummi ingatkan diri ummi tentang ini

Doploh juta kali juga ummi lupa.

Sampai malu malu dan malu untuk mengadap Dia.

Namun kemana mampu ummi bersembunyi.

Sedang Dialah yang memegang ubun-ubun setiap jiwa.

Juga Dia memerhati ummi juga gerak geri ummi sedang ummi solat.

Tiada jalan lain kecuali.

Run from dosa. Leave those maksiat. Hijrah towards Him.

Hijrah jelah walau untuk kali ke doploh juta.

Thats the only way.

Yang akan memegang ummi. Memegang iman ummi. Memegang akhlak ummi.

Menentu perilaku ummi.

Menentu sengsara atau bahagianya ummi.

Dari dunnia lagi iman itu terbukti membahagiakan.

Apatah lagi diakhirat..Bahagia yang infiniti.

Cuma perlu berlelah berkungfu dan bergusti dengan nafsu cintakan dunnia.

ok! #caiyokk to ummi.

10/15/14

Wahan. Letih!

Letih! kenapa eh?



Walau sudah tahu dunnia ini hanya permainan..
Tapi susah bangat untuk menyipikannya (ayat apekah ni?@_@#~)
Dah doploh juta kali cakap pada diri sendiri! erk~


Letih!

Menjadi orang yang lemah imannya ini..

Dicucuk syaitan dari kanan kiri depan belakang atas dan bawah..

Untung ada pakcik suami... yang faham.. dan bersabar...



Maka nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan wahai jiwa?



Dunnia ini sememangnya persinggahan.. teman akrabku Mumtazah kesayangan sudah pergi berehat dengan berbahagia seperti yang selalu diimpikan dan disebut-sebutnya..

Bila ku kenang, ku jadi takut... kerana aku sudah difasa tidak bersedia mum..


Penyakit wahan yang diceritakan Rasulullah SAW melanda diri.. cintakan dunnia takutkan mati. Cintakan dunnia sangat itu tidaklah, cuma ya.. aku takut mati!


Kerana, iman ku yang sangat nipis senipis lebih nipis mungkin dari cebisan kulit bawang...

Letih! dengan dunnia... Maafkan aku Tuhan... Jahannamnya kezalimanku pada diriku sendiri..


Aku jadi malas berusaha malah jadi berputus asa.


Adakah aku sahaja, atau juga berjuta orang diluar sana?

Adake yang merasai bebanan yang sama?

Bebanan memikul iman yang berat untuk diusahakan..

Bebanan memikul nafsu dunnia yang susah untuk dilumpuhkan!



Allah Tuhanku, gantilah jiwa, hati dan rohaniku dengan yang baru...

6/27/14

Marhaban ya Ramadhan!

Bila Ramadhan tiba..
Hatiku jadi serba malu..
Bolehkah aku merai hadiah besar dari yang Esa ini?
Sedang selama ini ku biar masa ku tersisa menjadi sampah dunnia?





Mengapa perlu begitu wahai jiwa hamba?
Biar syaitan durjana menangisi kehadiran Ramadhan..
Tapi beri peluang pada jiwamu bergembira menerima ia..


Tsummaalhamdulillah!
Ramadhan tiba!
Bismillah...






6/19/14

alAnkabut 69 #hijrahkesejutakalinya

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini T_T



Selama berada dikejauhan
aku lena terbuai dalam mimpi dunnia
indah! tenang! bahagia..

Tiada susah dan tiada mujahadah mempertahankan iman dalam diri
sungguh baik Allah masih memberi tenang dalam lena dunnia
ohhh TIDAK!!


Malu! sungguh Malu! kepada Rabbul Izzati..
Lemahnya semangat diri
Namun!

Tika ku baru mahu menjentik hati..
Kau dah dulu-dulu datang menjemput diri hina ini

Tika aku baru mengangkat langkah mendekatiMu
Kau telah dulu-dulu menolak ku lari-lari anak mendekatiMu

Tika aku baru mahu menyemai kembali benih cinta
Engkau telah dulu-dulu membunga dan membuahkan ia

oh Tuhan begitukah kasih sayangMu pada hamba hina ini

Aku malu!
Aku malu!
Aku malu!

Tika baru ku menulis tentang perlunya kukejar hidayah untuk dicari
Kau tegur ku dalam lembut untuk menguatkan diri


oh Allah!
oh Allah!


''Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakan Tuhan selain Allah yang kuasa menegmbalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda kekuasaan Kami...''
(al-An'am:46)

Astagfirullah al-Azim
Astaghfirullah al-Azim
Alhamdulillahirabbilalamin


Aku sangat takut ya Allah dengan dunnia dan tipu dayanya
Ia sudah terlalu banyak mengalahkan ku, iman ku, jiwaku, roh ku..
Menjahanamkan semangatku, mujahadahku..


Hidayah itu hak mutlak Mu
Walau aku mengejarnya 
Walau aku menyimpannya
Walau aku menyekatnya
juga! walau aku mahu menjauhinya..


Tidak akan terhasil selain dengan izin Mu


Entah bukan lagi pagi petang ku imani kemudian ku kufuri Mu
Buat keberapa kali aku tidak pasti


Satu yg ku tahu dunnia hanya mimpi sedang akhirat itu hakiki
Walau ku lupus kan ia dari ingatan tetap ia akan mendatangai


Tunggu apa lagi wahai Jiwa? kembalilah dengan jiwa yang redha dan diredhai..








10/3/13

ikatan double cheese amazing!

ikatan double cheese amazing

(pakcik suami dan abid ecik pon suka cheese - ok nothing relate here hui!)

dah penah post gambar ni, just as reminder to me myself.. aku mahu nikahi lagi ikatan inik!

alhamdulillahirabbilalamin..
moga-moga dan inshaAllah hari ini lebih baik dari semalam.
dan aku mahu ia kekal menjadi lebih dan lebih baik..


12mukasurat report analisis tentang artifak berdiamond. meletihkan akal, menepukan fikiran. aduh!



tapi syukur! kerna ada pekerjaan untukku..
(tiba-tiba jdi teringat akan dhuha ku yang dulu.. mode:muhasabah! huh)


ceritanya tentang ikatan yang mashaAllah double amazing!!.
ikatan yang dicemburui para nabi dan syuhada
ikatan mahal yang mahu dimusnah si musuhmusuh islam
ikatan yang diikat atas nama Allah
berpaksi atas iman yang sama
fikrah yang sama
ikatan yang malah lebih kuat dari ikatan suami isteri
kerna tiada akad perlu dilafaz
tiada borang perlu diisi
tiada saksi dikanan kiri




aku jadi sangat terasa tentang ini,
kerna lately ada junior curator baru masuk.


ye, dia punya bulatan gembiranya sendiri mungkin.
membuat aura itu tertusuk sampai kehati ku
walau solat berjarak dua kaki cuma



serius! i can feel it..
you see? how cantik those ikatan?


pernah rasa x?


nak tegur dia, tapi malu-malu kucing..meow~
kot2 dia ada group usrah ke.. ngeeee boleh join dua kaki! yahoo! ke Allah hantar dia kesini untuk aku?? Maha Baiknye Allah!



(dah dah apa yang aku merepek ni @_@) cau!






ads~meh kasi double sepah seleerak serabut sikit gambar diamod kt blog ni! biar ingat sampai expired..xnak object ni masuk lab i lagi! kihkihkih

but u know something, mashaAllah diamond are soo beutiful. dicipta Allah menjadi perhiasan bagi wanita. juga lelaki of coz.. thanks Allah! cumanya aku masih belum punye satu. mahu jugak!










 




see sungguh dan sangat lah bersepah!
mum ko baca blog aku tak ekk?.. tripple rindu kat mum!!!!!!!

sudahh double merepek ni..

10/2/13

where is those turning?

mereka yang pernah merasai those turning will understand.....those feeling....

it must be a turning point! somewhere.........



long time ago.. at the edges of the turning.. rindunye!


back to the fitrah
revert to the Islam
convert from jahilliah


Astaghfirullah al azim.


aku menunggu bila junction itu akan sampai
to make those turning
to get back those feeling
and istiqamah with it!

arrrhhh payah!


dunia dan tipuannya!
dunia dan angan-angannya!
dunia dan mimpi panjangnya!


aku lelah dalam doa
aku lelah dalam solat
aku lelah dalam mujahadah


i am tired and sick with it.


bila lagi?
saat tiada nanti memberi ruang bila izrael datang menjenguk mu duhai jiwa!
saat dunia tiada tunggu memberi peluang bila israfel sedia meniup sangkakala duhai raga!



tatkala menjadi dari kalangan sang rugi apa lagi bisa kau perbuat???!!!


cant anyone out there help me?!
i need to be back on those road..
be in the same train with the true abid and khalifah


i am too far...


i am still look for those turning..
i look and wait for it..



macammanapun actually i know and you also know kan yang those turning was always there..


its just me
right?



9/20/13

BOS MUTLAK

Alhamdulillahirabbilalamin..

masih chemist di Islamic Arts Museum. Alhamdulillah kerjanya mashaAllah super osem best! 

Masa berlalu, hari berganti hari.. minggu berganti mingu..

EL berganti EL.. MC tak bernilai lagi.. cuti huii sangat dihargai..

Begitulah. tapi apakah kaitan? kuikui..

Ujian seorang ibu berkerjaya.. so far setiap bulan akan EL sekali. namapun EL ofcoz due to emergency. Tapi bulan ni je dah 3 kali EL.. due to si abid demam.,dan bulan ni belum tamat, means adakahjumlah EL tu akan bertambah? Moga tidak ya Allah T_T

Namun itulah ummi, walau ada si abi mana mungkin sanggup tinggal si kecil dengan abi jek. lagi2 tengah demam..sayu hati ummi wahai anak! Biarlah nak kata apa, hilang kerja takpe asal tidak anak.

Cuti peruntukan muzium cuma sehari sebulan, dan sebulan tu confirm disimpan untuk checkup si abid. walaupun hanya untuk ambil berat. Kalau tak ready dengan cuti terpaksa lah EL kalau lambat.. lagilah teruk.

Jadi untuk cuti lain-lain? tiada harapan..........
Cuti2 Malaysia? no
Cuti raya? no
MC untuk diri sendiri? better no

Tapi moral of the story..yang memilih untuk berkerja disini adalah diri sendiri..so kenalah telan semua tu. Bila dapat bos yang berhati batu (astaghfirullah doakan dia plak huhu, berhati air kot) kenalah juga telan kerana diri sendiri yang memilih dia menjadi bos duniaku. Yang penting bos akhirat redha cukuplah..

Tapi stress memang stress.. adeke increment tahun ni? dengan kenaikkan duploh sen yang menaikkan semua benda. adakah berjaya menaikkan gaji diri ini skalik? kuikuikui..

remember Ramlah!

Rezeki, ajal, bahagia, sengsara..everything is on Allah.
Kalau Allah kata ada, so adalah rezekinya nanti..

The famos hadith! you know it kan?? (nampak noouu belum habis beriman dengannya) oh Allah!


Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan:  
Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya roh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.  
Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga  maka masuklah dia ke dalam syurga.  
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Walau buruk mana pun kamu atas mata manusia itu, if Allah kata ada rezeki untuk kamu..maka akan adalah.

Manusia hanya mentadbir harta-harta tetapi yang empunya mutlaknya adalah Allah.

Malah yang memberi kecukupan juga Allah. Walau teruk mana duploh sen mempengaruhi segala dan semua benda. (roti dan naik 15sen semalam hahaha) TETAP tidak mempengaruhi kecukupanmu jika ia dijaga Allah.

Jadinya sujudlah dan merayu serta tagihlah pada Allah dan bukan pada bos duniamu tu ye wahai Ramlah.

kerana BOS MUTLAK tetap adalah Allah.

(All these are bebelan pada diri sendiri) sekian..............

8/30/13

its his 25 ;P

It almost come to the date.. date of birth for someone which I love most.. always love most.. and its a compulsory for me to fallen in love most with..

Its his birthday.. Someone who pick me..choose me to be one with..to be a part of.. And to be share the whole entire life diary afterwards,, its a hard decision actually..

But, he choose me..

Its my privilege.. is that the words?.. tak kisahlah.. haha


Abang! 

Happy BIG birthday to you..


love YOU!
these means that you are more important than those love.. alhamdulillah atas usia mu sayang.
































dear my little abdurrahman abid..

Tomorrow is abi bufday..yeah!! opss!! alhamdulillah ^_^..hihi so ummi got a nice black (hopefully) shirt with those black design for him.. remind him that he is now a father of a very little cute boy..hihi which is you.. a father with a big responsibility that he hold in his wide shoulder.. and me myself.. a big mother with a big responsibility too.. we are now working on you.. teaching you everyday about Allah.. about who created you.. about who are you coming from.. so on and so on.. and actually its not just you.. its we ourself.. we are teaching  ourself.. to be strong so that we could make you strong with iman.. to be strong so that we could make you strong with taqwa.. apepon everything is back to Allah..

Now you are good in movement..making the whole 360 degree..make a noisy dzkir in lif..at home and at ibu house too.. haha alhamdulillah keep up with all dzkir ok.. i love you son! keep Allah on your heart..wherever you are..whoever you are.. just keep HIM closer in your heart. so that you will not lost from the correct path.. pray for us too k baby! :P hihi

0537pm ,KL
30 August 2013
ummi ^_^

4/7/13

Ulangtahun 1

Alhamdulillahirabbilalamin..


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (30:21)

Sebenarnya sangat malu!
Moga-moga menjadi sekurang-kurangnya ada satu kata dengan nilai dari kosong tak bermakna. inshaAllah inshaAllah.


Alhamdulillahirabbilamin.


cuma nak cakap, nak coret..

Selamat Ulangtahun Pernikahan yang Pertama!






Aku bersyukur atas semua dan segala-galanya. Doaku cuma semoga dialah bidadara ku di syurga nanti. Allahumma amin..


Semoga kami saling menguat dan terus menguatkan diri masing-masing menjadi hamba Ilahi yang terbaik! justeru membaik dan memperelokkan segala-galanya..


Kerana diri kami hanya dipinjamkan. Aku dipinjamkan pada dia dan dia dipinjamkan padaku. Moga kami menjadi hak hakiki diakhirat nanti.


Sayang kerana Allah~

1/18/13

Rezeki

Inilah rezeki kami.


Sangat agung kan?


Maka nikmatNya yang mana lagi yang layak kita dusta dan pertikai?






Usianya kini 39 minggu 2 hari



Rezeki..



Rezeki yang dibina dalam diri ini. its weird.. subhanAllah!



Sudah sangat hampir kepada hari yang dinanti.
Segala nya bercampur aduk. Luar dan dalam. 
Hati dan perasaan. Ujian dan cabaran. 
Tangisan dan kesabaran. Kesakitan dan keluhan.
Syukur dengan kejaiban.



Syukur dengan keajaiban.
(Tahukah susahnya menikmati rasa ini?)



Masih celaru dalam pilu. Mujahadah dalam perlu.
Takut kerana hanya aku yang tahu.
Persoalan hanya. 
Antara aku dan Sang Pencipta.



Tiada yang menjadi pengantara.
Bukan doktor. Bukan nurse. Bukan sang kekasih. Bukan si bonda.
Bukan sesiapa.



Oh Tuhan berilah yang terbaik padaku.
Akan apa yang perlu.
Walau takut akan Kamu.
Tapi itulah pinta selayaknya hamba kerdil sepertiku.
Layakkah aku meminta selain dari yang itu?



Tinggal lima hari. Ke hari yang dijangka bagi ku untuk melahirkan khalifah dan abid kecil ini. Melahirkan seorang hamba milik hakiki Sang Pencipta. Yang perlu mewajibkan dirinya menundukkan seluruh jiwa dan raga menghadap hanya kepada yang Esa. 



Ianya seorang hamba! Milik Sang Pencipta yang ditumpangkan kedalam rahim ku. Yang diamanahkan padaku dan kekasihku.


Aku akan melahirkan seorang hamba?!



Takut.


Sungguh!



Kamilah yang bertanggungjawab dengan amanah ini. Mendidik hamba kecil ini. Mampu dan kuatkah kami? Sedangkan diri kami terasa amat lemah sekali.



Oh Tuhan. Berilah tali-tali yang kukuh bagi kami mentarbiah diri kami. Agar kami layak memikul amanah tarbiah ini.




Doakan. please T_T



p/s: atas semua salah, silap saya.. kesilapan yang nyata mahupun tersembunyi..saya mohon keampunan dan kemaafan. semuanya kerana kelemahan diri hamba lemah yang hina ini.  atas hak-hak yang tidak habis terlaksana.. atas tindak tanduk yang meluka dan mungkin mencedera sesiapa. atas kata-kata yang tidak selayaknya diterima..atas segala dan semua dosa.. please forgive me..who knows if this is my last post on this unknown blog.
























To my little love, abid..

you see? you are almost here. now you are 39 weeks and 2 days. i can feel you in me.. you are dancing inside me.. my dear don't be scare to get your first day age old. 

We will work through this world together..  dengan doa ummi dan abi untuk kamu dan kami sendiri. juga doa kamu untuk kami dan kamu sendiri. walau lelah walau penat... teruslah melangkah sehinggah ke hujung nyawa mu. 

Tundukkan diri dengan rela dan redha menghadap Dia Tuhan pemilik seluruh buana dan seisinya.

Semoga menjadi penyejuk hati ummi dan abi.. semoga menjadi hamba yang sentiasa redha dan diredai. Semoga langkah-langkahmu teriring zikir mengingat Ilahi. Semoga langkah-langkah kami teriring ikhlas demi rahmat Ilahi. 

Moga kami kuat! Kuat! Kuat! demi Allah untuk menguatkan kamu. Moga kamu juga kuat untuk menguatkan kami.

Bismillah wa biiznillah..


18 january 2013
0510pm 




11/27/12

SYUKUR- arRahman


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


A007


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'' (Ibrahim 14:7)







Melihat segala kebaikan.
Mensyukuri kesepadanan yang sudah dilukiskan.
Menyimpan segala keluhan.
Muhasabah atas kekurangan.
Menghargai bait-bait kedamaian dan ketenangan.
Kesejukkan dan kehangatan.
Sebenarnya terlalu banyak yang perlu disyukuri, terlalu banyak.


Alhamdulilahirabbilamin.


Agar engkau tidak lupa yang engkau pernah sangat berusaha belajar untuk bersyukur dan telah pernah punya rasa syukur akan nikmat besar ini.



Didiklah jiwa.




















To my little love, 
it was so simple..tetapi meninggalkan satu rasa yang besar dan berbeza. mempengaruhi duniamu dan seisinya..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
AdaMu by Najwa Latif
your mummy-(when you are 8 month in me)1245pm-281112 -iamm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...