Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label DEDICATION. Show all posts
Showing posts with label DEDICATION. Show all posts

4/23/15

Kamu MARYAM YUSRA

Dear our little Maryam Yusra,

SubhanAllah
Alhamdulillah 
Allahuakhbar

Kamu Maryam Yusra
, adalah satu dari limpahan nikmat yang sangat agung dan besar anugerah Allah buat umi dan abi..



Tsummaalhamdulillah...


Selamat datang duhai puteriku, Maryam Yusra hamba solehah Allah..

Yang dipilihNya untuk menumpang dirahimku.
Yang dipilihNya untuk dibesar dan didikku..
Yang dipilihNya untuk diamanahkan atas diriku dan suamiku..

Ya Maryam Yusra selamat berpijak dibumi hamparan Allah..

Bumi tumpangan kita yang hanya sementara..
Bumi yang bukan untuk dinikmati buat selama-lamanya..

Ya Maryam Yusrah puteri solehah ummi dan abi,

Wahai anakku..sedarlah kamu hanya berdagang dan menumpang sahaja kita dibumi Allah ini..dan kamu akan bermula berjual beli dengan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tuhanmu dan juga Tuhan kami..

Tundukklah kamu mengabdikan dirimu kehadapan Penguasa seluruh buana..

Tunduklah kamu merendah diri dan jiwamu kepada Pemerhati jiwa dan gerak langkah mu..

Ya maryam Yusra hamba solehah Allah yang dianugerah padaku,
Selamat belayar dibumi Allah anakku.
Bawalah bersama Tuhanmu dimana sahaja keberadaanmu..
Ingatlah bahawa kau sedang saja bermain dan mungkin dipermainkan dibumi ini..
Andai kau lalai, leka dan lupa mintalah ampunan pada Tuhanmu dan janganlah kau berputus asa dari kembali kepadanya

Moga Allah memelihara, melindungimu dan selalu menguatkanmu dalam melayari mimpi ini..
sebelum kau disedarkan diakhirat kelak untuk kehidupan sebenar yang selamanya dan hakiki .

Duhai anakanda penyejuk hati ummi dan abi,
Kami meredhaimu sebelum sejak dari langkahmu bermula..
Asal saja kau meletakkan Allah lebih terutama dari dunnia dan seiisinya..termasuk diri kami sendiri..


Wahai Maryam yusra,

Cintailah akan kamu Tuhanmu melebihi dunniamu
Utamakanlah dan ikutilah Rasulmu melebihi ibubapa dan guru-gurumu..

Wahai Maryam yusra, MashaAllah subhanAllah atas takdir nama yang diletak Allah atasmu anakku. Walau sedang nama ini diilham olehnya keatas ummi dan dipilih sendiri oleh walimu, abi..


Anakku Maryam,





Jadikanlah dirimu hebat seumpama Maryam..bonda kepada nabi Allah, Isa AS.. 
Dan sememangnya namamu ini ummi pilih sempena nama Maryam, hamba solehah Allah yang namanya disebut berulang kali dalam kalam Allah.

Keimanan dan ketaqwaan Maryam yang banyak diceritakan Allah didalam Quran membuat ia sungguh selayaknya dekat dihati ummi sebagai seorang wanita...seorang ibu...lantas semoga dekat dihatimu wahai anakandaku, Maryam Yusra yang dikasihi Allah..

Semoga Allah menjagamu seperti dijaganya Maryam ibu mulia kepada Rasul mulia, Isa AS..

Semoga dipelihara akanmu seperti mana Allah memelihara Maryam, memelihara kesucian Maryam, memelihara keimanan dan ketaqwaan tidak berbelah bagi Maryam kepada RabbNya..Memelihara akhlak dan ketulusan hati dalam mencintai Tuhannya..

Ya Maryam, hamba solehah Allah..

Solehahkanlah dirimu untuk Tuhanmu, untuk kehidupanmu dan pengakhiranmu kelak..

Anakku Yusra,



Yusra, mashaAllah walhamdulillah atas ilham ini juga... al-inshirah adalah rujukan utama ummi dan abi.. atas keindahan pujukan Allah yang menghadiahi hamba-hambanya dengan kemudahan dan kebaikkan setelah diuji dengan sedikit kesulitan.. Yang menghadirkan bersama kemudahan bersama kesukaran.


Maka asbab itulah namamu dipilih ya Yusra, hamba solehah Allah..


 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا



 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


Itulah dirimu yang akan menjadi atau membawa kemudahan yang baik dengan keberadaan mu dimana sahaja..



Surah cantik pujukan dan ingatan buat Rasulullah SAW demi mengingatkan baginda bahawa kesulitan yang dilalui itu akan disusuliatau dibantu dengan kemudahan... dan bahawa sesungguhnya pada sebelumnya lagi Allah sudah menganugerahi baginda dengan jalan keluar atau kemudahan dari kesulitan-kesulitan yang mungkin dilalui baginda Rasulullah SAW. 

Bilamana Allah menghadiahi dengan petunjuk yang agung dan menghantar malaikat Jibril ketika baginda kebingungan dengan Tuhan manakah yang selayaknya disembah...sedang Baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyembah berhala-berhala yang diagung-agungkan oleh kaum baginda ketika itu..

Bilamana, tatkala kehilangan isteri tercinta Khadijah, Allah membantu baginda melalui pakcik baginda yang mendokong dan mengizinkan baginda Rasulullah SAW menyiarkan kebenaran Islam sedang dirinya masih belum mengimani Islam itu sendiri..

Dan banyak lagi kebaikkan-kebaikkan yang memudahkan urusan Baginda yang akan mendatangi baginda bilamana baginda menghadapi kesukaran mahupun kesulitan..

Duhai puteri jelita sicilik hamba ahli syurga,
Jadilah kamu hamba Allah yang lahir dibumi dengan membawa bersamamu kebaikkan kepada agamamu, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada agamamu..

Kebaikan kepada umat Muhammad SAW, menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada saudara seummah mu..

Kebaikkan kepada dirimu, kepada saudara-saudaramu, kepada seluruh kehidupan disekelilingmu..Dan menjadi asbab mudahnya kebaikkan itu sampai kepada seluruh sekitarmu.. SubhanAllah mashaAllah..

Semoga mudah bagimu untuk menyebarkan kebaikkan dari dirimu.. menghindarkan kesulitan dari orang-orang di sekelilingmu.. Dengan ISLAM yang akan kamu bawa dibahumu sebagai Agama pilihan kamu anakanda ku.. 



Ya yusra, jadilah kamu mujahidah yang membawa panji-panji agama Allah. Menghidupkan niat dakwah dan jihad dalam hatimu. Menyampaikan dan menyebarkan dengan segala kebaikkan yang kau ada... dan semoga mudah atasmu urusan dakwahmu, urusan imanmu, urusan mencapai taqwamu, urusan kehidupanmu dan urusan akhiratmu.. Allahumma amin..


Wahai Maryam Yusra hamba solehah Allah,
Ummi mendoakan kebahagiaan untukkmu, dan kemudahan bagimu dalam menjalankan urusan hidupmu sebagai hamba Allah dan mujahidah agamamu.. Dakwahilah kami, ibubapamu bilamana kau lihat kami jauh dari Tuhanmu.. tariklah kami untuk bersamamu ke syurga Allah andai kami tidak layak untuk menyinggah kejannah nya..

Duhai anakandaku Maryam Yusra,
Jadilah kamu beriman, bertaqwa, beramal dan mengabdikan dirimu selayak namamu kepada Rabbmu seperti hebatnya Maryam mengabdikan dirinya kepada TuhanNya.. dan jadilah diri kamu jalan keluar yang memudahkan segala kesulitan yang dihadapi ummah. Bawalah bersamamu kebaikkan dan sebarkanlah Islam melaluinya. Allahumma Amin..

Istiqamahlah kamu dalam bermujahadah, walaupun hakikatnya ia sangat payah.

Ummi yang selalu mencintai,
24April 2015
(Maryam Yusra genap 4 bulan)






12/26/13

Aku sayang ko mum!

Tak ada apa untuk ditulis..

Jika mahu mula menulis tentang insan ni ku rasa sehelai dua tidak cukup untuk memberi makna..

Nantilah..

Cuma mahu coret satu rasa yang luar biasa

Cinta yang dahulu dipacak dengan landasan ukhwah fillah itu sangat bercambah dan berbunga-bunga


MashaAllah...subhanAllah..

Allahuakhbar! Aku jadi kagum dengan kebesaran Allah atas rasa yang hadir dalam jiwa ku kini..

SubhanAllah sudah pernah rasa? carilah andai belum..

Inilah kemahalan ukhwah yang disandar kerana Allah semata..

Aku jadi tidak keruan sepanjang hari..

Aku jadi teringat dan terbayang-bayang wajah kesayanganku mumtazah maridi..

Aku tidak mahu meminta apa-apa oh Tuhan..

Kerna aku tahu dia telah lama redha...dan Engkau pasti lebih-lebih lagi..

Berilah yang terbaik buat sahabat yang membawa ke syurga ini..

Aku sayang ko kerana Allah mum!

Sayangnya pada Dia ya Allah T_T..

Air mata tumpah lagi..

Teringat kucupan yang telah lama berlalu... 

Dahi ko yang amat aku rindui..

Dengan pelukkan penuh kasih penuh sayang bersama tumpah titis air mata yang dulu itu..

Buat aku jadi makin rindu pada ko mum..

Hanya sempat mengucup dalam-dalam tangan kecil ko yang sejuk itu tatkala menziarahmu tempoh hari..

Demi Allah belum penah ada yang mampu membuat cinta sebegini dalam pada jiwaku..

Dan mashaALlah Allah memberi rasa ini padaku..

Aku sayang ko mum..

Kuatlah sayangku mum..

Dengan tulus hati bersama linangan air mata aku melafazkan ini!

Aku mencintaimu sahabatku!!kerana Allah..dengan cinta yang sangat sangat sangat..

Doaku tidak akan pernah lekang dan pudar.. inshaAllah T_T


(sekadar luahan kerana sudah sangat tak tertahan)


kematian yang berkah adalah kerana kehidupan yang barakah... 


Aku tahu yang engkau telah lama redha wahai sayangku mum.. moga Allah beri yang terbaik untukmu sayang..

4/18/13

Nukilan sayangku MUM.

Aku tak tahu nak tulis apa. 


Terlalu banyak kata dalam hati. 
Malah dengan berbagai rasa.

Satu yang mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya hanyalah, 


Aku sedang bermujahadah. T_T Membela iman dan taqwa dalam diriku!



Pasti jelas menggambarkan rasa hati bagi yang selalu menghadapi.
Jujur aku letih untuk CUBA bangun kerana setiap kali sepertinya aku jatuh lagi. hmm letih!

Tapi kalau aku berputus asa, pastilah Allah juga putus asa untuk menerima diri ku.
Yelah mana ada syurga yang murahkan?

Dan alhamdulillah Allah bagi ilham untuk aku belek kembali post dari seorang teman dengan nasihat darinya yang sangat menyentuh hatiku. sedikit membasah hati yang kering gelisah ni. sedikit mennyejuk hati yang panas dan berbahang.

Dan aku mahu menyimpan secopy darinya disini. Agar aku tidak hilang untuk bisa membacanya esok2 hari.


Jazakillahkhaer ya ukt atas tulisan mu yang menjadi bicara menambat kembali hati mendekati Ilahi.




Barakallahulakuma ukhti fillah


Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

##

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah..
Seperti bermimpi.. Kau bakal bergelar isteri. Aku teringat suatu ketika dahulu. Sebelum mengenali tarbiyah, aku mula mengenalimu. Dan alhamdulillah, seusai aku tersadung didalamnya, kau pula menyusul bersama. Itu memori indah dan amat indah.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah.
Disebalik kekuranganku sepanjang menjadi ukhti kepadamu, asif jiddan wa afwan kasira kumohonkan. Sehingga kini, bila aku fikirkan kuyakin pasti terlalu banyak kekecewaan dan luka yang tersimpan. Ketika kita belajar bersama-sama, makan bersama-sama, mengejar mad'u bersama-sama, masak bersama-sama. Dan mana mungkin daku lupa kenangan tatkala kita sama-sama jatuh cinta dengan al-quran dan excited untuk menjualnya kepada orang ramai.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah...
Sungguh aku rindu untuk membonceng motorsikal bersamamu. Kau pernah mengajarkanku untuk menghilangkan trauma dan ketakutan dengan motorsikal. Sebab setiap hari aku terpaksa menumpangmu bersama Salahuddin. Salahuddin si motorsikal..sweet kan? Suatu hari ketika kita sma-sama shopping al quran di masjid jamek' seusai habis memborong 2plastik besar AQ, tiba-tiba kita dah kehilangan salahuddin. Allahuakbar! Kuda dakwah yang banyak berkhidmat kepadamu dan aku telah hilang..Pelik sungguh bila aku kenangkan..Tatkala melihat salahuddin tiada ditempatnya, kau ulang alik beberapa kali diparkir yang sama..kemudian kau memandangku..

"alhamdulillah."katamu.

Dari situ, dan dari banyak peristiwa lainnya, aku banyak belajar erti sabar dan syukur..darimu.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Sungguh mana mungkin aku lupa kenangan aku meminjam motor abangku supaya kita boleh merempit semula. Eh, bukan aku, aku tumpang jer.. ukhti yang aku cintailah yang seringkali menjadi mangsa. Menjadi driverku kemana sahaja. Sebab aku takut nak bawa motorsikal..takde lesen pun iye juga.. Sehinggalah suatu hari, anak usrahku sakit dan teringin makan sup. Ketika tu, ukhti yang aku cinta tiada..Oh!terpaksalah aku merempit motor tu juga walau xde lesen hanya kerana nak bg anak usrah makan sup. Sungguh! Bila aku kenang kembali aku terharu sangat dengan perjalanan tarbiyah yang allah anugerahkan kepadaku ketika mengenalimu. dan sungguh! Aku rindu memori itu.


Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Andai aku ceritakan semua yang terpahat dalam kepala dan hati, sudah tentu membazir masamu untuk membacanya. kerana itu, apa yang paling aku ingin katakan adalah selepas ini..yang akan berlaku dan sedang kau lalui.. Akad nikah, walimah dan perubahan status disisi manusia. Dan semoga ia diiktiraf juga disisi ilahi dikau sebagai seorang isteri. amin

Kepada ukhti yang kucinta kerana Allah. Sungguh aku bukan yang terbaik untuk memberi sepatah dua kata nasihat kepadamu.

tetapi sungguh! Hy kerana kau kucinta...inilah doaku dan luahku untuk kau jua kepadaku aulanya.



Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai zaujah penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia. (57:20)
Duhai zaujah penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik kebelakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha ALlah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi.  Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Cinta itu dari Allah. Datangnya ia daripada Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.


Wallahuallam

dari sahabat yang mencintaimu kerana Allah,
Mumtazah Maridi
semoga esok segalanya berjalan lancar: asif terpaksa post awal sehari sebab weekend memang xsempat nak online. Barakallhulakuma Ramlah Ngatten dan pasangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...