Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label TANGISAN. Show all posts
Showing posts with label TANGISAN. Show all posts

10/15/14

Wahan. Letih!

Letih! kenapa eh?



Walau sudah tahu dunnia ini hanya permainan..
Tapi susah bangat untuk menyipikannya (ayat apekah ni?@_@#~)
Dah doploh juta kali cakap pada diri sendiri! erk~


Letih!

Menjadi orang yang lemah imannya ini..

Dicucuk syaitan dari kanan kiri depan belakang atas dan bawah..

Untung ada pakcik suami... yang faham.. dan bersabar...



Maka nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan wahai jiwa?



Dunnia ini sememangnya persinggahan.. teman akrabku Mumtazah kesayangan sudah pergi berehat dengan berbahagia seperti yang selalu diimpikan dan disebut-sebutnya..

Bila ku kenang, ku jadi takut... kerana aku sudah difasa tidak bersedia mum..


Penyakit wahan yang diceritakan Rasulullah SAW melanda diri.. cintakan dunnia takutkan mati. Cintakan dunnia sangat itu tidaklah, cuma ya.. aku takut mati!


Kerana, iman ku yang sangat nipis senipis lebih nipis mungkin dari cebisan kulit bawang...

Letih! dengan dunnia... Maafkan aku Tuhan... Jahannamnya kezalimanku pada diriku sendiri..


Aku jadi malas berusaha malah jadi berputus asa.


Adakah aku sahaja, atau juga berjuta orang diluar sana?

Adake yang merasai bebanan yang sama?

Bebanan memikul iman yang berat untuk diusahakan..

Bebanan memikul nafsu dunnia yang susah untuk dilumpuhkan!



Allah Tuhanku, gantilah jiwa, hati dan rohaniku dengan yang baru...

6/19/14

alAnkabut 69 #hijrahkesejutakalinya

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini T_T



Selama berada dikejauhan
aku lena terbuai dalam mimpi dunnia
indah! tenang! bahagia..

Tiada susah dan tiada mujahadah mempertahankan iman dalam diri
sungguh baik Allah masih memberi tenang dalam lena dunnia
ohhh TIDAK!!


Malu! sungguh Malu! kepada Rabbul Izzati..
Lemahnya semangat diri
Namun!

Tika ku baru mahu menjentik hati..
Kau dah dulu-dulu datang menjemput diri hina ini

Tika aku baru mengangkat langkah mendekatiMu
Kau telah dulu-dulu menolak ku lari-lari anak mendekatiMu

Tika aku baru mahu menyemai kembali benih cinta
Engkau telah dulu-dulu membunga dan membuahkan ia

oh Tuhan begitukah kasih sayangMu pada hamba hina ini

Aku malu!
Aku malu!
Aku malu!

Tika baru ku menulis tentang perlunya kukejar hidayah untuk dicari
Kau tegur ku dalam lembut untuk menguatkan diri


oh Allah!
oh Allah!


''Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakan Tuhan selain Allah yang kuasa menegmbalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda kekuasaan Kami...''
(al-An'am:46)

Astagfirullah al-Azim
Astaghfirullah al-Azim
Alhamdulillahirabbilalamin


Aku sangat takut ya Allah dengan dunnia dan tipu dayanya
Ia sudah terlalu banyak mengalahkan ku, iman ku, jiwaku, roh ku..
Menjahanamkan semangatku, mujahadahku..


Hidayah itu hak mutlak Mu
Walau aku mengejarnya 
Walau aku menyimpannya
Walau aku menyekatnya
juga! walau aku mahu menjauhinya..


Tidak akan terhasil selain dengan izin Mu


Entah bukan lagi pagi petang ku imani kemudian ku kufuri Mu
Buat keberapa kali aku tidak pasti


Satu yg ku tahu dunnia hanya mimpi sedang akhirat itu hakiki
Walau ku lupus kan ia dari ingatan tetap ia akan mendatangai


Tunggu apa lagi wahai Jiwa? kembalilah dengan jiwa yang redha dan diredhai..








6/9/14

Dunnia ku kini T_T

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat kuSesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami iniDari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada MuSuburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu





Dunia ini telah sangat melelahkan aku
Dan rasanya seperti aku telah tewas dengan tipu dayanya

hilang semua kekuatan dan kudrat
hilang mujahadah dan semangat

Wahai Tuhan selamatkan aku!

Mengapa begitu aman berada dijalan kekufuran oh Tuhan..
Mengapa begitu payah kekal tunduk khusyuk mengadapmu oh Tuhan?

Adakah ini jalan mujahadah yang Kau takdir untukku?
Ujian untuk ke bersama Mu di syurgaMu?

Wahai Tuhan selamatkan aku!

3/10/14

sayangku mum

rasanya sudah berlalu sebulan dia pergi meninggalkan aku..

ya! aku tahu ribuan manusia sedih dalam bahagia dengan pemergiannya..

Aku tak tahu bagaimana mahu menulis merakam memori kesedihan itu..

cuma berlalu rindu dengan kiriman alFatihah

juga kadangkala bermonolog dengan dia walau entah sampai entah tidak kata-kata itu




kau dah pergi mum T_T  
kau dah pergi tinggalkan aku T_T 
Kau dah jumpa malaikat-malaikat Allah T_T 
kau dah rasa sakaratul maut yang salu kita borak-borakkan dahulu..nanti kita jumpa mum T_T 
terima kasih atas doa-doa kau yang dah berlalu tu.. 
walau tidak pernah ada yang mengkhabarkan, namun aku tahu..sejatinya persahabatanmu sangat tertusuk dan sampai kejiwaku mum T_T 
dan pemergianmu memang sangat menghidupkan JIWA mati ku T_T

ya memang aku SANGAT SAKIT dengan pemergiannya, namun AKU BAHAGIA.. kerana aku tahu semua orang redha dengan dia dan pasti inshaAllah Allah juga redha dengan jihadnya sebagai daie..

12/26/13

Aku sayang ko mum!

Tak ada apa untuk ditulis..

Jika mahu mula menulis tentang insan ni ku rasa sehelai dua tidak cukup untuk memberi makna..

Nantilah..

Cuma mahu coret satu rasa yang luar biasa

Cinta yang dahulu dipacak dengan landasan ukhwah fillah itu sangat bercambah dan berbunga-bunga


MashaAllah...subhanAllah..

Allahuakhbar! Aku jadi kagum dengan kebesaran Allah atas rasa yang hadir dalam jiwa ku kini..

SubhanAllah sudah pernah rasa? carilah andai belum..

Inilah kemahalan ukhwah yang disandar kerana Allah semata..

Aku jadi tidak keruan sepanjang hari..

Aku jadi teringat dan terbayang-bayang wajah kesayanganku mumtazah maridi..

Aku tidak mahu meminta apa-apa oh Tuhan..

Kerna aku tahu dia telah lama redha...dan Engkau pasti lebih-lebih lagi..

Berilah yang terbaik buat sahabat yang membawa ke syurga ini..

Aku sayang ko kerana Allah mum!

Sayangnya pada Dia ya Allah T_T..

Air mata tumpah lagi..

Teringat kucupan yang telah lama berlalu... 

Dahi ko yang amat aku rindui..

Dengan pelukkan penuh kasih penuh sayang bersama tumpah titis air mata yang dulu itu..

Buat aku jadi makin rindu pada ko mum..

Hanya sempat mengucup dalam-dalam tangan kecil ko yang sejuk itu tatkala menziarahmu tempoh hari..

Demi Allah belum penah ada yang mampu membuat cinta sebegini dalam pada jiwaku..

Dan mashaALlah Allah memberi rasa ini padaku..

Aku sayang ko mum..

Kuatlah sayangku mum..

Dengan tulus hati bersama linangan air mata aku melafazkan ini!

Aku mencintaimu sahabatku!!kerana Allah..dengan cinta yang sangat sangat sangat..

Doaku tidak akan pernah lekang dan pudar.. inshaAllah T_T


(sekadar luahan kerana sudah sangat tak tertahan)


kematian yang berkah adalah kerana kehidupan yang barakah... 


Aku tahu yang engkau telah lama redha wahai sayangku mum.. moga Allah beri yang terbaik untukmu sayang..

12/13/13

sejuta chenta bersaudara



Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,  Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar     


Pertama-tamanya.. ye, aku bukan sesiapa..

Hanya hamba Allah yang hina..


Tulisanku bukan untuk dibaca oleh sesiapa..

Hanya nukilan ku untuk ku tembak tembak tepat dibatang hidung sendiri..inshaAllah, andainya perlu satu hari nanti.. kerna memang aku belum diuji, dan hanya menjadi pemerhati..


Yang pasti tulisanku untuk dihadam diriku dulu, dan kemudian diri-diri yang mungkin rasa tertembak sama..

Aku mahu tulis tentang ni..



KELUARGA


Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi... Nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini.. nikmat makanan yang memberi kekenyangan.. nikmat kerja yang memberi rezki kehidupan.. nikmat hujan yang memberi kedinginan.. nikmat matahari yang memberi kehangatan..nikmat keluarga yang memberi rasa bahagia.. nikmat kefahaman yang memupuk kesabaran.. nikmat bumbung yang memberi perlindungan.. nikmat pakaian yang menjaga kehormatan.. nikmat kesihatan yang memudahkan urusan..



Atas segala nikmat ini, kita bersyukur...kita tunduk dan bersyukur lagi... dan jika dihitung nikmat Allah mampukah kita?



Aku pernah menulis pendek untuk menembak diriku tentang hitungan manusia yang tidak pernah habis disini.. jika ditulis tidak termampu walau dengan tinta lautan.. jadi apa bisa terhabis untuk disyukuri?



Allahu Allah! ampunkan kami! ampunkan kami..



Jujur!aku sayang sangat sangat sangat sangat dengan keluarga kurniaan Allah pada aku..


Dan alhamdulillah setelah berbaitul muslim, ku punya dua keluarga besar..



Yang kedua-duanya ku mahu bersama disyurga..kusebut setiap nama dalam doa walaupun nikmat itu ku angkat dengan penuh muhajadah..



Hingga kasih itu tak tercukup untuk dilafaz dengan jutaan kata..


Tak sempurna untuk ditulis walau dengan jutaan kalimah..


Kerana kasih keluarga haruslah melebihi selayaknya..


Jadinya.. Aku jujur..Aku sayang mereka melebihi selayaknya..

Malah berbanding diriku sendiri..





Dan itu memang selayaknya berlaku...sebab Allah pon suruh begitu!


Banyak ayat chenta Allah yang sokmo suruh kita dahulukan keluarga/kerabat/adikberadik berbanding orang lain..As Allah said in these two beautiful words..



Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang  miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus  mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaklah diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin, dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang  kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” 
 (Al-Baqarah: 215)


Berbuat zalim (meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) apatah lagi.. Nauzubillah.. pastilah dimurkai Allah bukan?
Zalim andai kita menyakiti keluarga termasuk ibu bapa dan adik-beradik kita sendiri.


Mereka saudara sedaging sedarah..bergenetik hampir sama..


Ya! tapi memang berkepala tidak sama, bercara fikir jauh berbeza, berpendapat mungkin berarah random sana sini..


Itu fitrah! Allah dan kehebatannya mencipta manusia dengan jutaan idea dan pendapat berbeza..


Tak kisahlah! Tutup itu semua! Cari persamaan bukan perbezaan...

Pandang kebaikkan..hargai!


Pandang jasa dan kelebihan...syukuri!


Ada kekurangan maklumkan, bukan dibanding-bandingkan!


Pasti jika kita syukuri, akan ditambah kebaikkan pada drinya... akan ditambah kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.. Dan ini bukan formual perlaburan dunnia yang dijanji manuisa.. tetapi janji Allah kepada hambaNya.. SubhanAllah..MashaAllah Maha Baiknya Tuhan kitakan?



Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".  

Jangan sesekali kita menyakiti..


Zalim andai kita menghina, mencaci mereka..


Siapa mereka punya, jika bukan kita? 


Siapa yang paling layak support dan dokong mereka jika bukan kita?


Dengan keikhlasan paling jelas! jika bukan kita?


Kebaikkkan paling mulia haruslah pada mereka..


Sedekah paling cantik tentulah pada mereka..


Doa paling indah tentulah pada mereka..



Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku  termasuk orang-orang yang berserah diri". 

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Jika mahu masok sorga, tarik mereka juga..


Jika tak nak masuk neraka..selamatkan semua..



Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. 


Jika susah, diredha dan disyukuri...


Jika senang, dirai dan sama-sama mensyukuri..


Bukan berdebat sana sini, maki dan memerli..


Bersangka buruk, dan keep membenci..


Terlalu bersangka-sangka tidak akan membawa kemana.. Kerna tiada akhir kebenaran dari persangkaan itu... Makanya hanya buang masa. 


Dari persangkaan yang membawa kepada umpatan..maka fitnah pula jadinya..bukan kah buruknya fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan?.. takut bukan? hati-hatilah wahai insan..


Jangan berkata sesedap bicara.. takut-takut Allah murka..



Ini bukan bilangan ku si manusia hina...Tapi bilangan Allah pemilik kekal seluruh hakikat buana.. Allahuakbar!



Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. 



Allahu Allah! Aku sedih...itu bukan kasih abadi sesama siblings wahai insan..


selayaknya, sepatutnya harus!


Kasih paling dalam! selepas chenta Allah Rasul, ibu bapa..


Harus!


Bersangka dengan kebaikkan dan kebajikan terbaik..


Harus!


Bila memberi bukan untuk menerima..


Bila menerima, bukan perlu kembali memberi..


Kerana rugi...rugi...Allahu Allah...rugi sangat wahai insan..



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. 


Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.  


Bila berkata-kata biar memberi kedamaian..


Bila senyap biar bersama ketenangan..


Bila tersakiti, diam dan memberi maaf..


Bila menyakiti, sebut dan berbuat lembut..



Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.


Peluk dan dakaplah saudaramu dengan penuh kasih sayang..


Tanpa pura-pura dan dendam..



Sedangkan ukhwah paling lemah pun hanya dengan bersangka baik..apatah lagi lagi jika seburuk-buruk persangkaan kita beri kepada keluarga kita sendiri... dimana ukhwah? dimana pertalian keluarga? dimana persamaan darah dan rasa?



Sebelum menghukum, cuba kita berkasut dikasut mereka.. adakah kita mampu? kita tak kan mampu merasa sebab bukan kita berada ditempat dia..kita takkan mampu selami..takkan mampu mengerti..



Analoginya seperti kau berlebihlebihan menegur orang salah bertajwid ketika mengaji...sedang kau sendiri mengaji pun belum pernah..Allahu Allah!


Tidak takutkah andai Allah menguji engkau dengan hal yang sama..


Istighfar, insafi diri...


Raikan lah ahli keluarga kita..agar kelak Allah meraikan kita disyurgaNya.. Berlapang dada dan bersabar..



Pandang kebaikkan dan syukuri kebaikkan itu. Jangan dicari-cari kelemahan, kerna tiada yang berhak memberi hukum selain Allah.. 



Allah tidak menciptakan manusia itu sempurna.. Jadi jangan diburuk-burukkan kelemahan nya.. kerna kau juga mungkin punye lebih banyak kelemahan tanpa kau sedar.. 


Bezanya cuma kau sangat lantang berbicara..sedang lawanmu diam membisu dalam sabar..


Besides, boleh jadi si hina dimata kau itu sangat mulia disisi Allah! Redha Allah ada bersamanya dalam setiap tindak tanduknya, walau mungkin semua manusia menghinanya..


Allah!



Family love is forever.. till jannah! jaga dari dunnia supaya tidak goyah...dan bawa bersama sehinga ke syurga!



InshaALlah... love these small article, kata-kata manusia yang entah siapa.. googling sana sini terjumpa ini.. just put here as reminder pada diri



Keluarga, adalah ibarat miniatur surga yang di anugrahkan kepada manusia, sebagai bukti kasih sayang Allah SWT kepada hambanya. Disana adalah tempat berteduh dan muara terakhir bagi siapapun, setelah lelah beraktifitas seharian dengan dunia, dan atau dengan diri sendiri.Disana juga adalah tepat berbagi dan merebahkan sejenak hati yang jenuh, untuk kemudian menjadi segar kembali. 

Maka lihatlah betapa jika seseorang tiada lagi memiliki keluarga yang nyaman untuk tempatnya kembali, maka di dunia seluas apapun dia berada, maka terasa batinnya akan menjadi gelandangan yang tanpa tujuan dan gersang walau sebanyak apapun kepemilikan dunia telah di genggamnya. 

Dan keluarga yang melandaskan hati mereka kepada Allah, maka tak lain akan hadirnya kasih sayang dan keteduhan. Sebaliknya bila ada salah satu hati yang tidak lagi kompak dan menyisihkan Allah dari berbagai urusan mereka, maka seperti sebuah bom waktu yag tengah di pasang, maka tinggal tunggulah saja kehancuran dari keluarga tersebut.

Sungguh memang tak mudah menyatukan beberapa kepala, yang tumbuh tentunya dengan berbagai prinsip dan kepentingan serta sifat yang berbeda. Namun satu hal yang lagi- lagi harus kita ingat, bahwa tidak ada yang tidak mungkin jika atas nama Allah. Dan ketika kita meletakkan satu prinsip kita atas aturan Allah dan mengembalikan semua masalah dengan aturan sesuai dengan Al quran dan hadist, maka betapapun berbeda kita, maka segalanya akan terasa sama. Allah SWT adalah penyatu hati dan pikiran, serta penyejuk jiwa yang bergejolak dalam perbedaan.

Selanjutnya, komunikasi yang sehat dalam rangka berikhtiyar menjaga keutuhan dan kebersamaan antar keluarga adalah juga mutlak diperlukan. Maka jangan suguhkan kata- kata sampah ataupun raut muka yang tidak menyejukkan disana. Hawa negatif sama sekali tidak akan memperbaiki keadaan kecuali hanya semakin memperburuknya. Tidak ada orang yang bisa mengerti dan mau dimengerti dengan bahasa yang negatif, dan sekasar apapun manusia, namun diapun pasti berharap untuk ditegur dan diperlakukan dengan sangat santun. Sekali lagi, jika pengertian dan kasih sayang telah kita niatkan kepada keluarga kita atas nama Allah, maka tidak akan ada yang sulit untuk melakukanya. Disinilah akhirnya kualitas kita sebagai manusia dan anggota keluargapun teruji. Dan bagaimana akhirnya kualitas tersebut, kita bisa menjadi saksi atas diri kita sendiri. 

Maka jauhkanlah kemarahan dan cuaca neraka ketika kita ada di dalamnya. Sejuknya sebuah pengertian dan kestabilan diri dalam mengontrol emosi, menjadikan keluarga terasa bagai oase kecil yang mewujud nyata dari sebuah kasih sayang Sang maha kuasa.   Maka terbiasakanlah kelembutan dan kasih sayang hadir disana. Karena bagai sebuah oase hidup, keluarga akan menjadi tempat yang sangat dirindukan untuk kembali, ketika dimanapun jasad kita berada.

Dan jika sekarang kita adalah bagian dari seseorang yang berada dalam ambang kehancuran sebuah keluarga, ataupun dalam masa penyembuhan dari keretakan yang terjadi atas keluarga kita, yakinlah bahwa tidak ada kata terlambat, jika kita masih mau berbuat sesuatu. Walaupun akhirnya nanti, tidak semua keinginan kita terpenuhi, namun pastilah Allah tidak akan sia- sia dalam memberikan episode kehidupan kepada kita. Berbagai hikmah serta pelajaran bisa kita ambil, untuk menjadikan diri kita lebih baik dari yang pernah ada sebelumnya. 

Dan sebuah keluarga yang menentramkan sebenarnya adalah yang menjadi impian bahkan bagi seburuk- buruk manusia. Disanalah dia tercetak menjadi pribadi seperti apa, dan tergambar dengan bagaimana cara dia menghadapi hidup dan kehidupannya selanjutnya. Dan hanya keluarga yang memiliki dan melandaskan segalanya hanya kepada Allah SWT sajalah, yang akhirnya akan menemukan arti sejati dari apa yang disebut dengan kerukunan dan kebahagiaan.



sejauh manapun kamu membenarkan apa yang kamu rasa benar..tidak akan membawa kemana jika tiada redha Allah didalamnya.. 

Berdoalah dengan solat dan sabar jika kau mahu menang...bukan dengan menyakiti manusia disekitarmu..


waallahualam..


Jujur aku takut menulis begini... Tapi moga Allah selamatkan orang yang membaca dari tersakiti akibat tulisan tangan ku ini.. Semoga Allah membuka hati-hati kita.. mendamaikankan persaudaraan kita..menyejukkan kemarahan kita.. membuka jalan iman ke syurga.. Dunia ini hanya permainan sementara.. rugi andai kita lupa tentang itu..


Ramlah,
IAMM
5.50pm

11/20/13

Hadid 20 wake UP!

alhamdulillahirabbilalamin
alhamdulillah ya Rahman ya Rahim

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

(alHadid:20)



I love these love words from Allah..very much..terngiang-ngiang pagi petang siang malam.. but then, percayakah aku belum beriman lagi dengannya.. dush! dush!



berhari-hari..berminggu-minggu

hancus usaha kerana lalaikan dunnia
hancus niat kerana lalaikan dunnia
hancus mujahadah kerana lalaikan dunnia

sedang aku nanti diakhirat seorang diri tanpa ada dunnia menemani
macam mana tu?


and sudden... yesterday.. lunch date..


''ayang, bila ayang nak baca _  _ _ _?''


menitis air mata mendengar soalan dari kesayanganku ni
dalam kesibukkan dunnia dikanan kiri
aku tak pedulik
terus menitis dan mengalir lagi

satu dari amalan ahli syurga, asas seorang mukmin.. mendengar tazkirah direct dari Ilahi.. amalan itu dah tidak lagi menjadi sebahagian dari diriku. dah lama aku tidak bertemankan dia. dan dah lama aku tidak menemani nya.. sejarah dahulu bertahun bersama.. kesana sini tidak pernah berpisah.. Allah! sekarang bila sudah ada kesayangan baru aku tinggalkan dia?! Oh Ramlah!

sejuk hati, tertampar pipi
ya sudah berhari-hari dan berminggu dalam dunnia mujahadahku, aku cuba mengambilnya untuk dibaca

tapi,

nantilah
tak sempatlah

innalillah wa innailaihi rajiun
ini bukan musibah, tetapi kejahilan..
mengingatkan diriku untuk WAKE UP!


dunnia ini tidak lama!
abang dan abid tiada bersama diakhirat nanti unless we meet at syurga
yeah we will meet at syurga! we must! we should!
and I should work for it!
And syurga Allah are not for free

Allahu Allah!


''janganlah nanges, takpe nanti petang kita pergi ambik ye..ayang letak kat dalam kereta kan..''


and today, I start to read it again.. and InshaAllah I want to istiqamah..again...istiqamah.. dan istiqamah itu pastinya dalam mujahadah yang sangat besar..


but not sure berjaya atau tak.
tapi aku yakin! Allah hitung usaha bukan hasil!


doakan me!






10/2/13

where is those turning?

mereka yang pernah merasai those turning will understand.....those feeling....

it must be a turning point! somewhere.........



long time ago.. at the edges of the turning.. rindunye!


back to the fitrah
revert to the Islam
convert from jahilliah


Astaghfirullah al azim.


aku menunggu bila junction itu akan sampai
to make those turning
to get back those feeling
and istiqamah with it!

arrrhhh payah!


dunia dan tipuannya!
dunia dan angan-angannya!
dunia dan mimpi panjangnya!


aku lelah dalam doa
aku lelah dalam solat
aku lelah dalam mujahadah


i am tired and sick with it.


bila lagi?
saat tiada nanti memberi ruang bila izrael datang menjenguk mu duhai jiwa!
saat dunia tiada tunggu memberi peluang bila israfel sedia meniup sangkakala duhai raga!



tatkala menjadi dari kalangan sang rugi apa lagi bisa kau perbuat???!!!


cant anyone out there help me?!
i need to be back on those road..
be in the same train with the true abid and khalifah


i am too far...


i am still look for those turning..
i look and wait for it..



macammanapun actually i know and you also know kan yang those turning was always there..


its just me
right?



7/31/13

kosong!!

Ramadhan sedang berlalu
namun jiwa masih sakit!
jiwa masih kosong!




wahai hati yang sedang derita
wahai kemarahan yang entah apa.

kamu tiada nilai disisi diriku
kamu tida harga untuk dibela dan dipandang dunia.

kamu hanya sisihan tinggalan syaitan durjana
berbaki di ramadhan yang mulia

wahai jiwa yang sedang berduka lara
beriman dimalam2 hari
beriman dipetang2 hari
bermaksiat dicelah masa sana sini
Allah! oh Allahu Allah!

wahai hati yang sedang bermujahadah
biarkan dunia dan seisinnya
akhirat milik mu hanya kamu
tiada dia, mereka dan sesiapa
akhirat hanya milik kamu
diukur atas laku dan tindak kamu
bukan sesiapa

wahai hati yang lemah longlai ditipu dunia
jangan berputus asa mengejar mimpi nyata
meninggal dunia dan kejahilannya

astaghfirullah al azim
wahai amarah
wahai dengki dan segala kedengkian
wahai mazmumah serta konconya
manjauh lah kamu dari diri aku

tinggalkan aku
tinggalkan aku
ohh TUHAN!

wahai iman dan taqwa lembutkan lah jiwa
santunkanlah fikiran
santunkanlah hati dan kata
santunkanlah jiwa dan ehsan

maafkanlah dunia dan seisinya
berpeganlah pada Dia yang Esa.

astaghfirullah al azim


Ramadhan sedang hanya tinggal berbaki.





4/18/13

zalim!




zalim kerana meletak sesuatu bukan pada tempatnya!!




Innalillahi wa innailaihirajiun.

Duhai sayang si ahli syuga
duhai buah hati yang tercinta.
duhai si comel yang tiada daya

aku sangat mencintai kamu
dengan seluruh jiwa dan raga.

aku zalim!
menzalimi kamu yang belum punya daya.
aku letih menahan amarah yang seperti tiada berbela.
menguasi jiwa dan raga.

bagaimana aku biasa membiarkan tangisan mu berlalu.
bagai angin tanpa rasa.
pelik dan pelik!
aku berdosa
aku sesal dalam ketakutan
aku menangis dalam kesakitan
aku bingung apakah kerana kejahilan
ataukah sekadar kegilaan warisan?
Ohhh!!!

membiar sekecil sepertimu sedemikian keadaan.
tangisanmu, teriakmu merobek hati ku.
tapi ego amarah membantut tindakku
menghalang ehsanku 
meracau kotak fikirku
zalimnya aku ya Tuhan.

Oh Tuhan
bukankah aku ini hambaMu
bukankah aku pernah berbuat sesuatu?
maka bantulah aku

aku tidak kuat menghadapi kezaliman diriku ini.
aku tidak mampu megecam diri
aku mahu seperti dulu
kuat menghadapi walau sendiri
kuat berjuang dan berdikari
kuat berbuat walau tidak mengerti dan belum mengimani

itukan aku yang dulu?
dan pasti Kau lebih kenal ku berbanding diriku sendiri?
bukankah telah ku ungkap ini berjuta kali?
aku sedar
aku tahu
maka tolonglah aku merayu
kuatkanlah aku dalam mujahadah menepis mainan dunia
dalam empuk lena mimpi
dalam gembira tawa tapi sepi.

Oh Tuhan.
rintih ini aku tidak pasti
status diri tidak dapat ku kenali

aku hanya mencoret melaung kepenatan hati
berjuang dipagi dipetang dan dimalam2 hari

tapi sekali lagi
aku buat tidak tahu akan akhirat yg menanti
sedang itu kan sudah pasti

kutkanlah aku menghadap mimpi
yang justeru nanti membantu menguat mengatur hidup ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...