Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

12/9/15

Another hijrah chapter

02 september 2015..

ummi at my new work place.
hijrah yang besar demi anak-anak, keluarga dan yang paling utama untuk menyelamatkan diri ummi sendiri.

so far just complete my three days and ummi dah jatuh hati kat sini.. semoga Allah memudahkan kerjanummi dan jalan hijrah ummi.

agar membawa selamat sehingga ke akhirat.

cuma, ummi masih gentar dan takut bagaimana bentuk ujian yang akan didatangkan Allah di sini. kerana ujian tu pasti ada sebagai tiket ke syurga Allah kan. huhuhuhu

just wait n see.


Hijrah 2015

Bismillah walhamdulillah..

Dari Ampang ke Gombak..
Dari IAMM ke SMIAAG..

After making such a big decision... 
Big grateful..
No regret inshaAllah..

With such a happy environment..
Happy kiddo..
Happy ummi..
Happy abhi..
Happy holiday kikikiki..

Alhamdulillahirabbilalamin for each and every momento..







8/17/15

iamm in a memory 1

Hidup itu satu perjalanan. dan laluan setiap orang tu tak sama. dan ummi tidak punya hak menentukan jalan yang ummi nak lalu. semuanya dalam hak dan aturan Allah. nak atau tak ummi tetap kena akur.. sebab bila ummi kata nak ummi actually follow Allahs order and bila ummi kata taknak actually also following Allahs order.

thats life.

making friendship..family...


then keep walking..

yg pasti tiada kerugian dalam membina persahabatan. sebab once we made the relationship then our doa has been cover by our friend. inshaAllah.. if its truly friendship

walau berbeza laluan namun destinasi tetap sama. mengadap Allah juga diakhirnya. dan disana we all will meet again. di syurga Allah kelak inshaAllah.

just place some picture of my sweet memory here..






from left 
zarrul, abang amir, kak sharul, me, kak siti, aishah, kak fid, kak fiza, kak malia, zaid, idrus, pejal, kek elley, mr zink, kak gee







conservation department, islamic arts museum malaysia, jalan lembah perdana, kl..

thats it..tak sangka ummi dah spend 4 years here. dari bujang sampai dah beranak dua.

alhamdulillah for each and every moments yang dianugerah bagi ummi disini..

i love them all

8/16/15

14days left

14days left..


aku sangat sakit untuk meninggalkan nikmat yg Allah anugerah bagiku disini..

ya. dunniaku..

terlalu banyak kesedihan dan terlalu banyak bermain dengan emosi..

we stay work together.. spending 8hours per day like a family... actually more than a family..

Jadinya hanya membayangkan sudah membuat air mataku bercucuran apatah lagi hakikatnye i will leave this place like forever.. inshaAllah..

hijrah.pengorbanan.

demi akhirat ku yang entah bermain dengan angan-angan entah nyata..

yg pasti demi permata-permata syurgaku..

agar Allah memberi kebaikkan bagi mereka dengan persekitaran baru nanti..

dan tidak ku sangka doaku yang kadang2 hanya bermain dengan kata-kata dimakbulkan Allah..

sedang, diriku sangat hina.. bagaimana bisa ku menerima nikmat sebesar ni. jadi dangat tak pantas malah zalim andai aku menolaknya.

dunnnia dakwah.

andai selama ini aku bermain tarik-tali

tapi, kali ini, aku tidak boleh lari. tiada peluang. kerana memang aku terikat bekerja dalam persekitaran dnt

semoga Allah membalas dengan kebaikkan yang banyak atas2 insan2 yang selalu mendoakan keterikatan ku dalam dnt.

gila takut.

tapi kalau aku tolak.

itu namannya gila zalim.

bismillah.






9/20/13

BOS MUTLAK

Alhamdulillahirabbilalamin..

masih chemist di Islamic Arts Museum. Alhamdulillah kerjanya mashaAllah super osem best! 

Masa berlalu, hari berganti hari.. minggu berganti mingu..

EL berganti EL.. MC tak bernilai lagi.. cuti huii sangat dihargai..

Begitulah. tapi apakah kaitan? kuikui..

Ujian seorang ibu berkerjaya.. so far setiap bulan akan EL sekali. namapun EL ofcoz due to emergency. Tapi bulan ni je dah 3 kali EL.. due to si abid demam.,dan bulan ni belum tamat, means adakahjumlah EL tu akan bertambah? Moga tidak ya Allah T_T

Namun itulah ummi, walau ada si abi mana mungkin sanggup tinggal si kecil dengan abi jek. lagi2 tengah demam..sayu hati ummi wahai anak! Biarlah nak kata apa, hilang kerja takpe asal tidak anak.

Cuti peruntukan muzium cuma sehari sebulan, dan sebulan tu confirm disimpan untuk checkup si abid. walaupun hanya untuk ambil berat. Kalau tak ready dengan cuti terpaksa lah EL kalau lambat.. lagilah teruk.

Jadi untuk cuti lain-lain? tiada harapan..........
Cuti2 Malaysia? no
Cuti raya? no
MC untuk diri sendiri? better no

Tapi moral of the story..yang memilih untuk berkerja disini adalah diri sendiri..so kenalah telan semua tu. Bila dapat bos yang berhati batu (astaghfirullah doakan dia plak huhu, berhati air kot) kenalah juga telan kerana diri sendiri yang memilih dia menjadi bos duniaku. Yang penting bos akhirat redha cukuplah..

Tapi stress memang stress.. adeke increment tahun ni? dengan kenaikkan duploh sen yang menaikkan semua benda. adakah berjaya menaikkan gaji diri ini skalik? kuikuikui..

remember Ramlah!

Rezeki, ajal, bahagia, sengsara..everything is on Allah.
Kalau Allah kata ada, so adalah rezekinya nanti..

The famos hadith! you know it kan?? (nampak noouu belum habis beriman dengannya) oh Allah!


Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan:  
Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya roh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.  
Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga  maka masuklah dia ke dalam syurga.  
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Walau buruk mana pun kamu atas mata manusia itu, if Allah kata ada rezeki untuk kamu..maka akan adalah.

Manusia hanya mentadbir harta-harta tetapi yang empunya mutlaknya adalah Allah.

Malah yang memberi kecukupan juga Allah. Walau teruk mana duploh sen mempengaruhi segala dan semua benda. (roti dan naik 15sen semalam hahaha) TETAP tidak mempengaruhi kecukupanmu jika ia dijaga Allah.

Jadinya sujudlah dan merayu serta tagihlah pada Allah dan bukan pada bos duniamu tu ye wahai Ramlah.

kerana BOS MUTLAK tetap adalah Allah.

(All these are bebelan pada diri sendiri) sekian..............

10/20/11

museum 1 (seramik cute!)




Alhamdulillah



“Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas.” 

(HR Ahmad)

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” 

(HR al-Baihaqi)





hehehe

suka sungguh semasa turn belajar di seramik unit.. bermain dengan tanah, menguli tanah dan boleh buat ape saje benda yang kita suka.. belajar manufacturing technique.

hampir semua benda yang kita pakai adalah seramik, pinggan mangkuk, mug, konduktor electrik, even mangkuk tndas dan macam2 benda lagi..


Clay yang sudah siap dibentuk kena bakar lebih kurang 900 degree then lepas sapu glace (untuk hasil kilat kekaca) kena bakar lagi 1000 degree. Bukan senang.. tp seriously rasa macam nak beli clay then buat pinggan mangkuk sendiri.. sangat menarik.

inshaallah benda yang aku paling terkesan adalah Allah bagi tanah yang kita pijak dan kita tak berapa nak pandang pun sebenarnya, tapi hakikatnya ia adalah keperluan yang teramat penting untuk hambanya.

sekali pandang macam manusia sangat hebat sebab boleh mencipta macam2 benda dengan tanah kan? siap set temperature..study physical and chemical properties, blablabla..namun hakikatnya Allah bagi tanah siap-siap dah set memang untuk keperluan yang ini.. mashaALLAH!

thanks Allah!

subhanALLAH~ sangat terkesan~


















dahsyat decoration yang diorang buat pada my box. Asalnya diorang nak buat aku ‘’marah’’ dengan decoration merepek ni.. haha tapi success untuk balas dengan senyuman then at the end diorang gelak. Walaupun baruje plan nak tampal2 bunga cute2 gitu.. small matter kot ^_^~









alhamdulillahirabbilamin aku bersyukur dan bahagia dengan rezeki ini Tuhan.

p/s: nak tengok hasilnya kena tunggu la~ :PP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...