Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label BULATAN CINTA. Show all posts
Showing posts with label BULATAN CINTA. Show all posts

1/2/14

bulatan tahun baru!

Alhamdulillahirabbilamin. SubhaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar!

Im having this yesterday..walau cuma hanya bersisa 10 minit berbaki sebelum mula bekerja, syukur Allah memberi ku langkah..

i should cut those tarikh, replace by 02/01/2014..see? its has been so long Ramlah.. Oh Allah!


Takpelah!

Ku mahu fikir dan menyusun arah! walau hati tika ini tidaklah sangat berbunga pon... walau iman tidak semanis manapon.. namun ku gagahi..biar walau terpaksa! moga ini jalan menuju syurga.. inshaAllah..

Moga Allah redha

Moga Allah redha

Moga Allah redha.

12/22/13

detik BERCINTA!

Bismillah..


"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. 
(Hud: 56)
   

Harini aku dalam mujhadahku yang tersendiri..


Ku angkat doa dalam-dalam.. Oh Allah! kuatkan aku..


Tiada daya tanpa daya yang Kau beri.. tiada upaya tanpa upaya yang Kau beri.. Tiada kuat tanpa kekuatan yang Kau beri.. 


Ku angkat lagi doa dalam-dalam.. Kuatkan aku ya Allah!..


Alhamdulillahirabbilamin aku masih kuat untuk setengah hari ini..


Walau hanya berbekal dua teguk air sebelum subuh-subuh hari..


Mujahadah fizikal dan mental semenjak bergelar ibu..


Akau malu walau Allah sudah beri keringinan pada ku..


Kerna apalah sangat! bukan ada nyawa tertaruh..bukan ada wang ringgit tergadai.. Allahu Allah apalah sangat..





(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 



............................................................................................................


Tatkala panggilan zohor menyinggah


Aku melangkah


Terdetik dihati apakah ada rezeki Allah aku bertemu si dia?


Yang dimaki keji atas dahsyatnya perilaku manusianya..Allah!


Yang ditakuti digeruni atas akhlaknya yang tidak bisa diagak disangka..Allah!


Takbir ku angkat bersama tawakal..


Sempat mendetik dihati...dia hamba Allah hanya insan biasa..


Walau fitrah ku menolak menarik takut menyelimut jiwa raga..


Ah biarlah! at least dia lebih baik dariku kerna bersolat dua rakaat sebelum empat zohornya..


AllahuAllah..


Tiada syurga bisa dijamin manusia..


Seni rahsia Allah pemegang redha hakiki semesta..


............................................................................................................


Selesai ku angkat hijab menyarung mahkota wanita..


Terpanggil dia menegur ku mahu mengagak siapa..


Ku pndang dia (moga2 tidak aku dimaki dihina...Allah tak sanggup dah)


Rupanya Allah menghantar senyum dari Dia melalui hambanya ini..


Ku kembali membalas senyuman itu..


Namun ntah mengapa ada titis air mata mahu mengalir tatkala ku melangkah keluar..


Dalam rupa yang digeruni itu...aku sangat tersentuh dengan senyuman si hamba yang baru sahaja kusemat didada..



Allahu Allah limpahkanlah..anugerahkanlah hidayah pada dia..ikhlaskan dia dalam perilakunya..bataskan dia dalam zalimnya..sejukkan dia dalam marahnya..rasionalkan dia dalam kegilaannnya..Allahu Allah ku mohon..perkenankanlah..

Itulah Allah dalam seninya yang mahu menegur, menyapa lantas memberi insaf pada kita..

Yang utama, fikir dalam-dalam dan hayati bait-bait setiap perkara..


Moga Allah kekeal dan tetap memberi ku idea..


Agar itu lntas menjadi hidayah menguat jiwa yang selalu tewas dengan dunnia dan mimpinya..


Allahu Allah


Alhamdulillah....


Mimpi hari ini sangat banyak mendidik..


............................................................................................................


Dan aku bakal punye bulatan gembira.. inshaAllah.. detik hati yang Allah hantar itu perkhabaran benar rupanya.. Alhamdulillah..

10/3/13

ikatan double cheese amazing!

ikatan double cheese amazing

(pakcik suami dan abid ecik pon suka cheese - ok nothing relate here hui!)

dah penah post gambar ni, just as reminder to me myself.. aku mahu nikahi lagi ikatan inik!

alhamdulillahirabbilalamin..
moga-moga dan inshaAllah hari ini lebih baik dari semalam.
dan aku mahu ia kekal menjadi lebih dan lebih baik..


12mukasurat report analisis tentang artifak berdiamond. meletihkan akal, menepukan fikiran. aduh!



tapi syukur! kerna ada pekerjaan untukku..
(tiba-tiba jdi teringat akan dhuha ku yang dulu.. mode:muhasabah! huh)


ceritanya tentang ikatan yang mashaAllah double amazing!!.
ikatan yang dicemburui para nabi dan syuhada
ikatan mahal yang mahu dimusnah si musuhmusuh islam
ikatan yang diikat atas nama Allah
berpaksi atas iman yang sama
fikrah yang sama
ikatan yang malah lebih kuat dari ikatan suami isteri
kerna tiada akad perlu dilafaz
tiada borang perlu diisi
tiada saksi dikanan kiri




aku jadi sangat terasa tentang ini,
kerna lately ada junior curator baru masuk.


ye, dia punya bulatan gembiranya sendiri mungkin.
membuat aura itu tertusuk sampai kehati ku
walau solat berjarak dua kaki cuma



serius! i can feel it..
you see? how cantik those ikatan?


pernah rasa x?


nak tegur dia, tapi malu-malu kucing..meow~
kot2 dia ada group usrah ke.. ngeeee boleh join dua kaki! yahoo! ke Allah hantar dia kesini untuk aku?? Maha Baiknye Allah!



(dah dah apa yang aku merepek ni @_@) cau!






ads~meh kasi double sepah seleerak serabut sikit gambar diamod kt blog ni! biar ingat sampai expired..xnak object ni masuk lab i lagi! kihkihkih

but u know something, mashaAllah diamond are soo beutiful. dicipta Allah menjadi perhiasan bagi wanita. juga lelaki of coz.. thanks Allah! cumanya aku masih belum punye satu. mahu jugak!










 




see sungguh dan sangat lah bersepah!
mum ko baca blog aku tak ekk?.. tripple rindu kat mum!!!!!!!

sudahh double merepek ni..

7/12/12

kehendak, TETAPI.. (al-Ihsan)


cukup untuk menjelaskan.. 
semuanya dan segalanya adalah hak Allah..


bersyukur dan berterima kasih ke atasNya, pengatur dan penentu segala perkara..


memohon dan hanya berharap kepadaNya yang menyusun dan mengelola segala cerita..




Ramlah,
iamm,KL

1/18/12

Kelesuan Selepas Bermujahadah??









Aku sangat beriman bahawa segala urusan dipegang oleh Allah..



Segala nikmat juga dalam agihan dan pembahagian Allah.. dengan ukuran yang PALING TELITI.. dari yang Maha Teliti.



Malah sedarkah kamu menulis ini juga sebahagian dari anugerah dariNya.. adakala merasa sangat tercurah dengan isi dan idea untuk menulis.. adakala kering dan dahaga mencari ape yang mahu ditulis.. huhu dan yang paling teruk, malas dan putus asa mencari daya untuk menulis..



Ya! Dalam tangan Allah yang memegang hasil…tapi usaha adalah pilihan diri sendiri.. usaha yang dinilai Dia..




Sitting ku DL2 yang semalam baru berlalu… benilai beberapa minit cuma… kami habis awal semalam, tapi kisahnya cukup dalam dan cukup cukup cukup memberi kesan.. 



Kerana itu aku selalu bilang, 
Jangan dinilai pada isinya,
Jangan dinilai pada sedap makanannya, 
Jangan dinilai pada happy gelak tawanya, 
Jangan dinilai pada hebat si mak naqibahnya, 
Jangan dinilai pada hebat anak-anak usrahnya,
Jangan dinilai pada kandungan yang berjela-jela,
Jangan dinilai pada panjang waktu duduk berbulatannya..




Kerana yang memberi walau secebis cuma itu, tetap HANYA Allah..apatah lagi jika yang didapati berkepuk-kepuk..sehingga cair jiwa dan cair ragadalam menerima rasa recharge iman dan taqwa… sebagai kesan usrah itu tadi..


Kerana itu aku juga sangat mencintai analogi mangkuk yang diberi ummi ina entah sejak berapa lama dahulu.. alhamdulillah apabila kita bersedia menadah mangkuk (membuka hati) untuk menerima apa jua didikan dari Allah sewaktu bersitting, pasti Allah akan memberi kepada kita. Dan pemberiannya itu bisa wujud dalam bentuk apapun.. hanya kita perlu sentiasa bersedia dan alert untuk menerima.


Yang banyak disyukuri..yang sikit juga disyukuri..

Alhamdulillahirabbilamin..




''Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana rosaknya langkah bermula..'' (Muntalaq)






''Kenapa kamu bawa adik-adik kamu?'' tanya ummi kami..



Inilah jawapan kanak-kanak kami:

''kerana tanggungjawab''
''kerana amanah.''
''kerana kasih kerana sayang pada mereka..''


(kerana kami hanya bertiga jadi jawapannya cuma tiga..jawapan siapa dan milik siapa biarlah rahsia)




''akak? kenapa akak bawa kami'' tanyaku


(sambil menanti dengan sungguh-sungguh-sungguh tidak sabar apakah jawapan ummi ku)


''Namun bukankah semuanya sepatutnya adalah semata-mata KERANA ALLAH SEMATA'' kata ummi



ya!



Itulah jawapannya wahai jiwa..
Itulah jawapannya yang akan meringankan bahu yang berat..
Melunakkan telinga yang perit..
Memaniskan hati yang terasa pahit dan kelat..




Begitulah selayaknya. Kerana dengan niat yang betul dan jelas akan membetulkan setiap langkah sejak dari langkah bermula. Jadi teringat dengan innnamal a’malubinniat (hadis 1). Sangat betul kata Nabi Muhammad.




Jadi maaf ya wahai manusia~ aku tidak peduli  akan kata-katamu, kecuali jika katamu itu untuk menambahbaikku dan aku juga tidak akan peduli akan fikir-fikirmu kecuali jika fikirmu itu untuk menambahbaikku.








Mujahadah kita masih jauh,malah masih tidak akan pernah habis, kerana Rasulullah SAW juga pernah bersabda..






''Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu.''





Semuanya hanya kerana Allah..KERANA ALLAH yang akan melingkupi  SEMUA KERANA. Maka aku tidak pernah mahu berhenti..




Walaupun langkah telah lama bermula, takkan pernah salah untuk melangkah dengan langkah yang baru kan? Hihihi



YiiIHHhhhaaaaaa!!! Lets go!!!!

10/12/11

Bulatan CINTA~





Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada 
segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan 
syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi 
dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah. 



Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka? 



Rasulullah bersabda:''Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang 
dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga 
bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.''












































mereka merasakan aku mentarbiah mereka, tetapi hakikatnya ALLAH lah yang

 mentarbiah mereka..



&



mereka merasakan mereka ditarbiah, tetapi hakikatnya mereka lah yang 

sebenarnya telah mentarbiah aku







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...