Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label USRAH. Show all posts
Showing posts with label USRAH. Show all posts

1/18/12

Kelesuan Selepas Bermujahadah??









Aku sangat beriman bahawa segala urusan dipegang oleh Allah..



Segala nikmat juga dalam agihan dan pembahagian Allah.. dengan ukuran yang PALING TELITI.. dari yang Maha Teliti.



Malah sedarkah kamu menulis ini juga sebahagian dari anugerah dariNya.. adakala merasa sangat tercurah dengan isi dan idea untuk menulis.. adakala kering dan dahaga mencari ape yang mahu ditulis.. huhu dan yang paling teruk, malas dan putus asa mencari daya untuk menulis..



Ya! Dalam tangan Allah yang memegang hasil…tapi usaha adalah pilihan diri sendiri.. usaha yang dinilai Dia..




Sitting ku DL2 yang semalam baru berlalu… benilai beberapa minit cuma… kami habis awal semalam, tapi kisahnya cukup dalam dan cukup cukup cukup memberi kesan.. 



Kerana itu aku selalu bilang, 
Jangan dinilai pada isinya,
Jangan dinilai pada sedap makanannya, 
Jangan dinilai pada happy gelak tawanya, 
Jangan dinilai pada hebat si mak naqibahnya, 
Jangan dinilai pada hebat anak-anak usrahnya,
Jangan dinilai pada kandungan yang berjela-jela,
Jangan dinilai pada panjang waktu duduk berbulatannya..




Kerana yang memberi walau secebis cuma itu, tetap HANYA Allah..apatah lagi jika yang didapati berkepuk-kepuk..sehingga cair jiwa dan cair ragadalam menerima rasa recharge iman dan taqwa… sebagai kesan usrah itu tadi..


Kerana itu aku juga sangat mencintai analogi mangkuk yang diberi ummi ina entah sejak berapa lama dahulu.. alhamdulillah apabila kita bersedia menadah mangkuk (membuka hati) untuk menerima apa jua didikan dari Allah sewaktu bersitting, pasti Allah akan memberi kepada kita. Dan pemberiannya itu bisa wujud dalam bentuk apapun.. hanya kita perlu sentiasa bersedia dan alert untuk menerima.


Yang banyak disyukuri..yang sikit juga disyukuri..

Alhamdulillahirabbilamin..




''Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana rosaknya langkah bermula..'' (Muntalaq)






''Kenapa kamu bawa adik-adik kamu?'' tanya ummi kami..



Inilah jawapan kanak-kanak kami:

''kerana tanggungjawab''
''kerana amanah.''
''kerana kasih kerana sayang pada mereka..''


(kerana kami hanya bertiga jadi jawapannya cuma tiga..jawapan siapa dan milik siapa biarlah rahsia)




''akak? kenapa akak bawa kami'' tanyaku


(sambil menanti dengan sungguh-sungguh-sungguh tidak sabar apakah jawapan ummi ku)


''Namun bukankah semuanya sepatutnya adalah semata-mata KERANA ALLAH SEMATA'' kata ummi



ya!



Itulah jawapannya wahai jiwa..
Itulah jawapannya yang akan meringankan bahu yang berat..
Melunakkan telinga yang perit..
Memaniskan hati yang terasa pahit dan kelat..




Begitulah selayaknya. Kerana dengan niat yang betul dan jelas akan membetulkan setiap langkah sejak dari langkah bermula. Jadi teringat dengan innnamal a’malubinniat (hadis 1). Sangat betul kata Nabi Muhammad.




Jadi maaf ya wahai manusia~ aku tidak peduli  akan kata-katamu, kecuali jika katamu itu untuk menambahbaikku dan aku juga tidak akan peduli akan fikir-fikirmu kecuali jika fikirmu itu untuk menambahbaikku.








Mujahadah kita masih jauh,malah masih tidak akan pernah habis, kerana Rasulullah SAW juga pernah bersabda..






''Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu.''





Semuanya hanya kerana Allah..KERANA ALLAH yang akan melingkupi  SEMUA KERANA. Maka aku tidak pernah mahu berhenti..




Walaupun langkah telah lama bermula, takkan pernah salah untuk melangkah dengan langkah yang baru kan? Hihihi



YiiIHHhhhaaaaaa!!! Lets go!!!!

10/12/11

Bulatan CINTA~





Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada 
segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan 
syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi 
dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah. 



Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka? 



Rasulullah bersabda:''Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang 
dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga 
bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.''












































mereka merasakan aku mentarbiah mereka, tetapi hakikatnya ALLAH lah yang

 mentarbiah mereka..



&



mereka merasakan mereka ditarbiah, tetapi hakikatnya mereka lah yang 

sebenarnya telah mentarbiah aku







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...