Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

10/29/24

P-leatine

Aku tidak sangka setelah setahun lebih hari ini akan tiba. Hari dimana aku sudah mula berat untuk update tentang P-lestine. Bukan kerana aku bosan. Tidak.

Tetapi kerana jiwa aku sudah parah. Tak sanggup nak berada di titik lemah jiwa dan diri. Aku bagaikan sudah tidak sanggup untuk melihat lagi. Memalukan! Sungguh memalukan! 

Yang sekadar hanya melihat di skrin-skrin keparahan, kesakitan, penderitaan tak berkesudahan pun sudah berat Ape lagi yang menghadapi berhadapan dengan jiwa dan badan. Moga Allah memerdekan P-lestine. Mensejahtetakan mereka. Memelihara mereka. Fan menghancurkan musuh2 mereka dengan kehncuran yang abadi.

Aku malu akan lemahnya diri aku.


10/22/24

Atok nenek.

Entah kenapa. Rasa kosong menerpa. Buat aku rajin mengimbau benda-benda lama. Termasuklah blog ini. Yang menjadi tempat aku mencoretcirit kisah hidup sendiri. Buat rasa nak coretcoret kembali. Benda2 kosong yang tak nampak bererti tapi nilainya nanti akan tak terjangkau aku tahu akan aku syukuri bila semua perjalanan ini menjadi kenangan yang hanya untuk diratapi tidak lagi mampu dinikmati.

Ok cukup!

jomla tulis.

Abahku si ahli syurga. Baru-baru ni umi kehilangan pakcik limin. Pakcik umi. Suami kepada cik busu (adik nenek). Sempat umi berziarah ke PPUM untuk bersilaturahim yang rupanya buat terakhir kalinya. Dan masa cik limin meninggal umi tak dapat ziarah sebab abi kerja. Dan baru-baru ni ada kenduri tahlil cik busu buat. Jadi umi tolong jagakan atok sementara nenek dan cik yes pergi ke kenduri tu.

Dan kakak yusra umi hantar sebagai wakil umi🤣
Besar dah kakak yusra boleh jadi kawan nenek peneman nenek.

Nenek, kakak yusra dan kak noor (sepupu umi)

Jadi umi dan atok berlalalalal lah kita dirumah. Kita movie-date dengan atok. hahhahah dah lama teringin nk tengok cerita kabhi kusyi kabhi gham. Tapi cerita hindustand memang lama nak meninggal kan. Sape je sanggup nk layan sorang2 3 jam. Tapi sebab atok ada dan atok suka hindustand kita layan sama2 haritu hahahah. melekat punggung bak kata abi🤣

Tengok atok tu. Sekejap tido sekejap bangun. eh tak habis lagi citer ni🤣🤣🤣Sebenarnya atok cuma suka layan bahubaali. Kalau pergi rumah anak-anak dia hanya akan upang baahubali je haha. Kena paksa tengok kabhi kusyi kabhi gham. Bosan ye tok.

Umi dah bertahun tak tengok cerita ni. Sebenannya tak minat sangat hindustan tapi cerita ni kalau tengok memang umi nangis. Entah kenapa sedih sangat menusuk kehati walaupun cuma kisah tiputipu. hahahah

oklah. dah habis tulis. tulis untuk kenangan diri sendiri. Tak payah nak proper sangat ye tak. Harapnya takde kawan-kawan umi baca hahahhahaha.

bye!

Perkhemahan Abang Abid & Kakak Yusra

Baru-baru ni abang abid dan kakak yusra dapat pengalaman pertama kali pergi camping.

Camping dekat sekolah je pon dah excited kedua-duanya. Umi layankanje. Pack simple2 je sebab dekat sekolah kan. Terang-benderang. Makanan pun cikgu sediakan. Mandi pun dekat tandas. So relax-relax je.

Sekali abi balik kerja. Hamik! torchlight je abi belikan sampai dua untuk setiap sorang, kipas kecik lagi, biskut, air.

Hahahhaha... Mak ko baru nak ala ala koboikan anak-anak. Biar gelap. Biar panas. Biar makan apa je yang ada.

Bapak yang excited.

Itulah abi dalam tegasnya mendidik anak-anak, tapi dialah yang paling care sekali pada kalian. Sampaikan kalau ada kesan gigit nyamuk pon bapak ko suruh sapu ubat. Kalau dengan umi jangan harap. manjah! garu jela🤣

Kakak Yusra dah besar dah dia.



Ini tapak perkhemahan gegirl.



Abang Abid acah-acah bincang apa la tu yek.



Tapak perkhemahan lelaki. Khemah abang Abid hujung sekali colour blue grey tu.


Abang abid dengan roomate. eh salah campmate kerr...hahahah



Anak-anak seronok itu dah cukup membahagiakan umi dan abi. 

Balik je dari perkhemahan, masuk je kereta senyap sunyi. Sangat2 bukan abid dan yusra ye. sebab they both ni kalau balik dari program selalunya excited bercerita. Tapi ni senyap. So umi abi assume diorang tak seronok kot. Baru 4 minute kereta gerak kakak yusra bukak cerita pasal aktiviti night walk malam tadi. Abang abid mencelah & baru sepatah dia cakap makbapak dia dah ketawa terbahak2 sebab suara dia tak keluar guys. Hahahahha sebab banyak sangat berzikir kena kacau hantu kata dia masa aktiviti night walk tu.

Tidur dua jam balik rumah mandi kemas2 solat terus tidur sampai magrib ini budak berdua. Mata bengkak🤣

Pengalaman pengalaman.

Bila dah biasa tidur pukul 9 tetiba kena tidur pukul 3 pagi🤣 Rasain lo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...